Sabtu, 21 Disember 2013

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


Makan Best <b>di Muar</b> | Blog Juju

Posted: 21 Oct 2013 04:00 PM PDT

Assalamualaikum,


Actually ada banyak lagi banyak makan best kat Muar ni tapi memandangkan kami cuma short trip ke sini.  Tu pun sebab ada wedding, makanya ini je lah yang sempat kitorang cuba ;) Alhamdulillah merasa jugak


  1. Medan Ikan Bakar Sabak Awor (Makan Malam)

    Kitaorang ada terbaca review dengan blog mana ntah masa google search kata Kedai No. 8 Wak Jos tu sedap dan murah.

    Makanya ktorg pun try lah.  Harga sebenarnya rate standard je kut.  Masa mlm ktorg pergi tu tak banyak pilihan sangat ikan dia.  Tapi takpelah, cuba je lah.

    Menu :
    Nasi putih - 2
    Ketuka (anak ikan pari) - 1 ekor bakar biasa
    Kailan ikan masin - 2 org makan
    Sotong goreng tepung - 4,5 ekor saiz agak besar
    Kerang bakar 500g
    Air tembikai
    Air sirap laici
    Air kosong - 2

    Total : RM35

    Nasib dah jadi mak nandung, so selera kureng.  Semua dirasakan kurang enak dgn tekak.  Kalau sblm ni mau macam² lagi akan diorder.

    Sorry xde gambar sbb xberdaya nak snap pun *alasan sgt!

  2.  R & H Cafe Satey Maharani (Sarapan Pagi)
    Lokasi : Berhadapan dengan stesen bas Muar

    Nasi lemak bungkus - sedap jugak





    Mesti cuba signature dish - Satey
    Paling sedap satey perut & stey daging!

  3. Kopi 434
    Lokasi : Berhadapan dengan stesen bas Muar

    Kopi 434 ni sgt terkenal di Muar.  Jadi mesti rasa :)



Beli serbuk kopi 434 utk famili terchenta =)



Besarnya hidung mak nandung..huhuhu~

proses n&#39; dreams: 3 hari <b>di Muar</b>

Posted: 18 Dec 2013 05:23 AM PST

update ringkas (yang tak berapa nak ringkas), sebab aku macam nak study hahaha. *nampak tak kerajinan kat situ, kenapa laa masa undergrad dulu aku takde feel langsung nak study*

orang Muar tak sebut 'Muar', dia sebut Muo. in fact, everything jadi 'o' kat belakang, kluo luo bando. lalala.

hari Isnin 16/12/2013, lapor diri di JKN Johor, lepas tu dapat posting kat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, which is my first choice. okay lerr, dekat sikit dengan KL dan kos sara hidup tak setinggi macam kat JB. nanti aku akan bebel lebih lanjut apa yang jadi masa lapor diri tu, haha.

lepas lapor diri di JKN, terus ke Muar, lapor diri kat HPSF pulak. isi borang je dah ambik 45 minit, settle kan hal thumbprint (kat HPSF dah tak pakai punch card, pakai thumbprint jerr), the end.

Alhamdulillah aku dapat rumah sewa pada hari yang sama lapor diri, takyah susah2 nak check in hotel ke kan. Allah permudahkan urusan, duduk sekali dengan PRP yang tengah floating, tunggu nak posting. kira bila diorang dah posting, tinggal aku ngan dyla je laa kat rumah ni.

dyla tu coursemate aku kat USM dulu, merangkap one of my best friends. kitorang dua je budak USM kat Muar ni, 10 orang budak USM kat HSA, JB dan lagi sorang dekat HSI, JB. total 13 orang ex-USM yang tercampak kat Johor ni.

second day, jumpa KPF (Ketua Pegawai Farmasi), Puan Kamaliah untuk briefing. lepas tu tour pusing HPSF kejap, and then terus dapat tau department mana. aku dapat FBW, which stands for Farmasi Bekalan Wad, atau lagi senangnya inpatient laa (tapi kat sini memang sebut FBW, jarang sebut inpatient). dyla kat department FKP atau Farmasi Klinik Pakar, or outpatient/OPD.

maka sebulan laa aku berkampung kat FBW ni. second day belajar sistem, belajar filling, macam tu je laa. yang ajar pun PRP yang tengah floating dengan PPF (Pembantu Pegawai Farmasi), sebab FRP takde pegi kursus.

third day, aku dah boleh filling dengan jayanya. kira, takde laa gagap sangat bila buat kerja. yeay! :D tapi bila nak rekod dalam komputer tu aku lembab sikit laa, haha. masih nak biasakan diri dengan sistem komputer tu. yang penting, bila tak tau tu, rajin2 laa bertanya.. jangan memandai je. diorang tak marah aihh bila kite tanya2.

banyak laa benda menarik kat HPSF ni, antaranya:
1) bakal melaksanakan PhIS (Pharmacy Information System) starting Januari nanti
2) hospital yang tak busy terok sangat
3) layout hospital yang mudah difahami, maka orang baru macam aku ni takde laa sesat terok2

benda menarik kat Muar:
1) mee bandung, kopi 434
2) wetex parade. okay, takde laa best pun wetex ni hahaha. orang Muo kalau nak shopping, semua naik Melaka
3) dan lain2 yang aku akan ceritakan di lain entri

benda yang aku bersyukur sangat:
1) rumah dengan sewa yang berpatutan, takyah susah2 nak beli perabot dan perkakas elektrik
2) rumah yang hanya 5 min jarak driving daripada hospital
3) takde jem walaupun masa peak hour
4) driver Muo yang sangat bersabar, takde sesuka hati hon2
5) hospital yang tak busy terok, maka aku tak stress terok
6) staf farmasi yang banyak membantu, friendly, ceria
7) staf hospital yang rajin senyum dan tak mudah marah
8) parking yang agak banyak, maka takde laa susah sangat nak cari parking (maybe sebab hospital tak busy sangat)
9) makanan yang murah

seriously, sangat membantu aku nak saving bila dapat duduk luar bandar ni. Alhamdulillah, syukur.

see, segala yang berlaku ada hikmahnya. walaupun tak mintak Johor, rasa cam best je duduk sini. huhu :)

sorry entri kali ni takde gambar, aku tak sempat lagi nak buat perangai ala2 tourist kat sini. busy uols, ai kan dah keje hahaha. nanti2 laa eh :)

sekian update daripada Muar, Johor.. kehkehkeh. salam :)

1 ulasan:

ads