Rabu, 4 Disember 2013

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


Tahniah Di Atas Pengisytiharan Cuti Hari Jumaat <b>Di Negeri Johor</b> <b>...</b>

Posted: 01 Dec 2013 10:05 PM PST

Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
Tahniah Di Atas Pengisytiharan Cuti Hari Jumaat Di Negeri Johor Darul Ta'azim 
Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Cawangan Negeri Johor mengucapkan tahniah dan menjunjung kasih ke bawah DYMM Tuanku Sultan Johor di atas pengisytiharan Jumaat dan Sabtu sebagai hari-hari cuti umum mingguan di negeri Johor Darul Ta'azim bermula pada Januari 2014 nanti. Cuti mingguan pada hari Jumaat amat besar ertinya dalam usaha menjunjung syi'ar Islam di Negeri Johor ini, dan amat bermanfaat bagi membolehkan umat Islam membuat persiapan menjalankan ibadah pada hari Jumaat dengan lebih tenang dan sempurna. Dari sudut sosial pula, cuti pada hari Jumaat membolehkan para bapa membawa anak-anak mereka untuk bersama-sama ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat dengan pemerhatian mereka secara langsung.

2. Sehubungan dengan itu, IKRAM Negeri Johor berharap agar ketetapan cuti pada hari Jumaat itu dilaksanakan oleh semua pihak di negeri ini, bukan sahaja pihak kerajaan tetapi juga merangkumi semua sektor swasta dan institusi kewangan. Hal ini adalah untuk memastikan kemuliaan hari Jumaat itu dapat dikecapi oleh semua umat Islam daripada pelbagai sektor pekerjaan, di samping menjamin keharmonian dan kebersamaan keluarga yang mengandungi anggota daripada kedua-dua sektor awam dan swasta dengan cuti mingguan yang seragam.

3. IKRAM Negeri Johor juga menyeru agar pihak kerajaan terus berusaha menegakkan aspek-aspek lain dalam syari'at Islam untuk dilaksanakan di Negeri Johor Darul Ta'azim ini, agar kita sama-sama mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t., sesuai dengan firman Allah:
"Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!"

4. Sebagai kesinambungan daripada ketetapan berani yang telah diambil oleh Negeri Johor ini, IKRAM Johor menyeru agar Kerajaan Persekutuan juga mengambil keputusan yang sama untuk menjadikan hari Jumaat sebagai hari cuti mingguan bagi seluruh negara, sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan dengan hasrat untuk memuliakan hari Jumaat sebagai penghulu segala hari dan untuk memudahkan umat Islam seluruh negara bersama-sama membesarkan dan memuliakan hari Jumaat dengan amal ibadah. 

Terima kasih, wassalam.
 
Prof Madya Hj Ainullotfi bin Dato' Seri Abdul Latif
Yang Dipertua,
Pertubuhan Ikram Malaysia,
Cawangan Negeri Johor.

23 November 2013
19 Muharram 1435

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads