01 di johor bahru - Google Blog Search |
Taman Tema Angry Bird <b>di Johor Bahru</b> City Centre | Warta Rakyat Posted: 17 Oct 2013 06:30 PM PDT JOHOR BHARU, 12 Okt – Johor Corporation (JCorp) amat teruja dengan reaksi orang ramai terhadap rancangan untuk membuka Taman Tema Angry Birds yang pertama di Asia Tenggara di Johor Bharu City Center (JBCC) pada Mei tahun depan. Presiden dan Ketua Eksekutifnya Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, di dalam kajian yang dijalankannya baru-baru ini menunjukkan lebih daripada 80 peratus responden akan mengunjungi JBCC jika Taman Tema Angry Birds itu dibuka. "Kita amat teruja dan optimistik (dengan potensi Taman Tema Angry Birds dan JBCC) berdasarkan kepada kajian itu," katanya selepas merasmikan Angry Birds Activity Park yang mempunyai keluasan 2,800 kaki persegi di Galleria@Kotaraya di sini hari ini. Taman Tema Angry Birds di JBCC itu dibangunkan oleh anak syarikat JCorp, Damansara Assets Sdn Bhd dengan kerjasama pencipta animasi kartun terkenal dunia itu, Rovio Entertainment daripada Kedua-dua pihak menandatangi Memorandum Persefahaman pada Jun lepas untuk membangunkan taman tema terbabit di JBCC. JBCC sebelum ini dikenali sebagai Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) dan dibangunkan semula sebagai projek hartanah bersepadu bernilai RM1.5 bilion, menggabungkan hotel, menara pejabat dan kompleks membeli-belah di pusat bandaraya Johor Bharu. Menurut Kamaruzzaman, kerja-kerja pembinaan Taman Tema Angry Birds di JBCC telah memasuki peringkat akhir dan dijangka akan siap sepenuhnya menjelang tarikh pembukaannya pada Mei Mengenai persaingan daripada taman-taman tema yang lain di Iskandar Malaysia, beliau berkata, ia tidak membimbangkan kerana Taman Tema Angry Birds di JBCC berada di dalam dewan, berlainan dengan taman-taman lain seperti Legoland Malaysia. "Segmen pelanggan kami adalah mereka yang suka menikmati aktiviti keluarga dan hiburan di dalam dewan sambil membeli belah," katanya sambil menambah, Taman Tema Angry Birds bakal menjadi salah satu daripada destinasi tarikan pelancong di Johor bersama-sama taman tema yang lain. Sementara itu pengarah eksekutif Damansara Assets Yusaini Sidek pula berkata, pihaknya mensasarkan Taman Tema Angry Birds yang dibina dengan kos sebanyak RM10 juta itu mampu menarik sebanyak 30,000 pengunjung sebulan. 184 total views, 1 views today |
You are subscribed to email updates from di johor bahru - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan