Ahad, 15 Disember 2013

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


Sihatimerahjambu: Banjir <b>Di segamat</b> dah mula surut

Posted: 08 Dec 2013 09:35 PM PST

Lambat pulak update hari ni.Ku perlukan rehat setelah kesana sini selama 2 hari.Phew~ serius penat! Jumaat lepas selamat sampai kampung tanpa meredah banjir.Alhamdulillah,banjir tak teruk macam sebelum ni lansung terputus hubungan.Banjir kali ni tak banyak tempat yang kena.Mungkin sebab banyak tempat yang sudah ditambak tanah.
Mangsa banjir yang berpindah pun tak ramai dan ada yang dah balik ke rumah masing².Seronok dengar bila banjir dah surut.Rumah kampung Fiza ni betul² depan sekolah,tepi balairaya dan dekat dengan masjid.So dekat sangat dengan penempatan mangsa banjir.Memang kesian lah tengok dorang.Kita boleh hulurkan bantuan apa yang termampu.
Kali ni jugak takdelah terputus jalan dengan jalan luar. So masih lagi boleh dapatkan bekalan makanan sementara tunggu pihak² tertentu hulurkan.Sempat pulak snap gambar dkat sungai kg ni..sungai dari sungai muar.Kalau air naik sampai hilang paras jambatan ni maksudnya akan banjir teruklah jawabnya..=__='
Banyak juga jalan² di segamat berlopak sana sini.Agak membahayakan penunggang motorsikal dan boleh bengkok rim kereta dibuatnya kalau tak berhati².Mohon pada pihak yang bertanggungjawab memantau dan memerbaiki jalan raya.Itu salah satu sebab boleh berlakunya kemalangan jalan raya kan.
Notapink : Moga² banjir di tempat lain juga mulai surut..aminn..hulurkan bantuan walaupun sedikit.

(7 gambar) Jenazah 7 tahun masih sempurna dan wangi <b>di Segamat</b>

Posted: 08 Nov 2013 07:29 PM PST

Saudara mara membantu proses pemindahan jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak, Segamat semalam.

Saudara mara membantu proses pemindahan jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak, Segamat semalam.

Jenazah seorang guru agama yang dikebumikan kira-kira tujuh tahun lalu ditemui dalam keadaan sempurna dan berbau wangi ketika kerja menggali tanah perkuburan di Kampung Batu Badak, di sini.

Jenazah Allahyarham Maheran Jaaffar, yang meninggal pada 2006 adalah antara 350 kubur yang digali semula untuk dipindahkan bagi memberi laluan kepada projek melebar Jalan Segamat-Ledang.
Selain itu, dua jenazah lagi turut ditemui dalam keadaan sempurna dan berbau wangi walaupun dikebumikan sejak berdekad lalu.

segamat jenazah pindah7

Dua lelaki melakukan kerja penggalian di dalam kubur.

segamat jenazah pindah3

segamat jenazah pindah6
Anak sulung Maheran, Hamisah Kassim, 67, berkata beliau terkejut dan hiba apabila dimaklumkan jenazah ibunya dalam keadaan wangi dan masih sempurna, termasuk kain kapan yang masih utuh.

"Kubur emak adalah yang pertama digali untuk dipindahkan ke Tanah Perkuburan Wakaf di Kampung Tasek. Saya terharu diberitahu jenazah ibu masih elok dan wangi.

"Mungkin itu balasan yang diterima ibu kerana ketika hayatnya arwah mengajar kanak-kanak mengaji al-Quran. Seingat saya, arwah sentiasa mengamalkan amalan berselawat, berzikir dan sering bersedekah," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Hamisah berkata, arwah ibunya juga seorang yang bertanggungjawab menjaga empat lagi adik-beradiknya dan seorang yang pendiam.

segamat jenazah pindah

Jenazah yang ter;ibat proses pemindahan akan dikafan semula.

segamat jenazah pindah2

segamat jenazah pindah5Sementara itu, Penyelia Tanah Perkuburan Jabatan Agama Johor (JAJ), Jamaluddin Sapuan, berkata semua jenazah yang digali semula itu dikapankan dan dikebumikan semula di Tanah Wakaf Kampung Tasek.

"Seramai 15 penggali kubur di bawah JAJ memulakan kerja menggali sambil dilihat beberapa jabatan kerajaan, waris dan penduduk setempat.

"Penemuan jenazah yang masih sempurna dan berbau wangi tanda kekuasaan Allah SWT dan balasan yang baik kepada mereka yang melakukan suruhan Allah," katanya.-bh

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

subhanallah..!!: jenazah 11 tahun tidak reput <b>di segamat</b> - al futhuhat

Posted: 08 Nov 2013 04:12 AM PST

Masya ALLAH!!......TabarakALLAH di Johor 

Perkuburan yg terlibat dengan expressway Segamat-Tangkak yg telah di gali semula untuk permindahan. 

Di dapati ada 3 jenazah yg masih elok dan utuh meskipun telah berusia 7-11tahun manakala kain kafan jenazah itu berbau wangi.

* Dari en jalaluddin - JKR

Katanya salah satu jenazah yg berusia 11 tahun tu seorang lelaki bekas guru mengaji AlQuran.

SubhanALLAH!!!

Sehingga kini 3 jenazah yang dikebumikan antara 7 hingga 11 tahun masih dlm keadaan elok.

Kain kapannya masih kukuh dan semasa mengeluarkan jenazah tersebut berbau harum semerbak Keadaan jenazah masih elok seolah2 baru dikapan dan dikebumikan.

Untuk makluman perkuburan ini terlibat dgn projek expressway jalan segamat tangkak.

Ini adalah kerja2 mengalihkan kubur di kg batu badak, gemereh segamat

Al-Fatihah.

Nota kaki :

Gambar JENAZAH MASIH UTUH jadikan pengajaran di khabar ahli ibadah dan guru Al Quran.

Iktibar agar kita cinta pada Al Quran 

DALAM ISLAM ADA KAEDAH "ISTIBDAL" MEMINDAHKAN KUBUR , TANAH WAKAF JIKA ADA KEPERLUAN DALAM HAL NI JALAN SEMPIT KERETA MAKIN BANYAK PERLU DI BESARKAN MAKA KUBUR TERBABIT PERLU DI PINDAHKAN

* DENGAN SYARAT DI GANTI TANAH YANG BARU.

SAMA JUGA TAPAK MASJID TIBA2 TERLIBAT PEMBINAAN PARIT BAGI MENGATASI BANJIR MISAL KATA MAKA BOLEH ISTIBDAL. GANTI PINDAH TAPAK MASJID ITU .....

- Ustaz Muhammad Nazirul Al-Juhury

Sama2 lah kita ambil iktibar.......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads