01 di segamat - Google Blog Search |
[ Terkini ] Gambar Mayat Tidak Reput - Brothers Sam Selamanya Posted: 07 Nov 2013 11:53 PM PST SEGAMAT: Sebanyak 16 mayat membabitkan dua janin dan 14 dewasa ditemui dalam keadaan sempurna ketika dipindahkan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini, sejak penggalian dimulakan 6 November lalu. Mayat dewasa itu ditanam antara lapan hingga belasan tahun lalu dan akan dipindahkan ke lokasi lain bagi memberi laluan kepada projek pelebaran Jalan Segamat-Ledang. Kesemua mayat berkenaan termasuk kain kafannya ditemui dalam keadaan baik serta bersih. Katanya salah satu jenazah yg berusia 11 tahun tu seorang lelaki bekas guru mengaji AlQuran. Sehingga kini 3 jenazah yang dikebumikan antara 7 hingga 11 tahun masih dlm keadaan elok. Kain kapannya masih kukuh dan semasa mengeluarkan jenazah tersebut berbau harum semerbak. Keadaan jenazah masih elok seolah2 baru dikapan dan dikebumikan. Untuk makluman kawan2 perkuburan ini terlibat dgn projek expressway jalan segamat tangkak. Ini adalah kerja2 mengalihkan kubur di kg batu badak, gemereh segamat Panglima : tidak pelik mayat orang hafaz al quran dan kuat ibadat dipelihara Allah dari dimakan tanah dan ulat. Di Mesir juga peristiwa seperti ini pernah berlaku. Semoga peristiwa ini menguatkan semangat kita untuk tambah ilmu iman dan amal agar dapat jejak tangga Iman dan Ihsan selepas Islam. Kebetulan semalam juga panglima melalui kawasan tersebut kerana ada urusan di Segamat. Mari doakan kita mati dengan husnul khatimah , Al-fatihah (Sumber ) |
You are subscribed to email updates from di segamat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan