ads

Ahad, 15 Disember 2013

01 di kahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di kahang - Google Blog Search


Nusajaya Kini: Skuad Banjir Amal <b>Gelang Patah</b> Terima <b>...</b>

Posted: 12 Dec 2013 05:45 PM PST

SKUDAI – Sebanyak 18 buah kenderaan Perodua Alza dari Kelab Pemilik Perodua Alza cawangan Johor semalam telah berkonvoi untuk menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir di Kuantan, Pahang.

Sumbangan untuk mangsa banjir tersebut berupa beras, gula, susu, pampers bayi dan air mineral telah diserahkan oleh pengerusi kelab tersebut, Syed Ahmad Fairuz Abdullah kepada Pengarah Skuad banjir Amal Gelang Patah, Mohd Azam Mektar di PASTI Taman Pulai Indah, Skudai.

Menurut Syed Ahmad Fairuz, kelab ini bukanlah semata-mata sebuah kelab peminat kereta semata-mata tetapi turut peka terhadap isu-isu semasa seperti masalah banjir dan sebagainya.

"Hasrat untuk mengumpulkan sumbangan kepada mangsa banjir ini telah diberikan oleh Mantan Pengerusi kelas iaitu En. Kamrul. Pengumpulan barang telah dijalankan bermula hari jumaat yang lepas melibatkan ahli kelab sekitar Johor Bahru, Pasir Gudang dan Gelang Patah"

"Kami mengucapkan terima kasih kepada Skuad Banjir Amal Gelang Patah kerana sudi membantu kami untuk menyalurkan bantuan kami ini kepada mangsa banjir di Kuantan nanti", ujar beliau lagi.

Sementara itu, Pengarah Skuad Banjir Amal Gelang Patah turut merakamkan ribuan terima kepada Kelab Pemilik Perodua Alza kerana menyahut seruan daripada Skuad Banjir Amal Gelang Patah yang dalam proses mengumpul barang keperluan harian untuk dihantar kepada mangsa banjir.

"Skuad Banjir Amal Gelang Patah bersama-sama Yayasan Amal Negeri Johor akan membawa sumbangan daripada ahli kelab ini kepada mangsa banjir di Kuantan dan Kemaman"

"Rombongan kami akan bertolak ke Kuantan pada hari Jumaat ini iaitu 13 Disember 2013. Sumbangan daripada ahli kelab ini kita akan sampaikan terus kepada mangsa banjir"

"Sebelum ini, kita juga telah mengerakkan tenaga ahli Skuad Banjir Amal Gelang untuk mengutip sumbangan kilat di beberapa buah masjid sekitar Skudai dan sumbangan ini juga akan kita bawa ke Kuantan bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir disana", jelas beliau lagi.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved