01 di mersing - Google Blog Search |
Laman Pengail: LUBUK IKAN <b>DI MERSING</b> -part2(RAHSIA PULAU <b>...</b> Posted: 08 Sep 2013 03:07 AM PDT
Pancingan pantai adalah rahsia yang saya ingin ceritakan tetapi masih berkisar di kawasan Sungai Mawar Mersing. Bagi yang menggemari pancingan ekstrem dimana gemar meneroka lubuk-lubuk yang mencabar pasti bertekad untuk mencubanya, di sungai Mawar juga terdapat lubuk terbaik selain muara menyusuri hingga ke dalam sungainya iaitu "PULAU MAWAR." Dari atas jambatan Sg.Mawar kita akan terlihat pulau kecil berhadapan kuala nya,sebenarnya tanjung tersebut berasal dari beberapa buah pulau kecil.Perubahan monsun yang melanda menyebabkan pulau tersebut bersambung dengan tanah besar iaitu apabila permukaan pantai naik meninggi hingga menjadi benteng http://zulkiffleeh.blogspot.com/2013/06/memancing-siakap-di-benteng-pemecah.html dan menjadi lokasi terbaik bagi nelayan berlindung dari ribut tengkujuh. Saya akan berikan sedikit info bagaimana untuk memancing di Pulau Mawar tersebut, tetapi pemancing haruslah seorang yang tahan lasak juga seorang yang tidak kenal erti kekecewaan. Apabila pemancing telah dapat menjejakkan kaki ke Pulau tersebut pasti pengalaman berharga akan tersemat dihati sebagai pengalaman yang berharga. Bagi yang datang dari arah Mersing memasuki Kg.Tanjung Resang melalui jalan ke Penyabong akan bertemu Jambatan Sg.Sisek,dan lebih kurang 1km sebelum sampai di Jambatan Sg.Mawar terdapat lorong sebelah kanan ke Kg.Sg.Mawar. Dipenghujung kampung nelayan tersebut dari kejauhan akan terlihat pulau @ tanjung Mawar, susuri lah sepanjang benteng pasir tersebut hingga ke sana. Kebiasaan warga tempatan akan memancing disana menggunakan motosikal kerana untuk sampai kesana rakan pemancing harus menyusuri benteng pasir sepanjang 1km. Tak hairan lah kalau saya katakan pasti menyemput dibuatnya,mana kan tidak dengan peralatan mancing,bekalan makanan,tool box dan tong umpan belum lagi yang remeh-temeh seperti khemah,peralatan mendaki dan lain-lain lagi. Jadi jalan terbaik lihatlah paparan ini http://zulkiffleeh.blogspot.com/2012/05/normal-0-false-false-false-en-us-x-none_29.html Peralatan mendaki?mengapa perlu ada?akan saya ceritakan nanti. Setelah menghampiri pulau tersebut (jika bermotosikal)melepasi paya berpasir,tongkatlah motosikal anda sedikit keatas tebing agar tidak ditenggelami air pasang. Kemudian terpulang pada anda membuat pilihan samada ingin memancing menyusuri tebing berbatu dimana dasarnya berpasir atau memancing disebelah belakang tebing berbatu.
Memancing dipantai berbatu Pulau Mawar penggunaan umpan sesuai adalah seperti : * Udang segar (udang hidup lebih sesuai digunakan) * Umpan anak ikan hidup yg baru dikail seperti bebolos ,anak kekek sesuai dijadikan umpan pari. memancing ikan bebulus di pantai menggunakan perambut setengah kaki dengan kekuatan 12 paun amat sesuai dgn mata kail halus. * Perumpun sarung atau ruat pasir *Hirisan ikan (selayang,tamban atau kembung)/hirisan sotong (dipotong serong) *Kerang-kerangan,umang-umang yg dititik cengkerangnya atau anak ketam untuk peroleh ikan Ketarap. Di Pulau Mawar, Ikan pari boleh diandaikan spesies terbesar mendiami kawasan pesisiran pantai tersebut manakala ikan lumrah lain ialah ikan2 karang, kakap merah,bebolos, gelama papan,gerut, tuka, sembilang karang, todak, daun baru dan ikan Delah yang mendiami teluk pantai berpasir Pulau Mawar. Saiz batu ladung boleh menentukan jarak baling, saiz batu ladung juga boleh ditentukan melalui keadaan pasang surut air laut. Bermula nombor 8 hingga 12 adalah saiz yang lumrah digunakan pemancing pantai. Pilih batu jenis lonjong memanjang supaya ia kurang memberi rintangan angin dan arus.Panjang perambut untuk memancing di pantai memadai satu meter kerana jika terlalu panjang maka anda akan mengalami kesukaran untuk lontaran nanti. Sebenarnya di Pulau Mawar terdapat kawasan yang menarik iaitu dibalik tebing bebatu yang tinggi (lebih kurang 5-7meter),sebab itu lah saya sarankan 'peralatan mendaki' itupun jika masih ada lagi 'tali' lama untuk memanjat iaitu ditempat 'parking' motosikal seawal tadi kerana itu saya harap pemancing merupakan seorang yang berani punya hati yang kering. Diatas bukit nanti pemancing akan melihat fenomena yang cantik iaitu'Gerbang Laut' atau pintu masuk untuk persekitaran tanjung tersebut. Dikiri kanannya terdapat tebing tinggi bebatu karang dimana kawasan berpotensi mendapatkan pelbagai spesis ikan namun di pantai berbatu karang tersebut juga boleh mendatangkan masalah iaitu 'sangkut' terutama pancingan dasar.Lumrah lah 'area' berbatu penuh berteritip masalah sangkut memang tidak boleh dielakkan.juga untuk menyusuri tebing bebatu yang curam amat mencabar.jika pemancing rajin serta berani menyusuri tebing bebatu karang disana hasil tangkapan pastinya lumayan sekali. Biasanya casting di pantai berkarang Pulau Mawar boleh dilakukan pada masa air besar atau surut tetapi semasa air gerak pasang pemancing rebutlah teknik pancingan dasar kerana waktu terbaik ikan merapat ke pantai.Tetapi tidak bermakna waktu lain kita tidak boleh memancing. Memancing boleh seharian tetapi fokus dan tumpuan perlu diberikan Waktu terbaik ialah ketika air pasang penuh. Ketika itu, ikan akan merapat ke pantai. Pada sebelah malam pula, ikan lebih efektif daripada siang.Secara ringkas waktu paling sesuai ialah lewat petang (kalau dapat bermalam lah disana). Semoga dengan penerangan panjang lebar tersebut dapatlah rakan pemancing mendalami ilmu berguna bagi dipraktikkan di pantai Pulau Mawar Mersing. Dari Laman Pengail :Zulkiffleeh |
You are subscribed to email updates from di mersing - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan