Khamis, 14 November 2013

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


BLOG JOHOR: <b>di negeri johor</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Oct 2013 03:11 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: <b>di negeri johor</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Sep 2013 03:21 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Lawatan Ke Kota Iskandar, Pusat Pentadbiran Kerajaan <b>Negeri Johor</b>

Posted: 16 Sep 2013 06:00 PM PDT

Baru selesai berkampung di Johor Bahru selama 4 hari bermula hari Jumaat lalu hingga hari ini sempena satu program jabatan. Memandangkan masa lawatan yang terhad dan baramgkali sesuai dengan sambutan Hari Malaysia, maka rombongan kami melawat ke Kota Iskandar yang merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor yang terletak di Nusajaya.
Laluan masuk sahaja pun dah ada landskap yang cantik dan mengagumkan. Kota Iskandar ini dibina untuk menggantikan Dewan Negeri Johor yang terletak di Bukit Timbalan sebelum ini. Kota Iskandar ini terdiri daripada Bangunan Dewan Negeri Johor (kini dikenali sebagai Bangunan Sultan Ismail), Kompleks Menteri Besar (kini dikenali sebagai Bangunan Dato' Jaafar bin Muhammad) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.
Ini adalah kali ketiga aku masuk ke Dewan Negeri Johor ini. Semasa bertugas di Johor dulu, sempat juga mewakili Pengarah untuk hadir persidangan Dewan Negeri. Tapi masa tu mana boleh ambil gambar. Jadi kesempatan yang ada ini digunakan sebaiknya untuk merakamkan segenap sudut yang ada dalam Dewan Negeri Johor ini.
Senibinanya menggunakan gabungan senibina Melayu Johor dan Moors, manakala bangunannya dibina supaya mengadap kiblat. Di dalam Dewan Negeri Johor ini penuh dengan motif gambir dan lada hitam yang dulunya merupakan hasil bumi negeri Johor. Motif ini kelihatan di karpet, ukiran dinding dan di tiang seri utama di dalam dewan.
Di dalam Dewan Negeri Johor ini juga terdapat Al-Quran yang diletakkan di tempat yang paling tinggi, simbol panduan kepada semua anggota Dewan untuk sentiasa menyanjung tinggi amanah rakyat dan memastikan keputusan yang dibuat selaras dengan hukum agama.
Untuk penjimatan elektrik dan memaksimumkan pencahayaan, bumbung Dewan Negeri Johor ini dibina sedemikian rupa. Mengikut apa yang diterangkan, binaan bumbung ini adalah bermotifkan nenas, satu lagi hasil bumi utama negeri Johor. Korang ada nampak tak macam rupa nenas?
Tempat Sultan Johor pula adalah di sini, di kedudukan paling hadapan di dalam Dewan. Difahamkan bahawa warna biru turquoise tersebut adalah salah satu warna diraja negeri Johor, berbeza dengan negeri lain yang kebanyakan menggunakan warna kuning. Banyak kali jugak ahli rombongan ditegur oleh pengawal sebab gatal nak usik tempat Sultan.
Kerusi tempat duduk Sultan Johor juga unik sebab rekaannya pun ada unsur harimau, haiwan yang menjadi simbol bagi negeri Johor. Sampaikan kaki kerusi pun bermotifkan kuku harimau.
Itulah sedikit sebanyak perkongsian aku tentang lawatan ke Kota Iskandar, Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor ini. Sebelum balik, kenalah bergambar dulu kan. Bos aku bukan main semangat lagi follow lawatan ni sampai habis. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads