Isnin, 11 November 2013

01 di desaru - Google Blog Search

01 di desaru - Google Blog Search


AKU DAN KEHIDUPANKU: Aku dan Lotus <b>Desaru</b> Beach Resort

Posted: 05 Nov 2013 06:28 AM PST

Walaupun orang ramai macam semut,
Suasananya tenang dan terkawal.
Lokasinya memang agak terpencil.
Jauh daripada kebisingan dan keriuhan.
Memang sesuai untuk lari daripada kehidupan biasa.
Aircondnya bersih dan senyap.
Siap ada bathtub untuk berendam.
Aku juga suka suasana keliling resort.
Bersih dan nama serba baru.
dan kereta penuh keliling resort,
Aku tak rasa lemas dan rimas.
Pantainya juga bersih dan terjaga.
Begitu juga dengan kolam dan water theme parknya.
Memang berbaloi dengan harganya.
Banyak aktiviti boleh dilakukan ketika di sini.
Ada macam2 aktiviti tepi pantai.
Ada aktiviti hutan dan team building.
Ada gym tepi kolam untuk mengeluarkan peluh.
Pendek kata memang tak ingat dunia kalau di sini.
Satu yang menarik tentang water theme park disini.
Seronok tengok orang menunggu air kelapa tumpah.
Juga ada gelongsor air level beginners.
Semua orang boleh menggunakannya.
Malangnya bila anak2 dan besar.
Semua dah takut dengan air.
Semua itu dah tak excited lagi untuk mereka.
Kalau boleh 24 jam nak berendam dalam air.

Sarapan pagi disini agak mengejutkan.
Ada lebih seribu orang datang untuk makan sekaligus.
Walaupun suasana agak kecoh,
terutama dengan orang2 kiasu daripada seberang,
aku masih dapat makan dengan kenyangnya.
Nasi lemaknya surprisingly sedap.
Begitu juga dengan kuew teaw gorengnya.
Pilihan makanan yang lain pun banyak.
Cuma sempat tak sempat aje nak mengambilnya.
Sepanjang aku di resort tempohari,
Aku banyak menghabiskan masa dibilik.
Bilik aku siap ada pantri dan microwave.
Jadi sebelum aku check out,
Aku sempat memasak kat bilik.
Aku akan datang lagi ke sini.
Tapi bukannya masa cuti hujung minggu yang panjang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads