Ahad, 20 Oktober 2013

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


Empower ECER <b>Di</b> Daerah <b>Mersing</b> - Suara Generasi Baru

Posted: 15 Oct 2013 09:33 PM PDT

Empower ECER Di Daerah Mersing

mainlogo (1)

Mersing – Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah memperluaskan lagi program 'empower' untuk terus membantu dan memberi peluang kepada para belia dan golongan dewasa untuk meningkatkan pendapatan dan kebolehpasaran mereka melalui Latihan Kemahiran Akademik dan Latihan Kemahiran Keusahawanan. Kali ini perlancaran empower ECER telah diperluaskan lagi ke lokasi ke 11 iaitu di daerah Mersing.P1310769

Satu majlis gabungan telah dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama Giat Mara dan Kerajaan Negeri Johor untuk perlancaran program 'empower' di daerah Mersing iaitu Majlis Perasmian Program Empower ECER Mersing dan Program Pembangunan Modal Insan ECER. Program yang bermula sekitar jam 9.00 pagi itu telah berlangsung di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Mersing, Johor.

Perlancaran bagi program tersebut telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor. Ketibaan beliau di majlis tersebut telah disambut dengan pertunjukkan silat oleh Perguruan Silat Buah Pukul Mersing. Turut hadir ke program majlis tersebut ialah Datuk Jebasingam Issace John, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Acara program telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran lebih kurang seramai 800 orang pengunjung dari sekitar daerah Mersing.

Pelbagai pengisian telah disediakan oleh pihak penganjur untuk program tersebut antaranya pertandingan menghias kek dan pertandingan teh tarik. Booth-both jualan dan pameran turut disediakan untuk para pengunjung yang hadir seperti perusahaan keropok dan hasil laut, MUMTAZ minyak kelapa dara, SIRIM, ECER, TERAJU, program pembangunan keusahawanan ECER-EEDP, Agrobank, demonstrasi solekan, perkhidmatan refleksologi, pemeriksaan kesihatan, booth-booth kursus ECER seperti kursus solekan dan andaman pengantin, kursus pembuatan kek dan pastri, kursus membaikpulih telefon bimbit dan perkakasan elektrik.

Tujuan utama perlancaran program tersebut di daerah Mersing ialah untuk membantu para belia dan golongan dewasa di daerah Mersing yang berpendapatan rendah untuk meningkatkan sosio ekonomi dan memperkukuhkan peranan serta kedudukannya dalam pelbagai sektor sesuai dengan transformasi negara. Setakat ini 6 buah sekolah di daerah Mersing telah dipilih untuk mengikuti Latihan Kemahiran Akademik dan 400 belia serta golongan dewasa telah menyertai Latihan Kemahiran Keusahawanan. Jumlah ini diharap dapat terus meningkat terutama dari golongan para belia untuk meningkatkan modal insan para belia.

P1310747

P1310744

P1310807

P1310708

P1310732

Artikel disiar pada 16/10/2013 - 12:33 pm oleh N.S.W.A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads