Isnin, 28 Oktober 2013

01 di lok heng - Google Blog Search

01 di lok heng - Google Blog Search


Khairul Azwan menang Naib Ketua Pemuda UMNO ABN News | BM

Posted: 22 Oct 2013 09:31 PM PDT

JOHOR BAHRU – Ketua Pemuda UMNO Perak, Khairul Azwan Harun secara tidak rasmi menang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Pusat selepas menang pada proses pemilihan semula jawatan itu di Gelang Patah, Johor dan Sabak Bernam, Selangor.

Dalam pemilihan di Gelang Patah, Khairul Azwan memperoleh 96 undi manakala lawannya, Jamawi Jaafar iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenom menerima 61 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Azmi Khalid pada pukul 11 pagi.

Dalam saingan di Sabak Bernam, Khairul Azwan meraih 161 undi manakala Jamawi, 69 undi.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pengerusi Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Sabak Bernam, Shaharuddin Amir Ajil.

Pemilihan di Sabak Bernam itu menyaksikan seramai 248 perwakilan pemuda daripada 54 cawangan UMNO bahagian itu.

Jamawi Jaafar (kiri) dan Khairul Azwan Harun.

Jamawi Jaafar (kiri) dan Khairul Azwan Harun.

Satu lagi bahagian iaitu Pemuda UMNO Bachok, Kelantan akan mengadakan proses pemilihan semula pada esok.

Pemilihan semula itu diadakan ekoran kedudukan Jamawi dan Khairul Azwan selaku Ketua Pemuda UMNO Perak terikat apabila masing-masing menerima 73 undi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads