Ahad, 1 Disember 2013

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


Karnival Perumahan Mampu Milik, Hartanah Bumiputera & Seminar <b>...</b>

Posted: 25 Nov 2013 04:53 PM PST

6

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Johor menerusi Pejabat SUK Bahagian Perumahan akan menganjurkan Karnival Perumahan Mampu Milik, Hartanah Bumiputera & Seminar Sektor Hartanah Negeri Johor 2013 pada 29 November hingga 1 Disember 2013, bermula jam 9.30 pagi hingga 9.30 malam bertempat di Persada Johor, Johor Bahru.

Majlis Perasmian oleh Y.A.B Dato' Seri Mohamed Khalid bin Nordin, Menteri Besar Johor akan diadakan pada 29 November 2013 (Jumaat) bermula jam 3.00 petang hingga 5.30 petang di Dewan Tanjung Puteri 302, Persada Johor.

Melalui program ini, rakyat Johor berpeluang untuk mendapatkan maklumat mengenai pemilikan rumah di Negeri Johor melalui pameran dan jualan rumah oleh agensi Kerajaan Negeri dan pemaju, membuat pendaftaran rumah mampu milik, memperoleh maklumat mengenai jualan hartanah bumiputera, serta mempelajari panduan pembelian hartanah perumahan dan hak sebagai pembeli rumah dengan menyertai seminar sektor hartanah dan mengunjungi kaunter khidmat nasihat yang disediakan. Manfaatkan peluang keemasan ini.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Sekretariat IPPJ di 07-2221767 atau emel .(JavaScript must be enabled to view this email address).

Aturcara Majlis

29 November 2013: Majlis Perasmian

3.00 petang

Ketibaan Dif-Dif Jemputan, Ketua Jabatan Persekutuan & Negeri

3.30 petang

Ketibaan Y.A.B. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Besar Johor

Lagu Bangsa Johor

Bacaan Doa

Ucapan Alu-aluan oleh
Y.B. Datuk Haji Abd Latif Bin Haji Bandi
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor

Ucapan Perasmian oleh
Y.A.B. Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin
Menteri Besar Johor

Pelancaran Gimik Perasmian

Penyampaian Sijil Kelayakan Memiliki (Taman Seroja)
Penyampaian Kunci Rumah Mampu Milik (Taman Setia Indah)

Penyampaian Cenderamata

Lawatan ke Ruang Pameran

Sidang Akhbar

Jamuan Perasmian

Bersurai

29 November 2013

8.00 pagi

Pendaftaran Peserta dan Minum Pagi

9.00 pagi

Kertas 1
Topik: Perumahan Rakyat Ke Arah Kesejahteraan Komuniti
Oleh: YBhg. Datuk Mohamad Yusoff bin Ghazali
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)
Jabatan Perumahan Negara

10.00 pagi

Kertas 2
Topik: Garis Panduan Untuk Bakal Pembeli Rumah
Oleh: YBrs. Encik Gurdev Singh
Pengarah
Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik
Jabatan Perumahan Negara

10.45 pagi

Kertas 3
Topik: Memahami Surat Perjanjian Jual Beli
Oleh: YBrs. Encik Gunasegaran Naidu
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Perumahan Negara

11.30 pagi

Kertas 4
Topik: Skop dan Tugas Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah
Oleh: YBrs. Puan Jamhirah binti Ali
Timbalan Pengerusi
Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

12.15 tgh

Makan Tengahari/Solat Jumaat

3.00 ptg

Ketibaan Dif-Dif Jemputan, Ketua Jabatan Persekutuan & Negeri

3.30 ptg

Majlis Perasmian Karnival Perumahan & Seminar Hartanah Bumiputera
Oleh: Y.A.B. Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Menteri Besar Johor

Lawatan ke Ruang Pameran

5.00 ptg

Kertas 5
Topik: Pengurusan Kewangan: Tips Dalam Pembelian Rumah
Oleh: Wakil Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Negeri Johor

5.30 ptg

Program Tamat / Bersurai

30 November 2013: Seminar

8.30 pagi

Pendaftaran Peserta / Minum Pagi

9.00 pagi

Kertas 1
Topik: Peluang dan Cabaran Sektor Hartanah
Oleh: YBhg. Tn Hj Lukman bin Hj Abu Bakar
Pengarah Urusan
Johor Land Berhad

10.30 pagi

Kertas 2
Topik: Strategi Memulakan Perniagaan dalam Industri Hartanah Perumahan
Oleh: YBhg. Dato' Dr Sr Kamarul Rashdan bin Hj Salleh
Pengarah Urusan
Syarikat Perumahan Negara Berhad

11.45

Kertas 3
Topik: Hakmilik Strata
Oleh: Seksyen Hakmilik Strata
Jabatan Tanah dan Galian Johor

1.00 tgh

Makan Tengahari / Perkongsian Bisnes / Solat Zohor

2.30 ptg

Kertas 4
Topik: Pembangunan Hartanah Perumahan: Potensi Hartanah & Indeks Harga Rumah di Johor
Oleh: YBrs. En. Khairudin bin Ya'cob
Pengurus Kanan
Ho Chin Soon Research Sdn Bhd

4.00 ptg

Sesi Eksklusif Bersama Pengurusan Perbankan Islam
Topik: Skim Jaminan Modal Kerja
Oleh: YBhg. Dato' Hj Mohd Redza Shah bin Abdul Wahid
Ketua Pegawai Eksekutif
Bank Muamalat Malaysia Berhad

5.00 ptg

Program Tamat / Bersurai

Halaman ini telah dibaca sebanyak 1483 kali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads