Rabu, 9 Oktober 2013

01 di mersing - Google Blog Search

di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


3 Mayat Mangsa Bot Karam Ditemui <b>Di</b> Perairan <b>Mersing</b>

Posted: 03 Aug 2013 05:37 PM PDT


JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) dan nelayan tempatan yang melakukan gerakan mencari dan menyelamat hari ini menemui tiga mayat yang dipercayai mangsa bot karam yang berlaku di perairan Tanjung Siang dekat Kota Tinggi tiga hari lepas.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Amran Daud berkata dua mayat wanita dan satu mayat lelaki itu ditemui di perairan Pulau Tinggi dan Pulau Besar, dekat Mersing.

"Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim Johor Baharu dimaklumakan penemuan satu mayat oleh nelayan tempatan pada pukul 10.15 pagi ini manakala dua mayat lagi oleh PPM pada pukul 11 pagi.

"Sehingga pukul 2 petang ini, tiada penemuan terbaru oleh pasukan mencari dan menyelamat dan oleh itu kita percaya 37 mangsa lagi masih hilang akibat kejadian itu," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Ahad.

Amran berkata ketiga-tiga mayat dibawa ke Jeti Mersing sebelum dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat.

Dalam tragedi kira-kira 10 malam itu, sebuah bot pancung yang membawa kira-kira 44 warga Indonesia dari satu lokasi dari daerah ini ke Batam, Indonesia untuk pulang menyambut Aidilfitri karam setelah dipukul ombak besar dalam keadaan ribut.

Bagaimanapun empat daripada mereka berjaya diselamatkan pada Jumaat oleh sekumpulan nelayan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Amran berkata operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari ketiga hari ini diperluas sehingga 15 batu nautika ke utara termasuk di pulau-pulau peranginan di Mersing yang membabitkan aset laut dan udara APMM, Polis Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Katanya faktor keadaan laut dan cuaca yang baik pada hari ini banyak membantu agensi penyelamat sehingga menemui tiga mayat mangsa itu. – BERNAMA

3 Mayat Mangsa Bot Karam Ditemui Di Perairan Mersinghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/08/Rakan-Terkejut-Mangsa-Berubah.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/08/Rakan-Terkejut-Mangsa-Berubah-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) dan nelayan tempatan yang melakukan gerakan mencari dan menyelamat hari ini menemui tiga mayat yang dipercayai mangsa bot karam yang berlaku di perairan Tanjung Siang dekat Kota Tinggi tiga hari lepas. Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Amran Daud berkata dua...

JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) dan nelayan tempatan yang melakukan gerakan mencari dan menyelamat hari ini menemui tiga mayat yang dipercayai mangsa bot karam yang berlaku di perairan Tanjung Siang dekat Kota Tinggi tiga hari lepas. Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Amran Daud berkata dua mayat wanita dan satu mayat lelaki itu ditemui di perairan Pulau Tinggi dan Pulau Besar, dekat Mersing. "Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim Johor Baharu dimaklumakan penemuan satu mayat oleh nelayan tempatan pada pukul 10.15 pagi ini manakala dua mayat lagi oleh PPM pada pukul 11 pagi. "Sehingga pukul 2 petang ini, tiada penemuan terbaru oleh pasukan mencari dan menyelamat dan oleh itu kita percaya 37 mangsa lagi masih hilang akibat kejadian itu," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Ahad. Amran berkata ketiga-tiga mayat dibawa ke Jeti Mersing sebelum dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat. Dalam tragedi kira-kira 10 malam itu, sebuah bot pancung yang membawa kira-kira 44 warga Indonesia dari satu lokasi dari daerah ini ke Batam, Indonesia untuk pulang menyambut Aidilfitri karam setelah dipukul ombak besar dalam keadaan ribut. Bagaimanapun empat daripada mereka berjaya diselamatkan pada Jumaat oleh sekumpulan nelayan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Amran berkata operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari ketiga hari ini diperluas sehingga 15 batu nautika ke utara termasuk di pulau-pulau peranginan di Mersing yang membabitkan aset laut dan udara APMM, Polis Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia. Katanya faktor keadaan laut dan cuaca yang baik pada hari ini banyak membantu agensi penyelamat sehingga menemui tiga mayat mangsa itu. - BERNAMA