Sabtu, 30 November 2013

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


musim durian <b>di pontian</b> - yang halal itu fardhu, yang lazat itu perlu

Posted: 15 Nov 2013 10:16 AM PST

PONTIAN - Ketibaan musim durian sekali setahun menyaksikan kewujudan gerai buah-buahan di tepi jalan sekitar daerah ini tidak ubah seperti cendawan selepas hujan.

Di sepanjang laluan utama ke Tanjung Piai dari Pekan Nenas dan bandar Pontian sahaja, terdapat lebih 10 gerai menjual buah durian.

Pemborong dan peniaga, Zairi Mohd Salleh berkata, musim durian berlaku secara berperingkat bermula dari Oktober lalu dan dijangka berakhir Disember ini.

"November merupakan kemuncak musim buah durian di sini, di mana jumlah buah lebih banyak berbanding bulan sebelumnya.

"Keadaan ketika ini umpama pesta durian di mana peniaga-peniaga menawarkan harga murah dan adakalanya dijual secara borong," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Beliau yang sudah enam tahun menjadi pemborong durian memberitahu, durian jenis kampung yang mempunyai isi tebal paling banyak terdapat di daerah ini.

Katanya, durian kampung mempunyai tarikan tersendiri walaupun tidak popular seperti durian jenis musang king.

"Ramai menggemari durian kampung yang musimnya hanya sekali setahun, kerana rasanya yang lemak dan enak.

"Malah ada yang datang mencari durian kampung di sini kerana mahu merasai durian kampung segar yang baru gugur dari pokok," katanya.

Beliau berkata, musim durian pada kali ini cukup menjadi dengan sambutan baik pembeli.

"Pembeli yang rata-ratanya terdiri dari pelancong yang hendak ke Tanjung Piai dan Kukup, biasanya akan singgah mendapatkan durian di gerai-gerai durian tepi jalan di sini.

"Jualan pada hari minggu sahaja mampu mencecah hampir RM2,000 dan jumlah itu dijangka meningkat apabila tiba musim cuti persekolahan hujung tahun.

"Harga sekilo durian kampung di sini jual pada harga RM3 sekilo bergantung kepada gred," katanya.

Katanya, sejak dua minggu lalu, sebanyak 200 kilogram durian dijual setiap hari kepada pemborong dari Johor Bahru.

"Pekebun-pekebun durian tempatan akan menghantar durian mereka ke gerai untuk dikumpul dan kemudian dijual kepada pemborong.

"Seawal jam 7 pagi lagi pekebun-pekebun telah datang menghantar durian untuk dikumpul," katanya.

Beliau turut berharap gerai-gerai buah-buahan diberi perhatian sewajarnya oleh Jabatan Pelancongan dan pihak berkuasa tempatan di sini  kerana ia dilihat dapat menjadi tarikan baru kepada sektor pelancongan di sini.

"Selepas musim durian, rambutan dan pulasan akan menyusul, musim buah-buahan di sini sentiasa ada kerana lokasinya terletak berhampiran kampung-kampung yang mempunyai banyak dusun," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads