Ahad, 10 November 2013

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


(7 gambar) Jenazah 7 tahun masih sempurna dan wangi <b>di Segamat</b>

Posted: 08 Nov 2013 07:29 PM PST

Saudara mara membantu proses pemindahan jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak, Segamat semalam.

Saudara mara membantu proses pemindahan jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak, Segamat semalam.

Jenazah seorang guru agama yang dikebumikan kira-kira tujuh tahun lalu ditemui dalam keadaan sempurna dan berbau wangi ketika kerja menggali tanah perkuburan di Kampung Batu Badak, di sini.

Jenazah Allahyarham Maheran Jaaffar, yang meninggal pada 2006 adalah antara 350 kubur yang digali semula untuk dipindahkan bagi memberi laluan kepada projek melebar Jalan Segamat-Ledang.
Selain itu, dua jenazah lagi turut ditemui dalam keadaan sempurna dan berbau wangi walaupun dikebumikan sejak berdekad lalu.

segamat jenazah pindah7

Dua lelaki melakukan kerja penggalian di dalam kubur.

segamat jenazah pindah3

segamat jenazah pindah6
Anak sulung Maheran, Hamisah Kassim, 67, berkata beliau terkejut dan hiba apabila dimaklumkan jenazah ibunya dalam keadaan wangi dan masih sempurna, termasuk kain kapan yang masih utuh.

"Kubur emak adalah yang pertama digali untuk dipindahkan ke Tanah Perkuburan Wakaf di Kampung Tasek. Saya terharu diberitahu jenazah ibu masih elok dan wangi.

"Mungkin itu balasan yang diterima ibu kerana ketika hayatnya arwah mengajar kanak-kanak mengaji al-Quran. Seingat saya, arwah sentiasa mengamalkan amalan berselawat, berzikir dan sering bersedekah," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Hamisah berkata, arwah ibunya juga seorang yang bertanggungjawab menjaga empat lagi adik-beradiknya dan seorang yang pendiam.

segamat jenazah pindah

Jenazah yang ter;ibat proses pemindahan akan dikafan semula.

segamat jenazah pindah2

segamat jenazah pindah5Sementara itu, Penyelia Tanah Perkuburan Jabatan Agama Johor (JAJ), Jamaluddin Sapuan, berkata semua jenazah yang digali semula itu dikapankan dan dikebumikan semula di Tanah Wakaf Kampung Tasek.

"Seramai 15 penggali kubur di bawah JAJ memulakan kerja menggali sambil dilihat beberapa jabatan kerajaan, waris dan penduduk setempat.

"Penemuan jenazah yang masih sempurna dan berbau wangi tanda kekuasaan Allah SWT dan balasan yang baik kepada mereka yang melakukan suruhan Allah," katanya.-bh

Panglima Perang Cyber: Mayat Tidak Reput Milik Guru Quran <b>...</b>

Posted: 07 Nov 2013 10:21 PM PST

Sumber whatsapp

Dari en jalaluddin - JKR

Katanya salah satu jenazah yg berusia 11 tahun tu seorang lelaki bekas guru mengaji AlQuran.

Subhanallah.

Sehingga kini 3 jenazah yang dikebumikan antara 7 hingga 11 tahun masih dlm keadaan elok. Kain kapannya masih kukuh dan semasa mengeluarkan jenazah tersebut berbau harum semerbak.

Keadaan jenazah masih elok seolah2 baru dikapan dan dikebumikan.

Untuk makluman kawan2 perkuburan ini terlibat dgn projek expressway jalan segamat tangkak.

Ini adalah kerja2 mengalihkan kubur di kg batu badak, gemereh segamat

Panglima : tidak pelik mayat orang hafaz al quran dan kuat ibadat dipelihara Allah dari dimakan tanah dan ulat.

Di Mesir juga peristiwa seperti ini pernah berlaku.

Semoga peristiwa ini menguatkan semangat kita untuk tambah ilmu iman dan amal agar dapat jejak tangga Iman dan Ihsan selepas Islam.

Kebetulan semalam juga panglima melalui kawasan tersebut kerana ada urusan di Segamat.

Mari doakan kita mati dengan husnul khatimah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads