ads

Ahad, 20 Oktober 2013

01 di muar - Google Blog Search

URL Sumber Asal :- di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search

(UPDATE) JEREBU: PM Isytihar Darurat Di Muar, Ledang

Posted: 22 Jun 2013 01:07 PM PDT

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari mengisytiharkan darurat di daerah Muar serta Ledang di Johor berikutan situasi jerebu teruk yang melanda kedua-dua daerah berkenaan.

Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, beliau mengisytiharkan Darurat Bencana Jerebu itu selepas Indeks Pencemaran Udara (IPU) di dua daerah tersebut melebihi paras 500.

"Memandangkan keadaan jerebu khususnya di Muar meliputi daerah Muar dan Ledang pada tahap IPU melebihi 500 iaitu pada tahap kecemasan, maka saya dengan ini mengisytiharkan keadaan Darurat Bencana Jerebu bagi seluruh daerah Muar dan Ledang mulai dari tarikh pengisytiharan ini hingga ke satu masa pengisytiharan ini ditarik balik," kata Perdana Menteri.

Pengumuman Najib berhubung Darurat Bencana Jerebu itu disiarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sini .

Najib berkata, pengumuman Darurat Bencana Jerebu itu bagaimanapun tidak melibatkan penguatkuasaan perintah berkurung dan perubahan dalam corak serta sistem pemerintahan kerajaan negeri mahupun Persekutuan.

Bagaimanapun, kata beliau, semua kementerian dan agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana jerebu di peringkat Persekutuan, negeri serta daerah diminta mengatur dan mengambil langkah perlu bagi menjamin keselamatan dan kesihatan awam sentiasa terpelihara.

Perdana Menteri turut mengeluarkan garis panduan tindakan dalam menghadapi Darurat Bencana Jerebu yang perlu dilaksanakan oleh semua pihak terlibat.

Kata Najib, apabila keadaan Darurat Bencana Jerebu diisytiharkan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana pusat, negeri dan daerah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

a) Menasihatkan penutupan pejabat atau premis kerajaan mahupun swasta dan lain-lain tempat bekerja termasuk kilang, ladang, kawasan pembinaan, kuari serta kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah.

Langkah-langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah diambil pada setiap masa.

JEREBU: PM Isytihar Darurat Di Muar, Ledang

Nasihat itu bagaimanapun dikecualikan bagi perkhidmatan bekalan air, elektrik, kesihatan awam, bomba, penjara, pos, telefon dan komunikasi serta telegraf .

Nasihat itu turut dikecualikan bagi perkhidmatan komunikasi radio termasuk penyiaran dan televisyen, pelabuhan, pengangkutan darat, laut serta udara, perkhidmatan membekal bahan pembakar dan minyak pelincir, perbankan dan kewangan serta semua perkhidmatan yang terlibat secara langsung dengan pengurusan bencana jerebu di bawah Arahan MKN No.20 dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

b) Kementerian Pendidikan; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Jabatan Kemajuan masyarakat serta mana-mana agensi berkaitan (diminta) melaksanakan penutupan semua sekolah, taman didikan dan pusat jagaan kanak-kanak yang terletak dalam kawasan Darurat Bencana Jerebu.

c) Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kesihatan (diminta) mempertingkatkan penyiaran maklumat kesedaran mengenai jerebu secara berterusan untuk panduan orang awam.

d) Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat, Jabatan Pengangkutan Jalan, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana agensi berkaitan (diminta) mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap sumber yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara.

e) Jabatan Bomba dan Penyelamat (diminta) mempergiatkan operasi memadam kebakaran hutan tanah gambut dan pembakaran terbuka dengan kerjasama agensi lain.

f) Kementerian Kesihatan (diminta) mempertingkatkan pemantauan dan rawatan bagi masalah kesihatan yang disebabkan keadaan berjerebu di hospital dan klinik-klinik kesihatan.

g) Jabatan Meteorologi dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan aktiviti pembenihan awan dalam keadaan cuaca yang membolehkan kejayaan operasi bagi mengurangkan masalah jerebu.

h) Semua kementerian, jabatan atau agensi yang berkaitan menangguhkan aktiviti luar atau riadah yang melibatkan masyarakat.

(UPDATE) JEREBU: PM Isytihar Darurat Di Muar, Ledanghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/06/jerebu21.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/06/jerebu21-150x150.jpgMyNewsHub Utama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari mengisytiharkan darurat di daerah Muar serta Ledang di Johor berikutan situasi jerebu teruk yang melanda kedua-dua daerah berkenaan. Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, beliau mengisytiharkan Darurat Bencana Jerebu itu selepas Indeks Pencemaran Udara (IPU) di dua daerah tersebut...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari mengisytiharkan darurat di daerah Muar serta Ledang di Johor berikutan situasi jerebu teruk yang melanda kedua-dua daerah berkenaan. Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, beliau mengisytiharkan Darurat Bencana Jerebu itu selepas Indeks Pencemaran Udara (IPU) di dua daerah tersebut melebihi paras 500. "Memandangkan keadaan jerebu khususnya di Muar meliputi daerah Muar dan Ledang pada tahap IPU melebihi 500 iaitu pada tahap kecemasan, maka saya dengan ini mengisytiharkan keadaan Darurat Bencana Jerebu bagi seluruh daerah Muar dan Ledang mulai dari tarikh pengisytiharan ini hingga ke satu masa pengisytiharan ini ditarik balik," kata Perdana Menteri. Pengumuman Najib berhubung Darurat Bencana Jerebu itu disiarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sini . Najib berkata, pengumuman Darurat Bencana Jerebu itu bagaimanapun tidak melibatkan penguatkuasaan perintah berkurung dan perubahan dalam corak serta sistem pemerintahan kerajaan negeri mahupun Persekutuan. Bagaimanapun, kata beliau, semua kementerian dan agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana jerebu di peringkat Persekutuan, negeri serta daerah diminta mengatur dan mengambil langkah perlu bagi menjamin keselamatan dan kesihatan awam sentiasa terpelihara. Perdana Menteri turut mengeluarkan garis panduan tindakan dalam menghadapi Darurat Bencana Jerebu yang perlu dilaksanakan oleh semua pihak terlibat. Kata Najib, apabila keadaan Darurat Bencana Jerebu diisytiharkan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana pusat, negeri dan daerah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: a) Menasihatkan penutupan pejabat atau premis kerajaan mahupun swasta dan lain-lain tempat bekerja termasuk kilang, ladang, kawasan pembinaan, kuari serta kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah. Langkah-langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah diambil pada setiap masa.  Nasihat itu bagaimanapun dikecualikan bagi perkhidmatan bekalan air, elektrik, kesihatan awam, bomba, penjara, pos, telefon dan komunikasi serta telegraf . Nasihat itu turut dikecualikan bagi perkhidmatan komunikasi radio termasuk penyiaran dan televisyen, pelabuhan, pengangkutan darat, laut serta udara, perkhidmatan membekal bahan pembakar dan minyak pelincir, perbankan dan kewangan serta semua perkhidmatan yang terlibat secara langsung dengan pengurusan bencana jerebu di bawah Arahan MKN No.20 dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan. b) Kementerian Pendidikan; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Jabatan Kemajuan masyarakat serta mana-mana agensi berkaitan (diminta) melaksanakan penutupan semua sekolah, taman didikan dan pusat jagaan kanak-kanak yang terletak dalam kawasan Darurat Bencana Jerebu. c) Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kesihatan (diminta) mempertingkatkan penyiaran maklumat kesedaran mengenai jerebu secara berterusan untuk panduan orang awam. d) Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat, Jabatan Pengangkutan Jalan, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana agensi berkaitan (diminta) mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap sumber yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara. e) Jabatan Bomba dan Penyelamat (diminta) mempergiatkan operasi memadam kebakaran hutan tanah gambut dan pembakaran terbuka dengan kerjasama agensi lain. f) Kementerian Kesihatan (diminta) mempertingkatkan pemantauan dan rawatan bagi masalah kesihatan yang disebabkan keadaan berjerebu di hospital dan klinik-klinik kesihatan. g) Jabatan Meteorologi dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan aktiviti pembenihan awan dalam keadaan cuaca yang membolehkan kejayaan operasi bagi mengurangkan masalah jerebu. h) Semua kementerian, jabatan atau agensi yang berkaitan menangguhkan aktiviti luar atau riadah yang melibatkan masyarakat.

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved