ads

Ahad, 17 November 2013

01 di pasir gudang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di pasir gudang - Google Blog Search


Sekumpulan Mat Rempit Mengamuk <b>Di Pasir Gudang</b> - Cerita Semasa

Posted: 22 Sep 2013 10:13 PM PDT

Sekumpulan mat rempit telah mengamuk di beberapa lokasi sekitar Taman Air Biru, Pasir Gudang, berlarutan 45 minit antara jam 10.15 malam hingga 11 malam kelmarin.

Sekumpulan Mat Rempit Mengamuk Di Pasir Gudang
Amukan 100 mat rempit dengan menaiki 50 motosikal ini menyerang pula sebuah restoran mamak, selepas menyerang penduduk yang menonton bola sepak di bilik gerakan UMNO Taman Air Biru jam 10.15 malam. kumpulan ini bersenjatakan pedang samurai, parang, kayu dan besi.

Saya sangka mereka nak sama-sama menonton perlawanan bola sepak di televisyen, tapi terkejut apabila seorang daripada mereka menjerit 'serang' diikuti puluhan lelaki meluru bersenjatakan parang, pedang samurai, kayu dan besi."

Demikian kata Ed Baela Muhalajah, 30, seorang daripada mangsa serangan sekumpulan 100 mat rempit yang menunggang 50 motosikal di bilik gerakan UMNO Taman Air Biru, di sini, malam kelmarin.

Kumpulan samseng jalan raya itu kemudiannya turut menyerang sebuah restoran mamak, mencederakan seorang orang awam dan menyamun seorang gadis di luar sebuah restoran makanan segera di sekitar Taman Air Biru.

Ed Baela yang juga Ketua UMNO cawangan Taman Air Biru, Jalan Perjiran 9, di sini, berkata, kejadian serangan itu berlaku kira-kira jam 10.15 malam.

Menurutnya, ketika itu dia bersama sekumpulan penduduk menyaksikan perlawanan bola sepak menerusi skrin televisyen membabitkan saingan Liga Malaysia antara Johor Darul Takzim (JDT) dengan Selangor PKNS.

Difahamkan, seorang daripada mat rempit yang melakukan serangan itu ditahan dan cedera dipukul penduduk selepas suspek terjatuh daripada motosikalnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Roslan Zainuddin berkata, pihaknya menerima 15 laporan penduduk di sekitar Pasir Gudang mengenai serangan terbabit.

Berikutan itu, katanya, polis menahan seorang suspek di sekitar Pasir Gudang beberapa jam selepas kejadian dan masih menjalankan siasatan bagi memberkas suspek lain.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Kami sedang mendapatkan maklumat dan yakin dapat memberkas semua suspek lain," katanya ketika dihubungi.

Anda mungkin juga Meminati

Comments

comments


Tags:

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved