01 di mersing - Google Blog Search |
- Laman Pengail: LUBUK IKAN <b>DI MERSING</b> -part1(JAMBATAN SG <b>...</b>
- JOHOR DARUL TAKZIM: Sultan Ibrahim melawat Ekomar <b>di Mersing</b>
- Laman Pengail: LUBUK IKAN <b>DI MERSING</b> -part2(RAHSIA PULAU <b>...</b>
Laman Pengail: LUBUK IKAN <b>DI MERSING</b> -part1(JAMBATAN SG <b>...</b> Posted: 04 Sep 2013 06:22 AM PDT Mersing merupakan syurga bagi pemancing tetapi ramai dikalangan pemancing tercari-cari tempat terbaik
SIAKAP DIBURU
MANCING ATAS JAMBATAN BATU
PEROLEH IKAN BESAR Memperoleh ikan besar seperti pari adalah tidak mustahil kerana Jambatan Sg.Mawar kedudukannya merupakan kuala sungai dimana keluar masuknya ikan-ikan dari laut. Seandai ikan Pari telah tersangkut dimata kail,usah bermain dengannya kerana pari sifatnya gemar melekap dipasir,biarlah pari menjadi lemah. Harus diingat ,usah mengangkat ikan pari yang telah lemah dari atas jambatan kerana kudrat kita tidak mampu, jika pun larat mustahil pari berjaya dinaikkan iaitu kerana bebanannya menyebabkan 'terlucut' atau mulut pari akan 'rabik'.Jadi langkah terbaik,iaitu bawalah pari ke arah tebing (tunda perlahan-lahan dari atas jambatan) agar tidak berputih mata orang cakap.
Mersing atau berhajat mencuba tempat baru. Seperti peribahasa "dimana ada kemahuan,disitu ada jalan". Selamat memancing dari: Halaman Pengail Zulkiffleeh |
JOHOR DARUL TAKZIM: Sultan Ibrahim melawat Ekomar <b>di Mersing</b> Posted: 27 Aug 2013 05:05 PM PDT MERSING 27 Ogos - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Kembara Mahkota Johor 2013 (KMJ) meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (Ekomar) di Tanjung Kesang, dekat sini semalam. Baginda dan rombongan KMJ turut mendengar taklimat daripada penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengenai operasi dan fungsi pusat berkenaan. Turut berangkat menyertai konvoi hari ketiga KMJ 2013 itu ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Hadir sama, Naib Canselor UKM, Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin dan Timbalannya (Hal Ehwal Prnyelidikan dan Inovasi), Prof. Datuk Dr. Rahmah Mohamed. Ekomar yang ditubuhkan pada 23 Mei 2007 di bawah kendalian Fakulti Sains dan Teknologi di kampus induk UKM, Bangi merupakan sebuah pusat untuk menggembleng penyelidikan dalam bidang ekosistem marin. Pusat tersebut menjalankan penyelidikan bersifat rentasan disiplin ilmu merangkumi sains tulen, sains sosial, sains kesihatan, ekonomi dan kejuruteraan. Ia juga bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan ekosistem marin dan langkah-langkah kawalan dan pemuliharaan ekosistem marin. Ketua Ekomar, Dr. Shahriman Mohd. Ghazali berharap pusat tersebut dapat memberi impak yang tinggi kepada ekosistem marin di negeri ini khususnya di Mersing yang mempunyai banyak gugusan pulau dengan perairan dan hidupan marin yang menarik. Beliau berkata, majlis pecah tanah Ekomar disempurnakan oleh Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad pada 3 Julai 2010 dan mula beroperasi pada 29 Mac 2012. Menurutnya, Ekomar dilengkapi pejabat, makmal, ruang penyelidikan, galeri dan pusat sumber. Katanya, sejak Februari lalu, Ekomar telah dinamakan sebagai salah sebuah Makmal Hidup UKM dengan jangkauan operasi merentasi sempadan penyelidikan dan merangkumi aspek kemasyarakatan. |
Laman Pengail: LUBUK IKAN <b>DI MERSING</b> -part2(RAHSIA PULAU <b>...</b> Posted: 08 Sep 2013 03:07 AM PDT
![]() Kebiasaan warga tempatan akan memancing disana menggunakan motosikal kerana untuk sampai kesana rakan pemancing harus menyusuri benteng pasir sepanjang 1km. Tak hairan lah kalau saya katakan pasti menyemput dibuatnya,mana kan tidak dengan peralatan mancing,bekalan makanan,tool box dan tong umpan belum lagi yang remeh-temeh seperti khemah,peralatan mendaki dan lain-lain lagi. Jadi jalan terbaik lihatlah paparan ini http://zulkiffleeh.blogspot.com/2012/05/normal-0-false-false-false-en-us-x-none_29.html Peralatan mendaki?mengapa perlu ada?akan saya ceritakan nanti. ![]()
Memancing dipantai berbatu Pulau Mawar penggunaan umpan sesuai adalah seperti : * Udang segar (udang hidup lebih sesuai digunakan) ![]() ![]() * Perumpun sarung atau ruat pasir ![]() *Kerang-kerangan,umang-umang yg dititik cengkerangnya atau anak ketam untuk peroleh ikan Ketarap.
![]() Saiz batu ladung boleh menentukan jarak baling, saiz batu ladung juga boleh ditentukan melalui keadaan pasang surut air laut. Bermula nombor 8 hingga 12 adalah saiz yang lumrah digunakan pemancing pantai. Pilih batu jenis lonjong memanjang supaya ia kurang memberi rintangan angin dan arus.Panjang perambut untuk memancing di pantai memadai satu meter kerana jika terlalu panjang maka anda akan mengalami kesukaran untuk lontaran nanti. Sebenarnya di Pulau Mawar terdapat kawasan yang menarik iaitu dibalik tebing bebatu yang tinggi (lebih kurang 5-7meter),sebab itu lah saya sarankan 'peralatan mendaki' itupun jika masih ada lagi 'tali' lama untuk memanjat iaitu ditempat 'parking' motosikal seawal tadi kerana itu saya harap pemancing merupakan seorang yang berani punya hati yang kering.
Semoga dengan penerangan panjang lebar tersebut dapatlah rakan pemancing mendalami ilmu berguna bagi dipraktikkan di pantai Pulau Mawar Mersing. Dari Laman Pengail :Zulkiffleeh |
You are subscribed to email updates from di mersing - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan