Berbagai tindakan orang yang sakit hati, hasad dengki dan cemburu dengan orang lain. Bahkan sanggup memfitnah serta memburuk-burukkan sesama muslim. Antaranya kes di bawah. Sabotaj yang keterlaluan!!Penyebaran video penderaan kanak-kanak di sebuah taska di Taman Kota Masai, Johor di Internet sejak beberapa hari lalu disahkan sebagai perbuatan khianat.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Khatijah Abdullah mengetahui mengenai adegan video yang disifatkan keterlaluan terhadap kanak-kanak itu selepas menonton video terbabit, Khamis lalu.
Menurutnya, pihak JKM telah membuat siasatan ke premis tersebut bagi memastikan kesahihan rakaman video lebih seminit itu, pada keesokan harinya.
"Siasatan JKM mendapati rakaman itu dipercayai angkara dua bekas pengasuh yang berkhidmat di situ selepas tidak berpuas hati terhadap tindakan pengusaha taska memberhentikan perkhidmatan mereka.
"Hasil siasatan mendapati pengusaha taska itu, mengakui ianya adalah cubaan khianat bekas pekerjanya itu bagi menjatuhkan maruah dan perniagaannya, malah kes berkenaan telah dilaporkan kepada polis," katanya kepada sinar harian.
Khatijah berkata, taska berkenaan beroperasi sejak Januari tahun lalu dan berdaftar dengan pihak JKM.
Katanya, seramai 30 kanak-kanak berada di bawah jagaan mereka berumur sehingga empat tahun dikendalikan lima pengasuh.
"Pengusaha mendakwa ibu bapa kanak-kanak berkenaan telah dimaklumkan berhubung penyebaran video berkenaan.
"Ini adalah kes pertama cubaan mengaibkan kanak-kanak dan pengusaha di negeri ini," katanya.
Video Budak Kena Dera Di Taska Taman Kota Masai
Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.
Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.
Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya. "Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami. Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya," katanya.
SILA KLIK UNTUK TONTON VIDEOA YANG DISEBARKAN. http://cthoney.blogspot.com/2012/02/video-budak-kena-dera-di-taska-taman.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan