01 di tangkak - Google Blog Search |
- Panglima Perang Cyber: Mayat Tidak Reput Milik Guru Quran <b>...</b>
- Kalimah Allah Pada Pokok <b>di</b> Hentian <b>Tangkak</b> | Diari Anak Timur
- proses pindah kubur untuk projek "express way segamat-<b>tangkak</b>"
Panglima Perang Cyber: Mayat Tidak Reput Milik Guru Quran <b>...</b> Posted: 07 Nov 2013 10:21 PM PST Sumber whatsapp Dari en jalaluddin - JKR Katanya salah satu jenazah yg berusia 11 tahun tu seorang lelaki bekas guru mengaji AlQuran. Subhanallah. Sehingga kini 3 jenazah yang dikebumikan antara 7 hingga 11 tahun masih dlm keadaan elok. Kain kapannya masih kukuh dan semasa mengeluarkan jenazah tersebut berbau harum semerbak. Keadaan jenazah masih elok seolah2 baru dikapan dan dikebumikan. Untuk makluman kawan2 perkuburan ini terlibat dgn projek expressway jalan segamat tangkak. Ini adalah kerja2 mengalihkan kubur di kg batu badak, gemereh segamat Panglima : tidak pelik mayat orang hafaz al quran dan kuat ibadat dipelihara Allah dari dimakan tanah dan ulat. Di Mesir juga peristiwa seperti ini pernah berlaku. Semoga peristiwa ini menguatkan semangat kita untuk tambah ilmu iman dan amal agar dapat jejak tangga Iman dan Ihsan selepas Islam. Kebetulan semalam juga panglima melalui kawasan tersebut kerana ada urusan di Segamat. Mari doakan kita mati dengan husnul khatimah! |
Kalimah Allah Pada Pokok <b>di</b> Hentian <b>Tangkak</b> | Diari Anak Timur Posted: 16 Oct 2013 06:17 PM PDT Salam.. Macam best jer tajuk tu kan.. ok aku nak cite la ni.. kejadian pada 11 Oktober 2013 iaitu jumaat lalu... waktu tepat pukul 12 malam, aku berhentikan kereta dia hentian tangkak dek kerana penat memandu.. mengantuk sangat2. Maklumlah nak balik beraya Haji... Isteri dan anak-anakku sedang tidur.. aku sandarkan badanku pada kereta..sambil2 memerhati kawasan sekeliling..melihat keindahan ciptaan Ilahi.. dah memang tabiat aku kalau benti kat mana2..aku akan memerhati suasana sekeliling... Sambil2 memerhati, aku terperasan satu pokok...aku rasa macam pelik jer... mcm ada terbentuk sesuatu pada pokok tu ekoran dari cahaya lampu jalan.. bila aku amati.. maka, jelas la kelihatan kalimah Allah pada pokok tu... Subhanallah... Alamak..hp aku dalam kete...aku terus mengambil hp dan snap la gambar kalimah tu... korang nak tengok...?? Ini dia Pokok yang aku maksudkan, Ada kalimah Allah... korang amati betul2.. mungkin pada korang tak jelas sangat..tapi pada aku memang jelas.. kalau dilihat secara live..memang lagi jelas... bagi mereka yang ingin melihat secara live.. silalah ke hentian tangkak jalan menuju ke johor...aku tak pasti waktu siang akan jelas kelihatan macam ni ke tak...yang pasti waktu malam macam ni rupanya... wallahualam... |
proses pindah kubur untuk projek "express way segamat-<b>tangkak</b>" Posted: 08 Nov 2013 03:59 PM PST "Ketika proses menggali dan mengeluarkan mayat arwah ibu mertua dijalankan semalam, secara tiba-tiba seluruh kawasan tanah perkuburan ini berbau harum. "Saya sendiri lihat kain kapan ibu mertua masih dalam keadaan sempurna dan tidak reput. Ia hanya dikotori tanah saja," kata Abdullah Abdul Karim, 74, hari ini. Abdullah adalah menantu kepada arwah Maheran Jaaffar, 74, yang meninggal dunia akibat sakit tua pada 2006. Ketika dikeluarkan dari liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak, Gemereh, segamat, mayat arwah Maheran masih dalam keadaan sempurna. Mayatnya antara 16 mayat yang dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan yang masih dalam keadaan sempurna. Tanah perkuburan yang berusia 100 tahun itu digali untuk memberi laluan kepada projek pelebaran Jalan Segamat-Ledang yang termasuk dalam fasa projek pembinaan "Expressway Segamat-Tangkak". Keseluruhannya, 350 kubur terbabit dalam pemindahan berkenaan dan mayat akan disemadikan semula di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alai yang terletak tidak jauh dari lokasi berkenaan. Menceritakan amalan arwah Maheran sepanjang hayatnya, Abdullah berkata, ibu mertuanya sentiasa mengamalkan bacaan zikir selepas bangun daripada tidur. "Dia tidak pernah mengambil sarapan sebelum berzikir. Arwah juga sangat patuh kepada suami selain tidak pernah putus ke masjid." "Sepanjang hayatnya, arwah ibu mertua tidak pernah meninggalkan suruhan agama malah turut mengajar mengaji kepada anak jiran," katanya ketika ditemui. Selain itu, menurut Abdullah, arwah ibu mertuanya juga seorang yang pemurah dan sering bersedekah. "Arwah seorang yang agak pendiam namun tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu serta isteri." "Saya bekerja sebagai penjaga kubur di tanah perkuburan ini sejak 20 tahun lalu. Pengalaman melihat keadaan jenazah arwah ibu mertua yang masih sempurna menunjukkan kebesaran Allah SWT dan Dia memang tidak pernah memungkiri janji-Nya," katanya. Menurut Abdullah, dia bersyukur dengan apa yang ditunjukkan oleh Allah SWT kerana ia boleh dijadikan tauladan kepada dirinya serta masyarakat. "Syukur segala proses menggali serta mengebumikan semula mayat arwah ibu mertua berjalan lancar," katanya. |
You are subscribed to email updates from di tangkak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan