01 di kahang - Google Blog Search |
Orang Cina Sg Limau, orang India <b>Gelang Patah</b> | Helen Ang Posted: 01 Nov 2013 04:33 AM PDT Orang Cina Sg Limau, orang India Gelang PatahLim Kit Siang mengeluarkan sebuah kenyataan akhbar bertajuk: 'Will Muhyiddin allocate RM480 million to the two SRJK(C) Kuo Kuang1 and 2 in Gelang Patah based on his promise in Sg Limau by-election?' Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin beberapa hari lepas mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk SRJK (C) Aik Min dan RM750,000* untuk SRJK (C) Yuk Meng in Sungai Limau, Kedah. (* Kit Siang dalam kenyataan akhbarnya menyebut bahawa SRJK (C) Yuk Meng telah diperuntukkan RM1 juta, satu angka yang bercanggah dengan laporan-laporan berita.) Kit Siang berkata: "In announcing the allocations in the Sungai Limau by-election, Muhyiddin said the Barisan Nasional government will continue to assist Chinese and Tamil schools for as long as there is the sun and the moon." Sekolah 15 orang muridKit Siang membuat kiraan bahawa peruntukan RM1 juta kepada SRJK (C) Aik Min akan memanfaatkan RM66,666 setiap seorang daripada jumlah 15 orang murid sekolah di tersebut. Selaku Ahli Parlimen Gelang Patah, Kit Siang menuntut supaya peruntukan yang sama nilai turut disalurkan kepada sekolah Cina di kawasannya. Katanya SRJK (C) Kuo Kuang 1 di Gelang Patah mempunyai seramai 3,200 orang murid dan SRJK (C) Kuo Kuang 2 mempunyai 4,000 murid. Maka dengan itu, Kit Siang mahukan SRJK (C) Kuo Kuang 1 diberikan peruntukan RM213 juta dan SRJK (C) Kuo Kuang 2 sebanyak RM266 juta berdasarkan perhitungan belanja RM66,666 setiap seorang murid. Bila DAP pernah membantu sekolah Cina?Tuntutan Kit Siang menonjolkan sifat hasad dengki DAP yang terlebih membenci musuh serta sebenarnya tidak sayang kepada sekolah Cina. Hanya kerana dia hendak kenakan Muhyiddin dan kerajaan pusat, Kit Siang sanggup membuka pekung di dada masyarakat Cina. Butir-butir yang dipaparkan oleh Mursyidul Am DAP itu – yakni SRJK (C) Aik Min mempunyai 15 orang pelajar sahaja manakala SRJK (C) Yuk Meng, 41 orang – menggambarkan betapa gigihnya kaum Cina dalam usaha mereka mempertahankan keberlangsungan pendidikan menerusi bahasa pengantar bahasa ibunda. Jujur cakap, adalah tidak berbaloi untuk diteruskan sebuah sekolah dengan jumlah bilangan murid lebih kurang sebuah kelas tadika kecil. Namun kerajaan BN yang senantiasa dituduh sebagai "rasis" dan "jahat" masih lagi bersetuju untuk menampung perbelanjaan (bayar gaji guru) SRJK (C) Aik Min dan Yuk Meng. Dan di sini pula, Kit Siang sengaja buat hal mencabar Menteri Pelajaran. Ke mana Deklarasi Gelang Patah?Sekiranya DAP mahu mengungkit perkara kerajaan pusat membantu kaum Cina Sg Limau, ke mana pula perginya janji-janji yang ditabur DAP kepada kaum India di Gelang Patah sewaktu pilihanraya umum yang lepas? DAP pun menjanjikan bulan dan bintang kepada masyarakat India Johor. Deklarasi Gelang Patah 31 Mac 2013 boleh dibaca di blog Kit Siang. Dalam pada itu, boleh kita tanya program apa yang telah diatur untuk membina rakyat marhaen sepanjang 6 tahun DAP-Pakatan memerintah Pulau Pinang dan Selangor sejak 2008? Yang nampak ketara ialah rancangan mempromosi personaliti cult sahaja. Tengok pada saiz kalung bunga itu. Maharani Puan Speaker SelangorHipokrit bukan kepalangKononya Hannah Yeoh paling suka lah membeli-belah di Little India. Gambar di atas dirakam kelmarin sementara gambar di bawah diambil 6 bulan lepas semasa kempen PRU13. Walaupun Puan Speaker mendakwa bahawa dia begitu suka kedai-kedai India – lihat tweetnya "my favourite place to shop" di atas – namun Hannah Yeoh ini tidak beza dengan Teo Nie Ching saudari satu Skuad Selendangnya yang sering bergambar dalam sehelai sahaja baju kurung kuning itu juga. Ini Hannah Yeoh memakai baju India yang sama sahaja. Cuba tengok. Entry filed under: DAP MENGKHIANATI KAUM INDIA. Tags: Hannah Yeoh, Lim Kit Siang. |
You are subscribed to email updates from di gelang patah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan