Selasa, 10 Disember 2013

01 di labis - Google Blog Search

01 di labis - Google Blog Search


Gambar Anggota Polis Tembak Isteri Dan Bapa Mertua <b>Di Labis</b>

Posted: 14 Sep 2013 09:24 AM PDT


SHAH ALAM - Seorang anggota polis yang dipercayai menghadapi sakit mental dilaporkan menembak isteri dan bapa mertuanya, malam tadi.

Menurut sumber, anggota polis berkenaan yang bertugas di salah sebuah pondok polis di Labis, Johor dipercayai telah menembak mati isterinya di pondok polis di tempat dia bertugas sebelum datang ke Tangkak dan menembak bapa mertuanya.

Suspek kemudiannya dilaporkan telah menembak dirinya sendiri dan mati ditempat kejadian.

Sinar Harian Online difahamkan, punca kejadian adalah disebabkan daripada masalah keluarga.

Anggota polis berkenaan dan isterinya dilaporkan pernah merujuk ke jabatan agama.

Suspek juga dikatakan mempunyai masalah mental tetapi tidak pernah dirujuk di mana-mana hospital.

Cabut nyawa isteri, mentua

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus, Ahmad Ismail dan Shaifulazhar Misri

LEDANG: Seorang anggota polis yang dipercayai mempunyai masalah dalam perkahwinan menembak mati isteri dan bapa mentua sebelum bertindak menembak dirinya dalam dua kejadian berasingan di Jalan Sialang, Batu 17, Tangkak, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian itu, Lans Korporal Fadzly Omar, 29, dipercayai menembak mati isterinya, Norakmal Abd Kadir, 26, di rumah mereka di Kuarters Kediaman Pondok Polis Felda Cempelak, Labis, kira-kira 6.15 petang.

Dia kemudian memandu ke rumah mentuanya di Tangkak dan tiba di kediaman berkenaan, kira-kira 7 petang.

Suspek yang bertugas di Pondok Polis Felda Cempelak, Segamat, dipercayai berbual seketika bersama bapa mentuanya di ruang tamu.

Ketika berbual, dia dikatakan mengeluarkan pistol dan terus menembak bapa mentuanya, Ab Kadir Md Arif, 65, sebelum bertindak menembak dirinya.

Abdul Kadir yang parah dikejarkan oleh jiran ke Hospital Tangkak namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Bagaimanapun, suspek yang dipercayai mempunyai masalah dengan isterinya meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, jiran mentua suspek yang enggan dikenali, berkata dia mendengar seperti bunyi mercun sebanyak dua kali di rumah mangsa sebelum Maghrib.

Katanya, dia tidak mengesyaki sebarang perkara buruk sebelum tiba-tiba seorang anak mangsa meluru datang ke rumahnya dan memberitahu ayahnya ditembak oleh suspek yang juga abang iparnya.

"Saya memberanikan diri untuk melihat ke dalam rumah berkenaan dan terkejut melihat kejadian itu," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, sebelum kejadian dia melihat suspek pulang ke rumah bapa mentuanya itu bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun menaiki sebuah Proton Wira.

Katanya, dia juga ada melihat anak perempuan mangsa keluar bermain main bersama anak suspek di luar rumah.

"Ketika masuk ke ruang tamu rumah itu, saya melihat bapa mentuanya sudah terlentang di lantai dalam keadaan nyawa-nyawa ikan manakala suspek tertiarap di atas meja.

"Meskipun terkejut, saya sempat menghubungi polis dan ambulans untuk bantuan kecemasan namun seorang daripada mereka ketika itu sudah meninggal dunia," katanya.

Artikel berkaitan SEMASA

Anggota Polis Tembak MATI Isteri Dan Bapa Mertua <b>Di Labis</b>

Posted: 14 Sep 2013 07:54 PM PDT

[GAMBAR] Anggota Polis Tembak MATI Isteri Dan Bapa Mertua Di Labis | MATI DITEMPAT KEJADIAN | SHAH ALAM - Seorang anggota polis yang dipercayai menghadapi sakit mental dilaporkan menembak isteri dan bapa mertuanya, malam tadi.
Menurut sumber, anggota polis berkenaan yang bertugas di salah sebuah pondok polis di Labis, Johor dipercayai telah menembak mati isterinya di pondok polis di tempat dia bertugas sebelum datang ke Tangkak dan menembak bapa mertuanya.
baca lagi & lagi gambar, klik TAJUK ENTRI ni
Dia katanya dipercayai mempunyai masalah dalam perkahwinan menembak mati isteri dan bapa mentua sebelum bertindak menembak dirinya dalam dua kejadian berasingan di Jalan Sialang, Batu 17, Tangkak, di sini, malam tadi. Dalam kejadian itu, Lans Korporal Fadzly Omar, 29, dipercayai menembak mati isterinya, Norakmal Abd Kadir, 26, di rumah mereka di Kuarters Kediaman Pondok Polis Felda Cempelak, Labis, kira-kira 6.15 petang.

Dia kemudian memandu ke rumah mentuanya di Tangkak dan tiba di kediaman berkenaan, kira-kira 7 petang. Suspek yang bertugas di Pondok Polis Felda Cempelak, Segamat, dipercayai berbual seketika bersama bapa mentuanya di ruang tamu. Ketika berbual, dia dikatakan mengeluarkan pistol dan terus menembak bapa mentuanya, Ab Kadir Md Arif, 65, sebelum bertindak menembak dirinya. Abdul Kadir yang parah dikejarkan oleh jiran ke Hospital Tangkak namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Bagaimanapun, suspek yang dipercayai mempunyai masalah dengan isterinya meninggal dunia di tempat kejadian. Sementara itu, jiran mentua suspek yang enggan dikenali, berkata dia mendengar seperti bunyi mercun sebanyak dua kali di rumah mangsa sebelum Maghrib. Katanya, dia tidak mengesyaki sebarang perkara buruk sebelum tiba-tiba seorang anak mangsa meluru datang ke rumahnya dan memberitahu ayahnya ditembak oleh suspek yang juga abang iparnya.
"Saya memberanikan diri untuk melihat ke dalam rumah berkenaan dan terkejut melihat kejadian itu," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, sebelum kejadian dia melihat suspek pulang ke rumah bapa mentuanya itu bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun menaiki sebuah Proton Wira. Katanya, dia juga ada melihat anak perempuan mangsa keluar bermain main bersama anak suspek di luar rumah.

"Ketika masuk ke ruang tamu rumah itu, saya melihat bapa mentuanya sudah terlentang di lantai dalam keadaan nyawa-nyawa ikan manakala suspek tertiarap di atas meja.

"Meskipun terkejut, saya sempat menghubungi polis dan ambulans untuk bantuan kecemasan namun seorang daripada mereka ketika itu sudah meninggal dunia," katanya. 

sumber: http://kerabubersuara.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads