Sabtu, 7 Disember 2013

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


DAP anjur forum &#39;Bajet BN-Siapa Untung, Siapa Rugi&#39;, <b>di Johor</b> <b>...</b>

Posted: 28 Nov 2013 09:10 PM PST

SKUDAI, 29 NOVEMBER: Pejabat Ahli Parlimen DAP Gelang Patah akan menganjurkan forum bertajuk 'Bajet BN-Siapa Untung, Siapa Rugi' pada Ahad ini (1 Disember), mulai jam 4 petang di Dewan Ruby, 11@Century Hotel, Taman Century, Johor Bahru.

Antara ahli panel forum itu adalah Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee; Pengarah Eksekutif Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengarah Urusan Ideas, Wan Saiful Wan Jan.

Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang turut hadir memberi ucaptama dan seterusnya merasmikan perbincangan dalam wacana.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya Mohd Daud berkata, penganjuran forum itu bertujuan memastikan rakyat mendapat maklumat yang jelas dan seimbang mengenai isu penting.

"Pejabat Ahli Parlimen Gelang Patah mengambil inisiatif yang tuntas untuk mendedahkan apakah kesan bakal dihadapi rakyat selepas ini.

"Kami sebagai penganjur amat yakin, bahawa informasi yang penting dan berguna akan dapat disampaikan kepada semua pihak. Kami juga dengan sukacitanya menjemput wakil media serta semua warga Johor daripada pelbagai bangsa dan golongan untuk hadir ke majlis ilmu ini.

"Sebagai makluman, forum ini adalah terbuka dan percuma," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, tokoh profesional yang dijemput akan berkongsi pendapat dan pandangan mereka, malah hadirin juga dapat mengemukakan soalan yang berkaitan dalam forum itu

"Pengurangan subsidi minyak sebanyak RM3.3 billion setahun dan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada April 2015 merupakan elemen penting dalam bajet Oktober lalu.

"Kini, persoalannya apakah implikasi kepada semua ini dalam konteks ekonomi dan kehidupan rakyat yang sememangnya terbeban dengan pelbagai masalah khususnya dalam aspek peningkatan kos sara hidup. Semua ini akan dikupas dalam forum kelak," ujarnya. -Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads