01 di pengerang - Google Blog Search |
Kenangan Yuchuilang: Ringkasan Kunjungan <b>Pengerang</b> Posted: 18 Nov 2013 03:30 PM PST Kami pergi ke Pengerang untuk menikmati udang kara sebelum udang kara di Pengerang terpupus. Sungai Rengit merupkan sebuah pekan di Pengerang. Pelbagai kemudahan asas tersedia di Sungai Rengit. Walaupun terletak di kawan luar bandar, penginapan di Sungai Rengit tidak menjadi masalah. Selain Hotel Tai Hoe, beberapa hotel boleh di dapati di Sungai Rengit. Jangan terlepas peluang menjamu makanan laut ketika anda berkunjung ke Pengerang. Terdapat banyak restoran makanan laut di Pengerang. Anda harus membuat sedikit kajian sebelum bertolak ke Pengerang. Sekiranya melawat bersama kanak-kanak, anda boleh singgah di Taman Burung Unta. Jika berminat, anda boleh membeli tiket lalu menemui burung unta di dalam Taman Burung Unta. Anda pun boleh membeli cenderamata berkaitan dengan burung unta sebagai kenangan. Sekitar 5 km dari Sungai Rengit, Pantai Ramunia berada di jalan menuju ke Desaru. Pemandangan Pantai Ramuni sungguh pesona. Di samping mandi-manda, anda juga boleh berkelah di Pantai Ramunia. Anda boleh bermalam di Pantai Ramuni untuk melihat langit berbintang pada waktu malam. Orang Singapura masuk ke Pengerang melalui Jeti Marina Tanjung Pengelih. Dari jeti tersebut, pelancong Singapura menaiki teksi atau kenderaan yang disediakan oleh hotel ke Sungai Rengit. Pengunjung dari Singapura merebut-rebut ke Pengerang untuk merasa makanan laut pada hujung minggu dan cuti am Singapura. Pekan lama Kampung Jawa yang berdakatan dengan Jeti Marina Tanjung Pengelih seolah-olahnya tempat yang telah dilupakan. Berbanding dengan Sungai Rengit, perubahan Kampung Jawa memang berbeza. Sungai Rengit makin maju tetapi Kampung Jawa pula mundur. Kemakmuran Sungai Rengit dan kemerosotan Kampung Jawa adalah satu pertentangan yang ketara. |
You are subscribed to email updates from di pengerang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan