Ahad, 1 Disember 2013

01 di permas jaya - Google Blog Search

01 di permas jaya - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di parit sulong</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Nov 2013 11:27 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Nov 2013 07:37 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Orang Cina Sg Limau, orang India <b>Gelang Patah</b> | Helen Ang

Posted: 01 Nov 2013 04:33 AM PDT

Orang Cina Sg Limau, orang India Gelang Patah

November 1, 2013 at 7:33 pm

Lim Kit Siang mengeluarkan sebuah kenyataan akhbar bertajuk: 'Will Muhyiddin allocate RM480 million to the two SRJK(C) Kuo Kuang1 and 2 in Gelang Patah based on his promise in Sg Limau by-election?'

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin beberapa hari lepas mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk SRJK (C) Aik Min dan RM750,000* untuk  SRJK (C) Yuk Meng in Sungai Limau, Kedah.

(* Kit Siang dalam kenyataan akhbarnya menyebut bahawa SRJK (C) Yuk Meng telah diperuntukkan RM1 juta, satu angka yang bercanggah dengan laporan-laporan berita.)

Kit Siang berkata:

"In announcing the allocations in the Sungai Limau by-election, Muhyiddin said the Barisan Nasional government will continue to assist Chinese and Tamil schools for as long as there is the sun and the moon."

SRJKCsgLimau

Sekolah 15 orang murid

Kit Siang membuat kiraan bahawa peruntukan RM1 juta kepada SRJK (C) Aik Min akan memanfaatkan RM66,666 setiap seorang daripada jumlah 15 orang murid sekolah di tersebut.

Selaku Ahli Parlimen Gelang Patah, Kit Siang menuntut supaya peruntukan yang sama nilai turut disalurkan kepada sekolah Cina di kawasannya.

Katanya SRJK (C) Kuo Kuang 1 di Gelang Patah mempunyai seramai 3,200 orang murid dan  SRJK (C) Kuo Kuang 2 mempunyai 4,000 murid.

Maka dengan itu, Kit Siang mahukan SRJK (C) Kuo Kuang 1 diberikan peruntukan RM213 juta dan SRJK (C) Kuo Kuang 2 sebanyak RM266 juta berdasarkan perhitungan belanja RM66,666 setiap seorang murid.

Bila DAP pernah membantu sekolah Cina?

Tuntutan Kit Siang menonjolkan sifat hasad dengki DAP yang terlebih membenci musuh serta sebenarnya tidak sayang kepada sekolah Cina.

Hanya kerana dia hendak kenakan Muhyiddin dan kerajaan pusat, Kit Siang sanggup membuka pekung di dada masyarakat Cina.

Butir-butir yang dipaparkan oleh Mursyidul Am DAP itu – yakni SRJK (C) Aik Min mempunyai 15 orang pelajar sahaja manakala SRJK (C) Yuk Meng, 41 orang – menggambarkan betapa gigihnya kaum Cina dalam usaha mereka mempertahankan keberlangsungan pendidikan menerusi bahasa pengantar bahasa ibunda.

Jujur cakap, adalah tidak berbaloi untuk diteruskan sebuah sekolah dengan jumlah bilangan murid lebih kurang sebuah kelas tadika kecil. Namun kerajaan BN yang senantiasa dituduh sebagai "rasis" dan "jahat" masih lagi bersetuju untuk menampung perbelanjaan (bayar gaji guru) SRJK (C) Aik Min dan Yuk Meng.

Dan di sini pula, Kit Siang sengaja buat hal mencabar Menteri Pelajaran.

Ke mana Deklarasi Gelang Patah?

Sekiranya DAP mahu mengungkit perkara kerajaan pusat membantu kaum Cina Sg Limau, ke mana pula perginya janji-janji yang ditabur DAP kepada kaum India di Gelang Patah sewaktu pilihanraya umum yang lepas?

DAP pun menjanjikan bulan dan bintang kepada masyarakat India Johor. Deklarasi Gelang Patah 31 Mac 2013 boleh dibaca di blog Kit Siang.

Dalam pada itu, boleh kita tanya program apa yang telah diatur untuk membina rakyat marhaen sepanjang 6 tahun DAP-Pakatan memerintah Pulau Pinang dan Selangor sejak 2008?

Yang nampak ketara ialah rancangan mempromosi personaliti cult sahaja. Tengok pada saiz kalung bunga itu.

Maharani Puan Speaker Selangor

Hannah Yeoh (hannahyeoh) on Twitter 2013-11-01 18-07-26

Hipokrit bukan kepalang

Kononya Hannah Yeoh paling suka lah membeli-belah di Little India.

Gambar di atas dirakam kelmarin sementara gambar di bawah diambil 6 bulan lepas semasa kempen PRU13.

Walaupun Puan Speaker mendakwa bahawa dia begitu suka kedai-kedai India – lihat tweetnya "my favourite place to shop" di atas – namun Hannah Yeoh ini tidak beza dengan Teo Nie Ching saudari satu Skuad Selendangnya yang sering bergambar dalam sehelai sahaja baju kurung kuning itu juga.

Ini Hannah Yeoh memakai baju India yang sama sahaja. Cuba tengok.

Banana

Entry filed under: DAP MENGKHIANATI KAUM INDIA. Tags: , .

kembara mahkota johor <b>di parit sulong</b> - SMK PENGHULU SAAT

Posted: 24 Aug 2013 04:08 AM PDT

Image
                     Sultan Johor bersalam dengan orang ramai
Oleh:  Mustaffa Siraj

Parit Sulong, 24 Ogos – Kembara Mahkota Johor (KMJ) Edisi ke 16 singgah di Pekan Parit Sulong petang tadi, disambut ribuan rakyat semua kaum. Ke Bawah Duli Tuanku, Sultan Ibrahim Ismail selamat tiba di Parit Sulong jam 3.15 petang.

   KMJ yang berlangsung selama empat hari itu menjelajah ke 10 daerah Johor dan perjalanan keseluruhan sejauh 1,100 kilometer. Baginda diiringi pasukan bermotor berkuasa tinggi, dilepaskan dari Menara Aqabah, Pasir Gudang oleh Menteri Besar Johor awal pagi tadi.

Image
                                                  Acara pertandingan kayak

Di pekan Parit Sulong, Baginda disambut dengan pukulan kompang, tarian naga dan persembahan barongan. Baginda kemudian melawat gerai-gerai pameran dan menyaksikan demonstrasi memasak makanan melayu, cina dan India.

  Sepanjang bergerak di kawasan tapak lawatan, Baginda bersalaman dengan penduduk Parit Sulong yang berpusu-pusu ke hadapan untuk bersalam dengan Baginda. Baginda gembira melihat sambutan rakyat jelata.

Image
 

              Baginda meninggalkan Parit Sulong menaiki motosikal berkuasa tinggi

  Sempena lawatan Baginda, acara sukan air diadakan, iaitu acara berkayak, berenang merentasi Sungai Parit Sulong, memanjat tiang licin dan sebagainya.  Baginda turut menyampaikan hadiah kepada mereka yang berjaya dalam cabutan bertuah. Baginda turut melawat Memorial Parit Sulong, yang dibina bagi mengenang askar Australia dan India yang terkorban mempertahankan Parit Sulong pada zaman pendudukan Jepun.

 Program Baginda berakhir jam 4.25 petang dan Baginda menaiki motosikal berkuasa tinggi ke Muar. Esok Baginda menghadiri pelbagai program yang diatur di daerah Segamat.

KMJ berakhir pada 27 Ogos dan majlis penututup diadakan di Gelang Patah nanti.

-SMKPS

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit sulong</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Sep 2013 11:04 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Sep 2013 07:28 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

DAP menang <b>di Gelang Patah</b> dengan sedikit lagi undi Melayu <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2013 12:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 APRIL: Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai yakin DAP mampu memenangi kerusi Parlimen Gelang Patah yang ditandingi Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

"Kita boleh menang walaupun kawasan campuran kerana 85 hingga 90 peratus pengundi Cina dijangka memilih calon DAP dan Pakatan Rakyat (PR). Peningkatan undi orang Melayu kepada DAP khususnya akan memberi kemenangan yang lebih bermakna di Johor," jelasnya.

Menurut beliau, populariti Lim Kit Siang yang mempunyai rekod baik mengetengahkan masalah rakyat di Parlimen adalah satu daripada sandaran kepada kemenangannya di Gelang Patah selain gelombang kebangkitan rakyat di seluruh Johor yang dapat dilihat menerusi program yang dianjurkan.

"Di Johor ini kita sudah rasa, bukan sahaja orang Cina mahukan perubahan tetapi juga orang Melayu dan India.

"Rakyat Johor beri kita sambutan begitu hangat yang tidak pernah berlaku sebelum ini kerana terlalu banyak masalah yang timbul dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN). Saya percaya, Gelang Patah dan Johor akan mencatat sejarah," kata beliau ketika ditemui pada majlis perasmian Bilik Gerakan DAP Bukit Bintang, semalam.

Tambahnya, jika Lim Kit Siang mahu selamat, beliau boleh sahaja kekal di Ipoh Timur tetapi pada PRU-13 ini, beliau mengorbankan kawasan selamatnya kerana komitmen demi perubahan.

Mengulas mengenai pengguguran Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Ng Yen Yen daripada menjadi calon MCA di Raub pula, Tan yang juga penyandang Parlimen Cheras berkata menteri berkenaan telah gagal menunaikan tanggungjawabnya dengan baik.

"Prestasi dan reputasi beliau di Raub tidak memuaskan walaupun digugurkan menjadi calon, rakyat memang sudah lama tidak tahan dengan masalah yang berlaku seperti isu perlombongan menggunakan bahan kimia merbahaya sianida di Bukit Koman. Lagipun, DAP sudah lama memberi khidmat di kawasan itu," kata Tan.

Tambah beliau, selain isu alam sekitar, peletakan Datuk Mohd Ariff Sabri sebagai calon mewakili DAP di situ dilihat mampu memberi saingan sengit kepada MCA memandangkan bekas pimpinan UMNO Pekan itu adalah calon yang berkelayakan dan berpengalaman.

"Kita berpeluang cerah menang di Raub," ujar beliau.-Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads