di negeri johor - Google Blog Search |
Nusajaya Kini: PAPISMA Menyokong Cadangan Cuti Jumaat <b>Di Johor</b> Posted: 10 Nov 2013 11:25 PM PST Sebagai mewakili Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), saya menyatakan sepenuh sokongan dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas usaha dan cadangan mengembalikan cuti hujung minggu daripada hari Ahad ke hari Jumaat di Johor. Negeri Johor merupakan negeri yang pernah melaksanakan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu sebelum tahun 1994 sebagaimana Negeri-Negeri Tidak Bersekutu yang lain, tetapi ditukar kepada Sabtu dan Ahad pada tahun 1994. Namun setelah 19 tahun dilaksanakan, kerajaan menyedari akan kepincangan sebuah masyarakat Islam yang tidak menjadikan hari Jumaat sebagai hari cuti hujung minggu dari sudut perlaksanaan agama dan sosioekonomi. Islam sangat mengiktiraf kelebihan hari Jumaat sebagai Penghulu Hari. Dari sudut ganjaran amalan pada hari tersebut adalah sangat besar. Perlaksanaan cuti pada hari tersebut akan membolehkan umat Islam dapat berlumba untuk mengejar ganjaran sebagaimana yang dijanjikan oleh Islam melalui Rasulullah SAW. Ketegasan kerajaan negeri Kelantan, Trengganu dan Kedah mengekalkan cuti hari Jumaat 19 tahun yang lalu adalah satu langkah yang sangat tepat dan keputusan Kelantan yang akhirnya diikuti seluruh Malaysia iaitu menjadikan cuti separuh hari Sabtu kepada cuti penuh adalah sesuatu yang cemerlang. Sebagai umat Islam yang diwajibkan melaksanakan solat Jumaat, banyak kesukaran yang terpaksa dilalui kerana mengejar masa yang sangat singkat. Terpaksa berkejar dan bersesak di atas jalanraya untuk pergi dan kembali dari masjid akan menyebabkan tiada kekhusyukan dan ketenangan dalam melakukan amal ibadat. Apatah lagi kami yang bekerja dalam bidang perubatan ini yang terpaksa melakukan pembedahan elektif (pembedahan bukan kecemasan) pada hari tersebut selalu sahaja terlepas untuk menunaikan kefardhuan solat Jumaat atau terpaksa menunaikannya diakhir waktu dengan tergesa-gesa dan tidak tenteram. Dari sudut sosial pula, cuti pada hari Jumaat membolehkan ibubapa membawa anak-anak mereka untuk bersama-sama ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Ini membolehkan mereka menunaikan kewajiban di bawah pemerhatian ibu-bapa serta mendapatkan maklumat khutbah yang disampaikan. Jiwa mereka boleh dibentuk melalui isi khutbah dan akhirnya gejala sosial dan jenayah yang sangat meruncing pada hari ini dapat dikawal dengan izin Allah. Cadangan mengembalikan cuti hujung minggu pada hari Jumaat yang dilakukan bersempena Tahun Baru 1435 Hijrah ini sudah tentu akan mencatat sejarah dan selari dengan semangat hijrah itu sendiri agar kita berubah demi kebaikan rakyat, negeri dan negara. Cadangan cuti ini sangat memberikan manfaat kepada lebih 2 juta masyarakat Islam di negeri ini. PAPISMA menganggap ini sebagai bukti bahawa kepimpinan kerajaan sangat prihatin terhadap kepentingan Islam meskipun belum dapat melaksanakan Hukum Syariat sebagaimana negara jiran, Brunei Darussalam, namun langkah positif ini sangat ditunggu-tunggu oleh masyarakat Islam negeri Johor. Papisma juga mengambil kesempatan ini bagi merafak sembah terhadap DYMM Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Tunku Mahmud Iskandar, raja dan yang dipertuan negeri Johor yang dengan izin Allah memperkenan cadangan pengembalian cuti Jumaat yang berkat ini. Awisul Islah bin Ghazali Presiden Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) **KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!** " ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); |
You are subscribed to email updates from di negeri johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan