di negeri johor - Google Blog Search |
Cuti Hujung Minggu <b>Negeri Johor Di</b> Tukar Ke Jumaat & Sabtu <b>...</b> Posted: 22 Nov 2013 08:46 PM PST MUAR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almrhum Iskandar menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu. Baginda bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang. Keputusan yang telah dijangkakan itu diumumkan pada Sabtu sempena dengan hari keputeraan baginda yang ke-55. "Keputusan ini dibuat ekoran maklum balas daripada beberapa pihak bagi memudahkan orang Islam menunaikan solat Jumaat dengan tenang pada hari Jumaat," titah baginda ketika berucap pada majlis yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di bandar diraja. Spekulasi pertukaran hari cuti minggu di Johor timbul lebih awal apabila dokumen kerajaan negeri bocor di Internet. Pada ketika ini, negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti hujung minggu di negeri masing-masing. Sebelum ini pada 1994, Johor juga menggunapakai sistem yang sama di mana hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari cuti hujung minggu - mStar online |
Darjah Khas <b>Di Negeri Johor</b> | Ayu Zan Story Posted: 13 Nov 2013 03:30 AM PST Assalamaualaikum. menjawab persoalan kak jun pada entri lepas ayu mengenai temuduga permohonan nikah johor Lupa pulak ayu nak jelaskan. :) Di negeri johor, pelajar sekolah akan mengikut sekolah agama di sesi sebelah petang. Begitu juga jika pelajar tu sekolah kebangsaan/menengah di sesi petang, sekolah agama nya di sesi pagi. Zaman dulu-dulu masa ayu sekolah....
Percaturannya begini. Jika kami tak lulus 1 darjah maka, tak akan naik kelas bagi tahun depannya dan mesti mengulang darjah itu. Jadi, darjah khas tu tak semestinya di ambil ketika tingkatan 3. mungkin lebih lambat jika pernah gagal di mana-mana tahun pengajian. Darjah Khas tu adalah kelas pengajian tertinggi bagi budak sekolah agama di johor. Yang mana akan melalui 1 peperiksaan darjah khas bagi menentukan "PANGKAT 1,2,3" apabila keputusan keluar. Kelas darjah khas ni di adakan setiap sabtu sahaja. Tapi secara peribadi, sijik darjah khas ni pada ayu bukanlah mengukur tahap kehebatan seseorang pelajar sebaliknya sesiapa yang belajar dengan baik sehingga darjah khas ni, mereka berpeluang dapat belajar secara dalam mengenai topik-topik dalam pengajian islam seperti munakahat, muamalat, sirah dan juga Hadis 40 ( tebal tu..selalu mengantuk masa kelas). Dan setahu ayu, jika nak mohon kerja under kerajaan johor, mereka akan tengok sijil darjah khas kita. Nota : zaman sekarang sekolah fardhu ain 1 & 2 (KAFA) dihapuskan. sekarang darjah 1 sekolah rendah darjah 1 sekolah agama. jadi budak budak yang lulus cepat la tamat sekolah agama. Mungkin kerana pihak kerajaan johor berpendapat kanak-kanak boleh di asuh di rumah mengenai basic-basic agama. |
You are subscribed to email updates from di negeri johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan