Jumaat, 15 November 2013

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


Nizam.Ariff: Mee Bandung Muar .... <b>di Muar</b>, Johor.

Posted: 22 Oct 2013 08:51 PM PDT

.

Berberapa hari sebelum Hari Raya Qurban, aku sekeluarga pergi ke arah Muar dengan tujuan untuk 'pekena' mee bandung Muar yang disebut-sebut orang akan kelazatan menikmatinya.

Aku tak tahu kedai mana yang dikatakan orang 'sedap hingga menjilat sudu' itu. Bagi aku, mana-mana mee bandung yang dimasak di Muar adalah mee bandung Muar. Jadi, aku berpandukan kepada cakap-cakap adik beradik yang pernah merasa. Restoran ini terletak sebelum jambatan ke Muar, tidak jauh dari sekolah sains.

Makan di atas meja batu... sesuatu yang jarang aku dapati di sebuah restoran. Biasanya meja batu begini banyak di tepi tasek atau sungei sebagai tempat bersantai. Tempat berkelah sambil menikmati sebungkus mee goreng dikongsi berdua... berdua-duaan. I usap U, U usap I.... eh! I suap U, U suap I.

Kuahnya pekat, terasa sungguh udang keringnya... cuma kurang terasa air rebusan dagingnya (dikatakan yang membezakan mee bandung Muar dan lain ialah air rebusan daging tetel). Selain daripada telur yang dicelurkan ke dalam kuah, ia juga ada beberapa keping hirisan daging, 2-3 ekor udang air tawar bersaiz jari hantu yang diluruskan ke atas dan tauhu yang dipotong dadu sebesar saiz dadu dam ular dan sawi.

Seperti biasa... meenya aku rasakan kurang banyak.... atau ruang perut aku yang terlebih luas?

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads