You are here: Home / Pemuda PAS / Pemuda PAS Gelang Patah Bantah Jet Pejuang Singapura Terbang Rendah
Sejak 2 minggu kebelakangan ini, kerap kali penduduk tempatan sekitar Gelang Patah diganggu bunyi bising oleh pesawat pejuang Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dengan melakukan penerbangan rendah di ruang udara Malaysia.
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor sebelum ini telah bertindak dengan membuat kenyataan media secara rasmi meminta pihak kerajaan Malaysia bertegas menangani isu ini namun tiada tindakan susulan dijalankan oleh pihak kerajaan untuk menghentikan pengunaan ruang udara Malaysia oleh pesawat pejuang RSAF ini. Malah aktiviti ini semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Bukan itu sahaja, keadaan ini menjadi semakin rungsing apabila terdapat guru sekolah di sekitar Gelang Patah telah membuat satu laporan polis kerana masalah ini berlaku ketika pelajar-pelajar sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pesawat-pesawat ini dilihat telah terbang rendah dan mengganggu fokus pelajar-pelajar ini menduduki peperiksaan yang sangat penting ini.
Jika negara luar seperti Korea Selatan mengarahkan segala aktiviti masyarakat ditunda, perjalanan penerbangan dan keretapi ditangguhkan. Semata-mata untuk membolehkan peperiksaan besar dijalankan dengan lancar dan tumpuan pelajar-pelajar tidak terganggu, kerajaan Malaysia juga harus melakukan sesuatu untuk memastikan gangguan yang tidak sepatutnya seperti pesawat luar negara terbang rendah ini berlaku.
Rentetan daripada masalah ini, Dewan Pemuda PAS Gelang Patah telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya pada 9.23 pagi ini. Di dalam laporan polis itu kami berpendapat bahawa Kementerian Pertahanan Malaysia perlu memberikan penjelasan yang kukuh terhadap insiden yang berlaku ini kepada penduduk serta mendesak pihak ketenteraan Singapura agar menghentikan penerbangan pesawat pejuang RSAF di ruang udara Malaysia serta merta. Pihak kerajaan haruslah memandang secara serius berkenaan isu ini.
Selain itu, kami juga ingin mempersoalkan berkenaan penerbangan yang dilakukan oleh pesawat pejuang RSAF ini sama ada ia mengikut prosedur yang ditetapkan ataupun tidak kerana tindakan tentera udara Singapura ini yang melakukan penerbangan rendah telah menganggu ketenteraman penduduk sekitar kawasan Gelang Patah.
Sekiranya bantahan diplomatik tidak diambil endah oleh kerajaan Singapura. Perlu ada tindakan yang lebih tuntas dan tegas dari kerajaan Malaysia. Ini bukan sekadar melibatkan ketenteraman penduduk disekitar Johor terutamanya di Nusajaya sahaja. Isu ini juga melibatkan kedaulatan negara serta masa depan rakyat Malaysia.
Yang Benar,
MOHD TAUFIK RIZAL BIN MOHD SAID
KETUA
DEWAN PEMUDA PAS GELANG PATAH
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();
Tiada ulasan:
Catat Ulasan