01 di senai - Google Blog Search |
BAYI DITEMUI <b>DI</b> PERHENTIAN BAS <b>SENAI</b> Posted: 02 Nov 2013 08:22 PM PDT BAYI TANPA SEURAT BENANG DITEMUI DI SENAI | SENAI – Seorang bayi perempuan masih bernyawa ditemui tanpa seurat benang dalam beg di perhentian bas Taman Nesa, Skudai dekat sini, dipercayai ditinggalkan. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, bayi dipercayai berusia 13 hari itu ditemui bertali pusat oleh orang awam di perhentian bas berkenaan pada 18 Oktober lalu. "Bayi itu ditemui kira-kira jam 5.30 pagi dalam beg berwarna hitam yang diletakkan di perhentian bas Taman Nesa. "Orang awam yang menemui bayi berkenaan telah membuat laporan polis dan bayi dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA)," katanya dalam satu kenyataan. Katanya, bayi berkenaan dinamakan sebagai Zara Safiya kini diletakkan di dalam perlindungan JKM mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 dan usaha mengesan ahli keluarga dan waris bayi berkenaan telah dijalankan namun gagal. "Kami berharap keluarga atau mana-mana pihak yang tahu mengenai bayi ini menghubungi kami demi kebajikan dan masa depannya," katanya. Dalam pada itu katanya, seorang bayi lelaki dipercayai berusia 13 hari turut ditemui penduduk selepas ditinggalkan di dalam sebuah kotak di Jalan Panglin 1, Taman Perling dekat sini, pada tarikh sama. "Bayi lelaki itu ditemui pada jam 10.30 malam oleh orang awam yang mendengar tangisan bayi berkenaan yang ditinggalkan di dalam kotak. "Bayi berkenaan dinamakan sebagai Aidil Adha telah dirujuk kepada HSA dan kini berada di bawah perlindungan JKM," katanya. Manayi berkata, beliau berharap keluarga atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua bayi berkenaan menghubungi JKM di talian 07-2232606.
Labels: Berita , Gempar , Informasi , Jenayah , Sesat |
You are subscribed to email updates from di senai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan