Ahad, 8 Disember 2013

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


TERKINI! - Cerita Palsu Di Villa Nabilla <b>Di Johor Bahru</b> bukan 23 <b>...</b>

Posted: 17 Nov 2013 09:35 PM PST

TAOTAUAJER - Mungkin ada di antara korang pernah dengar cerita misteri tentang Villa Nabilla di Johor Bahru yang penuh dengan misteri dan dikatakan berhantu. Terkini Kejadian yang berlaku di Villa kembali lagi dimana Kejadian Lama Sudah Berlaku Semula . Kecoh Di Villa Nabila Sebab kehilangan Budak yang memasuki villa itu untuk melihat sendiri misteri yang terdapat di Villa tersebut.

Berita palsu 23 remaja hilang di Villa Nabila pada 18 November 2013. Kecoh dilaman sosial apabila 23 orang dilaporkan hilang daripada jumlah 30 orang manakala 7 lagi terselamat setelah memasuki Villa Nabila. Laporan yang tersebar di laman sosial Facebook yang mendakwa terdapat kira-kira 30 remaja yang hilang di villa terbabit menyebabkan villa tersebut dikerumuni orang ramai sejak awal pagi tadi. Sebelum insiden, seorang remaja yang berusia 16 tahun dilaporkan memasuki kawasan tersebut bersama beberapa rakannya sebelum hilang sejak malam semalam.
Namun itu semua tidak benar apabila :

Hakikatnya, pihak polis hanya menerima satu laporan polis mengenai seorang remaja yang disahkan hilang di lokasi tersebut. 

Polis akhirnya tampil memberikan kenyataan yang benar tentang kes kehilangan remaja di villa tersebut. Berikut adalah artikel berita yang dikongsikan:

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan hanya seorang remaja, bukan 23 hilang di banglo tinggal di Jalan Skudai, dekat sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu.

"Laporan itu dibuat ibu mangsa jam 1 pagi tadi dan beliau dimaklumkan rakan anaknya, mangsa didakwa memasuki kawasan villa tinggal berkenaan," katanya.

Sementara itu sejak jam 8 pagi tadi kawasan sekitar villa tinggal itu dipenuhi orang ramai susulan hebahan berita kehilangan remaja berkenaan dalam laman sosial.

Pasukan polis dihantar ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan.

Identiti Remaja Hilang: Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun


Video temubual penjelasan akan Tragedi VIlla Nabilla NOV 2013





Update Terkini 19 November 2013: Mohd Izzat Izzudin Hussin Remaja Hilang Kini Ditemui
Remaja, Izzat Izzudin Husin dilaporkan hilang Sabtu lalu di Villa Nabila telah ditemui selepas tengah malam tadi. Apa yang peliknya, dia bukan ditemui di lokasi kejadian tetapi di Flat Desa Mutiara, jauh dari Villa Nabila. Menurut sumber, Izzat dan rakannya, dikatakan menonton filem Highland Tower.
Mereka kemudian membuat keputusan mencari tempat 'keras' untuk dikunjungi secara berkumpulan. Dalam kumpulan kira-kira 20 orang itu mereka ke Villa Nabila pada lebih kurang jam 4 pagi.
Setelah berada di situ, semua keluar melalui jalan belakang, dan berhenti rehat di Masjid Kolam Air sewaktu azan berkumandang, sebelum mereka bersurai. Izzat membuat keputusan tidak pulang ke rumah dan tinggal di rumah rakannya. Selepas Buletin Utama menyiarkan berita kehilangannya, orang awam menetap di flat terbabit, mengenali identiti Izzat kemudian bertindak menyalurkan maklumat tepat kepada polis.

TAOTAUAJER : Hahaa... Satu Malaysia kena TROLL! .Sungguh banyak spekulasi sehinggakan tak tau mana cerita yang benar sehinggakan polis mengeluarkan pengesahan akan kejadian tersebut. Tah macam mana ada tersebar cerita 23 orang hilang pulak? Last-lastnyer yang hilang tu menyorok kat tempat lain. Apa pun cerita di Villa Nabila ini tetap menjadi misteri - Koleksi Misteri 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads