Ahad, 17 November 2013

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


Suspek utama kes rompak dan bunuh Ambank diberkas <b>di Kota Tinggi</b>

Posted: 09 Nov 2013 06:38 PM PST

KUALA LUMPUR – Suspek utama kes samun Ambank di Subang Jaya pada 23 Oktober lalu yang melibatkan kematian seorang pegawai bank itu akhirnya ditahan selepas hampir tiga minggu melarikan diri.

Pengarah  Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah memaklumkan, supek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor selepas menerima maklumat orang awam.

Operasi tangkapan tersebut dilakukan oleh Pasukan Cantas Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 7 pagi.

"Pihak Polis percaya dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan.

"Pihak polis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan keperihatinan mereka dalam kes ini," katanya dalam kenyataan media.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengucapkan syabas di atas kejayaan berkenaan.

"Syabas Team Ops Cantas Bukit Aman, telah berjaya tangkap pembunuh/perompak kejam Ambank di JB pagi ini.

"Terima kasih rakyat Malaysia yang terus membantu PDRM," kata beliau di dalam Twitter.

Kes rompakan berkenaan benar-benar mengejutkan negara kerana ia dilakukan oleh pengawal keselamatan bersenjata bank itu sendiri.

Suspek juga nekad menembak mati pegawai operasi bank berkenaan, Norazita Abu Talib, 37, sebelum melarikan wang tunai dari bilik kebal sebanyak RM450,000.

Sebelum ini polis telah menahan tiga individu termasuk isteri suspek bagi memabantu siasatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads