01 di tangkak - Google Blog Search |
Polis Johor Berjaya Menahan 'Tuhan Harun' <b>Di Tangkak</b> Posted: 20 Nov 2013 04:55 AM PST TANGKAK - Ketua ajaran sesat Tuhan Harun yang nama sebenarnya Harun Mat Saat dicekup polis di sebuah rumah Taman Bandar Baru Tangkak, di sini, semalam langsung tidak pernah dilihat jiran sejak dia menyewa di rumah itu kira-kira dua minggu lalu. Seorang jiran mahu dikenali sebagai Roslan, 40, berkata, dia hanya pernah ternampak seorang lelaki bernama Hairi di laman rumah dan lelaki itu tergesa-gesa masuk selepas melihatnya."Saya menyangka mereka sekeluarga dan baru dua minggu menyewa rumah itu. Kehidupan mereka agak aneh kerana tidak pernah bertegur sapa dengan jiran. "Mereka juga menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) cermin gelap, manakala pintu dan pagar sentiasa ditutup," katanya. Harun yang dikehendaki polis dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ditahan di sebuah rumah di Jalan Puteri 2/15, taman itu bersama seorang wanita dipercayai isterinya, Azida Mohd Zol, 30, jam 3.30 petang. #sumber |
DIALOG RAKYAT: 'Tuhan Harun' ditahan <b>di Tangkak</b> Posted: 20 Nov 2013 04:01 PM PST Ketua kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat, yang dalam buruan polis akhirnya berjaya ditangkap bersama seorang wanita, dalam satu serbuan di Tangkak, Johor petang ini. Harun dikehendaki polis kerana gagal hadir sebanyak dua kali ke Mahkamah Rendah Syariah Kuantan bagi pengurusan kesnya. Harun, 47, juga dikehendaki bagi membantu siasatan kes kematian Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abd Malik 10 November lalu. Harun dan wanita yang menemaninya yang berusia dalam lingkungan 30-an, ditangkap di No 76, Jalan Puteri 2/15 Taman Bandar Baru Tangkak, Ledang pada jam 3.30 petang. Terdahulu, polis menahan seorang lelaki Melayu, berumur dalam lingkungan 40-an pada pukul 3.20 petang, di Jalan Hospital, Tangkak. Lelaki berkenaan dipercayai turut dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes kematian Ahmad Raffli yang ditembak oleh seorang daripada tiga suspek yang tidak dikenali di rumahnya di Indera Mahkota 2, dekat Kuantan. Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani mengesahkan tangkapan tersebut ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Harun bagaimanapun gagal hadir ke mahkamah rendah syariah pada sebutan pertama kesnya, 20 Ogos lepas dan kemudian 13 November lalu. 1. Mahkamah keluar waran tangkap 'Tuhan Harun' |
You are subscribed to email updates from di tangkak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan