01 di johor bahru - Google Blog Search |
- Projek Darah oleh Kindness <b>di Johor Bahru</b> ~ Donate For Ummah
- Taman Tema Angry Bird <b>di Johor Bahru</b> City Centre | Warta Rakyat
- Tempat makan <b>di Johor Bahru</b>- Restoran Agus Taman Universiti <b>...</b>
Projek Darah oleh Kindness <b>di Johor Bahru</b> ~ Donate For Ummah Posted: 20 Oct 2013 04:11 PM PDT Projek Darah anjuran Kindness.my kini telah berlangsung di Aeon Tebrau dan berjaya menarik lebih 80 orang penderma darah. Aktiviti bermula jam 10 pagi di mana jururawat dari Hospital Sultan Ismail mula menyediakan kerusi dan meja untuk kemudahan penderma darah. Projek pertama di Johor Bahru ini adalah hasil inisiatif team Kindness di sekitar Johor dimana mereka berkumpul dan bersama-sama menjayakan Projek Darah ini. Kurang dari sebulan selepas Projek Darah di Kuala Lumpur, disusuli pula dengan projek yang sama di Johor Bahru. Objektifnya amat mudah dimana team Kindness ingin memupuk keinginan untuk melakukan kebaikan dan Projek Darah ini adalah salah satu dari aktivitinya. Darah amat diperlukan terutama di hospital. Aktiviti Kindness di Selatan Tanah Air merupakan titik permulaan kembangnya budaya melakukan kebaikan tidak kira masa, tempat atau pada sesiapa pun. Bagi yang berminat untuk mengikuti aktiviti-aktiviti Kindness, boleh turut serta ke Volunteer Group Kindness. Muhammad bin Kamarulazizi |
Taman Tema Angry Bird <b>di Johor Bahru</b> City Centre | Warta Rakyat Posted: 17 Oct 2013 06:30 PM PDT JOHOR BHARU, 12 Okt – Johor Corporation (JCorp) amat teruja dengan reaksi orang ramai terhadap rancangan untuk membuka Taman Tema Angry Birds yang pertama di Asia Tenggara di Johor Bharu City Center (JBCC) pada Mei tahun depan. Presiden dan Ketua Eksekutifnya Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, di dalam kajian yang dijalankannya baru-baru ini menunjukkan lebih daripada 80 peratus responden akan mengunjungi JBCC jika Taman Tema Angry Birds itu dibuka. "Kita amat teruja dan optimistik (dengan potensi Taman Tema Angry Birds dan JBCC) berdasarkan kepada kajian itu," katanya selepas merasmikan Angry Birds Activity Park yang mempunyai keluasan 2,800 kaki persegi di Galleria@Kotaraya di sini hari ini. Taman Tema Angry Birds di JBCC itu dibangunkan oleh anak syarikat JCorp, Damansara Assets Sdn Bhd dengan kerjasama pencipta animasi kartun terkenal dunia itu, Rovio Entertainment daripada Kedua-dua pihak menandatangi Memorandum Persefahaman pada Jun lepas untuk membangunkan taman tema terbabit di JBCC. JBCC sebelum ini dikenali sebagai Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) dan dibangunkan semula sebagai projek hartanah bersepadu bernilai RM1.5 bilion, menggabungkan hotel, menara pejabat dan kompleks membeli-belah di pusat bandaraya Johor Bharu. Menurut Kamaruzzaman, kerja-kerja pembinaan Taman Tema Angry Birds di JBCC telah memasuki peringkat akhir dan dijangka akan siap sepenuhnya menjelang tarikh pembukaannya pada Mei Mengenai persaingan daripada taman-taman tema yang lain di Iskandar Malaysia, beliau berkata, ia tidak membimbangkan kerana Taman Tema Angry Birds di JBCC berada di dalam dewan, berlainan dengan taman-taman lain seperti Legoland Malaysia. "Segmen pelanggan kami adalah mereka yang suka menikmati aktiviti keluarga dan hiburan di dalam dewan sambil membeli belah," katanya sambil menambah, Taman Tema Angry Birds bakal menjadi salah satu daripada destinasi tarikan pelancong di Johor bersama-sama taman tema yang lain. Sementara itu pengarah eksekutif Damansara Assets Yusaini Sidek pula berkata, pihaknya mensasarkan Taman Tema Angry Birds yang dibina dengan kos sebanyak RM10 juta itu mampu menarik sebanyak 30,000 pengunjung sebulan. 240 total views, 1 views today |
Tempat makan <b>di Johor Bahru</b>- Restoran Agus Taman Universiti <b>...</b> Posted: 15 Oct 2013 06:30 PM PDT Tempat makan di Johor Bahru, yakni Restoran Agus ni masih lagi melonjak ke atas dalam senarai tempat makan paling happening di Johor Bahru , dan juga antara yang happening, sedangkan restoran lain-lain dah pun bungkus macam Restoran Safiah, Restoran Noor, Warung Safiah, Restoran Suwang Sangworno meninggalkan pesaingnya iaitu Restoran Ayub Taman U yang masih bertahan? Meh kita baca lagi keramahan 'Floor Manager' dan juga Cashier, jejaka dari Indonesia yang memang cukup kami 'respect' kerana kerajinan dan senyuman , memastikan order makanan sampai ke meja kami dan Krew J2C2 ya. baca lagi..pada repost FB kami Johor Bahru Di Hatiku..baca lagi.. |
You are subscribed to email updates from di johor bahru - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan