01 di stulang - Google Blog Search |
- 70 GRO ditahan <b>di Stulang</b> Laut – Perak Today
- Laman Pengail: <b>STULANG</b> LAUT (pasar orang Seletar)
- Makan-makan <b>di Stulang</b> Laut - MamaAdam - Blogger
70 GRO ditahan <b>di Stulang</b> Laut – Perak Today Posted: 05 Sep 2013 04:33 PM PDT Timbalan Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Johor, Masri Adul berkata kesemua mereka yang berumur 22 hingga 35 tahun itu merupakan 62 orang rakyat Vietnam, tujuh rakyat China serta seorang rakyat Korea. "Serbuan sempena Ops Bersepadu 6P pada pukul 10.30 malam dilakukan oleh 60 anggota dan pegawai. "Ketika diserbu, kesemua wanita terbabit sedang leka melayan pelanggan," katanya ketika dihubungi, Khamis. Masri berkata, ada di antara mereka kemudian cuba bertindak melarikan diri ketika sedang berjalan menuju ke trak Jabatan Imigresen walaupun ketika itu sedang diiringi oleh penguatkuasa. Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu salah guna pas lawatan. Katanya, mereka akan ditempatkan di Depot Tahanan Pekan Nenas dekat Pontian untuk tindakan lanjut mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007. - Bernama |
Laman Pengail: <b>STULANG</b> LAUT (pasar orang Seletar) Posted: 19 Sep 2013 09:11 PM PDT Lirik lagu Tanjung Puteri Atas bukit Tanjung Puteri Taman hiburan indah berseri Pemandangan menawan hati Jalan tambak hubungan negeri ( korus ) Tanjung Sekijang nun di kuala Tempat nelayan mengail gelama Istana Hinggap di Kuala Danga Pantai berkelah keluarga diraja Dari Tebrau orang berakit Singgah Stulang membeli kopi Pusara Si Bongkok di lereng bukit Di tepi pantai Tanjung Puteri Suku Kaum Seletar jugak dikategorikan sebagai Orang Laut. Di Johor,terdapat beberapa buah kampung yang menjadi penempatan suku kaum Seletar,antaranya Kampung Orang Asli Stulang Laut,Kampung Orang Asli Bakar Batu,dan Kampung Orang Asli Telok Jawa-Semuanya terletak di kawasan Johor Bahru. Walaupun diorang asalnya sebahagian daripada kelompok Orang Laut,tapi kerajaan Malaysia telah mengkategorikan mereka sebagai sebahagian daripada Orang Asli. Orang Asli merupakan kelompok minoriti di negara ini.Walaupun Orang Asli dikategorikan sebagai golongan bumiputera,mereka agak terlewat menerima pembangunan kerana kelompok ini lebih selesa hidup secara tradisional dan tinggal di pesisiran sungai/pantai dan di hutan.Dan sumber pencarian mereka ialah dari hasil laut dan hasil hutan. |
Makan-makan <b>di Stulang</b> Laut - MamaAdam - Blogger Posted: 03 Sep 2013 07:49 PM PDT Selama aku duk kat jb, aku tak penah berpeluang makan-makan kat stulang laut ni......ye la, student kan....mana ada transport nak pegi.....bf pun takde masa tu....kalo tak, boleh la dating-dating kat sini sambil pau bf kan....hmm... Jadi, masa outstation ke johor minggu lepas aku ajak la bos-bos dan kawan-kawan aku datang makan kat stulang laut ni....masa tu kami menginap kat hotel selesa pasir gudang.....30 minit gak la nak sampai....hehehe....takpe, demi mu stulang laut..... Kami tak makan kat medan selera stulang laut tu......tapi kami makan kat Restoran Pak Soh sebab kat google kata restoran ni best.....memula risau gak, kot-kot la restoran cina kan sebab mana tau kot-kot pak soh tu stand for Lam Pak Soh ke Kim Pak Soh ke.....tapi rupa-rupanya Pok Soh (orang kelantan)......hahaha....adoi la... So, menu special yang kami order malam tu ialah ikan siakap stim limau.... memang recommended...sedap!!! perghhh, bila tengok gambar ni terliur lak..... kang tak pasal-pasal aku ajak hubby g stulang lagi kang...... tomyam ayam, telur bungkus dan kailan ikan masin (tiada dalam gambar)...... tomyam dia pedas gilerr, tapi sedap..... kami makan 5 orang.....total semua RM82.... Balik hotel dengan kekenyangan.....lena sampai pagi....hehe.... |
You are subscribed to email updates from di stulang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan