Sabtu, 12 Oktober 2013

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


WIRDA AZURAINIE: MINGGU PERTAMA <b>DI</b> UITM <b>SEGAMAT</b>

Posted: 15 Sep 2013 05:07 AM PDT

maaflah readers yang agak-agak bosan tajuk aku tak habis-habis post pasal Uitm. macam la kau sorang je masuk Uitm. ye dok? hikhik.  takpelah, biar la kita punya belog, suka hati kita la nak post apa pun kan. kita tak kacau URL awak pongggg. ahaks
minggu pertama kelas. biasalah kelas pun tak lama. sebagai mukadimah, perkenalan la sajo kan. untuk sem 4 ni, aku amik 8 subject. hmm, act banyak jgk kot. sebab masa diploma tak pernah amik 8 subject, tapi tak semua 8 subject tu ke final. maka, tenang sikit hati ini. 
kelas malam. aku baru tahu, degree ni, kelas malam adalah perkara biasa. huhu. maklum la, masa diploma, kelas malam hanya ada bila perlukan kelas ganti sahaja. tapi ni tiap malam rabu kami ada kelas. kelas dia besttt. yang tingkat-tingkat tuuuu :P hahaha 
kami suka sangat bergambar. aku tak tahu kenapa jadi sangat active bergambar macam gini rupa. fera bajet model, dhiya konon boleh terbang letewwww, jat bajet tekwando. aku sorang terencat sikit gaya. haha. 
satu rumah, satu kelas. haa, senang kan? :)
budak kelas kitaorang aku rasa, dorang pun nyampah kot, sbb asyik bergambar jeeee keje. hahaha :p
dah la kitaorang masuk-masuk kelas, keluarkan hp, sembang kat group whatsapp. lepas tu mula la tak leh tahan gelak, gelak macam nak pecah perut. apa yang kelakar pun aku tak tahu. tapi antaranya bila si dhiya kata sakit perut then kitaorang semua beraksi concern sorang jadi nurse which is fera, sebab kat bilik dia sorg je yang ada macam -macam ubat, tetiba keluar cerita beranak nak bagitahu konon hebatnya masa kini boleh bersalin melalui telefon saja. melampau tak? hahaha
masing-masing ada karakter yang memain peranan penting dalam harian. ada tukang gelak, tukang bahan, tukang bertukang. aku tak tahu mana dorang dapat nama, sampai dorang panggil aku mak buah. kongajo betul. tak komersial langsung nama tu. haih la anak buah >.<
dalam kelas mandarin. amboiii, propa je lebih noks :p
dalam kelas yang cancel. sebab lect kami sakit. doakan lect kami cepat sembuh dan diberi kudrat mengajat kami. ameen!
dalam Library Tun Dr Ismail

lepas kelas terus pergi one segamat, untuk beli tiket balik kl. and now tengah ada kat kl la. besok petang balik segamat balik. 
bulan depan baru balik kl, masa abg aku kawin. sebulan 2x je balik. kalau tiap-tiap minggu balik pokai la kan. hidup berdikari macam gini la, kena la tahan rindu semua tu. konon-konon wa dah biasa gitew >.<

Lepak <b>Di</b> Myra Ariana <b>Segamat</b>.. | - Nizam Ijam

Posted: 24 Aug 2013 08:52 AM PDT

Assalamualaikum…

muka bahagia jer HAHA

Kali ni aku nak sembang program aku masa hari raya…. Raya kalau orang sibuk pergi beraya.. aku dengan gagahnya pergi mencekik di Restoran Myra Ariana… Kalau orang lain makan kuih raya masa hari raya… Aku makan Chicken Chop dan Lamb Chop…

Aku malas nak citer panjang… so aku tunjuk gambar jer la..HEHE

Siapa-siapa yang nak makan chicken chop atau lamb chop atau apa2 jer menu2 yang mantap2 kat segamat… korang boleh cari Restoran ni

Restoran Myra Ariana….

No 52 jalan putra 2/23

Bandar Putra 85000

Segamat Johor

Kanak-kanak Riang <b>Di</b> Sambutan Aidilfitri FELDA Wilayah <b>Segamat</b> <b>...</b>

Posted: 20 Aug 2013 07:19 PM PDT

Kanak-kanak Riang Di Sambutan Aidilfitri FELDA Wilayah Segamat

IMG-20130821-WA0004

SEGAMAT – Sambutan Aidilfitri FELDA Wilayah Segamat telah diadakan semalam (20hb Ogos 2013) di Pejabat FELDA Wilayah Segamat bermula seawal jam 8.30 malam dan berkahir jam 11.30 malam.

Lebih 500 orang tetamu telah hadir di majlis sambutan ini.

Seperti kebiasaan, kanak-kanak pasti tersenyum riang apabila dihadiahkan duit raya dan pada sambutan di sini, Pengurus Besar FELDA Wilayah, Mohd Rizal Abd Rahim telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada lebih kurang 50 orang kanak-kanak yang hadir.

Majlis sambutan turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Segamat, Hj Abd Rahim Nin; Ketua Seranta FELDA JPM Wilayah, Mohd Nazir Hashim; dan selain itu, rakan-rakan dari Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) Segamat dan MBFM Negeri Melaka turut tidak ketinggalan.

Dibawah beberapa paparan gambar menarik sekitar majlis;

IMG-20130821-WA0007

IMG-20130821-WA0005

Untuk melihat gambar-gambar lain, sila lihat di galeri gambar [KLIK].

Wartawan: Nizar Hisham

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada August 21, 2013 - 10:19 am oleh Shazuein Azmaini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads