01 di kota tinggi - Google Blog Search |
Pencerobohan Tanah <b>di Kota Tinggi</b> pt1 | JTimes Posted: 17 Nov 2013 01:33 AM PST Oleh : Farik Salleh KOTA TINGGI 14 Nov.- Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohd Noorazam Datuk Osman mengakui terdapat kes pencerobohan penanaman pokok dan bangunan kekal atas tanah milik kerajaan di Batu 8, Jalan Air Terjun, Kota Tinggi di sini. "Memang saya akui ada kes pencerobohan keatas tanah yang terletak di pinggir kaki Gunung Panti dekat sini dan berharap pihak terbabit tidak meneruskan aktiviti pencerobohan tersebut," katanya. Noorazam berkata, individu yang menceroboh tanah kerajaan akan menghadapi risiko tindakan undang-undang dan menanggung kerugian masa serta wang ringgit. "Tanah kerajaan negeri yang tidak bergeran adalah di bawah kawalselia Pejabat Daerah dan agensi kerajaan berkaitan termasuk Pejabat Tanah Dan Galian Daerah," jelasnya. Beliau ditemui berkata demikian ketika mengulas persoalan yang diajukan oleh Pengerusi Biro Bumi Hijau, Jawatankuasa Kemajuan, Kebajikan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Batu Empat, Datuk Yusof Malim Kuning, bahawa terdapat aktiviti pencerobohan di tanah yang dimohon oleh jawatankuasa tersebut semasa membuat lawatan kerja bersiri bersama agensi kerajaan di sini, kelmarin. Yang turut hadir Pegawai Tadbir Tanah Dan Galian Daerah, Jamaludin Abdul Hamid, Pegawai Tadbir Agama Daerah, Mohd Taufik Datuk Kiyai Shamsuddin dan Pegawa Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Kota Tinggi, Kata Noorazam, walaupun ada permohonan dari individu dan koperasi, balik kepada asalnya, tanah yang diceroboh ini adalah milik kerajaan negeri, biarlah kerajaan yang merancang dan putuskan pembangunannya bersesuaian dengan keadaan semasa. "Biarlah tanah yang bakal diumumkan dan kurniakan disediakan infrastruktur terlebih dahulu, mengutamakan penduduk tempatan yang layak sejajar dengan hasrat Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khalid Nordin. "Menteri Besar itu mengesyorkan mengenalpasti kawasan yang boleh dibangunkan untuk membina rumah mampu milik rakyatnya disamping aktiviti penambahan pendapatan penduduk seperti perusahaan aktiviti ekonomi yang dijana balik penduduk daripada limpahan produk pelancongan agrotourism, aktiviti rekreasi dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)," katanya. "Kita mahu tempat ini menjadi satu pusat agro pelancongan untuk orang datang dan tinggal di sini iaitu sebagai chalet dan penempatan dimana pembangunan ini dibangunkan oleh syarikat kerajaan," Terdahulu Datuk Yusof Malim Kuning berkata, ada mengadu bahawa tanah kerajaan yang telah dipohon oleh jawatankuasa untuk kegiatan bumi hijau telah diceroboh.
"Penduduk kampong telah pun membuat dua laporan polis pada 2011 dan tahun ini bagi menyiasat dakwaan mereka mengenai isu pencerobohan dan sekitarnya serta kutipan wang di luar pengetahuan JKKK" katanya yang juga mantan wakil rakyat Barisan Nasional.
Sebagai tindak balas awal aduan, Noorazam mengarahkan Pentadbir Pejabat Tanah Daerah Kota Tinggi, Jamaludin Abdul Hamid mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengeluarkan Notis 425 Kanun Tanah Negara (KTN) dengan kadar segera.
Tinjauan di lereng kaki Gunung Panti bekas hutan balak itu mendapati terdapat aktiviti penerokaan di tanah kerajaan itu ditanam pokok kekal dan didirikan 30 bangunan (pondok) termasuk 13 buah rumah kekal.
NOTA: Seksyen 425 (1) menyatakan bahawa mana orang tanpa kebenaran yang sah:- (a) menduduki atau membina bangunan di atas tanah kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan; atau (b) membersih, membajak, mengali, menanami tanah sedemikian; atau (c) memotong atau memindah apa-apa kayuan atau hasil atas atau dari tanah sedemikian. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak lebih 1 tahun. |
You are subscribed to email updates from di kota tinggi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan