LATAR BELAKANG FELDA LOK HENG Salam muhibah kepada semua pembaca yang di hormati, disini saya kongsikan sedikit info tentang asal usul sejarah dan latar belakang Felda Lok Heng, mungkin ianya antara maklumat yang sangat berharga kepada kita semua khususnya anak jati warga Felda Lok Heng sendiri untuk mengetahui asal usul "LOK HENG". Semoga ianya berguna kepada kita semua dan adik-adik yang masih dibangku sekolah agar menjadi pembakar semangat untuk turut sama berbakti di tanah yang bertuah ini.
Di percayai nama Felda Lok Heng ditemui daripada nama pekebun cina yang bernama "Lok Heng" pada tahun 40-an. Beliau adalah merupakan seorang warga cina yang pertama pernah meneroka kawasan ini yang dahulunya hutan belantara. Jolokan "Lok Heng" kekal kerana bertapaknya nama dan kisah beliau. Namun begitu, kesahihan sejarah ini tidak dapat disahkan.
Felda Lok Heng Barat berkeluasan keliling seluas 2,053.46 hektar. Mempunyai 4 peringkat I,II,III,IV. Felda Lok Heng Barat telah dibangunkan pada tahun 1976 dengan tanaman kelapa sawit. Jumlah peneroka yang pertama adalah seramai 484 orang, kemasukan pertama peneroka ini adalah bermula dari tahun 1982 hingga tahun 1987.
Alamat rancangan Felda Lok Heng Barat :
Pejabat Felda Lok Heng Barat81900 Kota Tinggi JohorNo Telefon : 07-8947469No Fax : 07-8947612 Maklumat kawasan Parlimen :
Nama Ahli Parlimen : YB Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid
Nama kawasan Parlimen : Parlimen Kota Tinggi
Maklumat Dewan Undangan Negeri (Dun)
Nama Adun : YB Haji Rasman Ithnain
Nama Kawasan Dun : Sedili Kecil
Felda Long Barat, Lok Heng Timur & Lok Heng Selatan
Gugusan FELDA Lok Heng yang terletak di Mukim Sedili Kecil dalam Daerah Kota Tinggi adalah terdiri daripada tiga buah tanah rancangan peneroka FELDA iaitu Felda Lok Heng Barat, Felda Lok Heng Timur dan Felda Lok Heng Selatan.
Felda Lok Heng Selatan telah dibangunkan pada tahun 1978 dengan tanaman kelapa sawit seluas 1768.44 hektar. Pada peringkat awalnya, kawasan ladang Felda Lok Heng Selatan adalah kawasan ladang Felda Lok Heng Barat dan Felda Lok Heng Timur yang mana kebanyakan kawasannya tidak berapa ekonomik, rendah dan berpaya. Kawasan ini telah dipulihkan dan dibangunkan semula. Maka, wujudlah rancangan Felda Lok Heng Selatan
Tanah rancangan Felda Lok Heng Selatan telah dibangunkan pada tahun 1978 dan mula diduduki oleh peneroka baru secara rasmi pada Januari 1986 bagi peringkat 01 seramai 110 orang tidak termasuk ahli keluarga masing-masing dan pada Februari 1987 bagi peringkat 02 seramai 261 orang tidak termasuk ahli keluarga masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan