ads

Ahad, 15 September 2013

01 di bekok - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di bekok - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Sep 2013 09:02 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Aug 2013 09:21 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Aug 2013 09:23 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jul 2013 09:34 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Jul 2013 09:42 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jun 2013 09:16 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

&#39;menyingkap sejarah silam&#39;: <b>BEKOK</b>-TRAGEDI YANG DILUPAKAN

Posted: 12 Apr 2013 09:09 AM PDT



Keamanan dan kesejahteraan yang kita nikmati  kini  sepatutnya  tidak membolehkan kita leka bahawa kita tidak mungkin diuji lagi akan kekebalan malah  mampu terdedah dengan peluang dan ancman.
Disebalik kedamaian dan keharmonian ini sebenarnya tercatat sejarah silam yang terlalu pahit untuk dikenang. Nostalgia yang jika diimbau pun menzahirkan perasaan berbelah bahagi kerana nikmat kesenangan dan ketenteraman yang ada pada hari ini sebenarnya dibayar dengan harga yang terlalu mahal.
Kisah dan tragedi yang dicatat ini bukan untuk mengungkit kepahitan zaman silam tetapi adalah untuk mengingatkan generasi hari ini khususnya warga PDRM bahawa zaman penuh pancaroba itu menuntut kecekalan, keikhlasan serta keberanian yang tinggi jika bercita-cita untuk  berkhidmat dalam pasukan keselamatan dalam menawarkan bakti untuk menjaga keamanan dan ketenteraman Negara.
Bekok yang jaraknya lebih kurang (10) kilometer dari persimpangan Pekan Chaah dan Pekan Labis merupakan sebuah mukim dalam daerah Labis. Sebilangan besar kawasannya merupakan ladang kelapa sawit dikelilingi hutan tebal yang menganjur sehingga ke sempadan Kuala Rompin, Pahang dan Daerah Mersing,Johor. Di zaman darurat khususnya awal tahun 1950an dalam krisis menentang gerila komunis, Bekok antara wilayah selatan  yang dianggap kawasan amat  aktif sebagai  sarang gerila komunis  selain Labis, , Paloh, Keluang, Kulai , Endau, Kambau, Sedeli, Penggerang  dan Pontian.
Statistik senarai anggota keselamatan yang terbunuh semasa darurat mencatatkan di antara tahun 1950 hingga tahun 1952 ramai anggota polis yang terbunuh di kawasan ini  diantaranya:-
1.    04/03/1950          (2) Special Constable terkorban di Eldred Estet,Bekok,Johor.
2.    30/09/1950          (2) Special Constable terkorban di Eldred Estet, Bekok,Johor.
3.    15/10/1950          (8) anggota (1) KPL (5) PC dan (2) EPC terkorban di
                                    Chan Wing Estet, Bekok,Johor.
4.    09/07/1951          (1) Special Constable terkorban di Anglo – Johor Estet,
                                    Bekok,Johor
5.    30/06/1952          (2) anggota (1) A.P Insp (1) AP terkorban di Chan Wing Estet
                                    Bekok, Johor.
6.    01/07/1952          (2) Special Constable terkorban di Anglo-Johor Bekok  Estet,,
                                    Bekok, Johor.
7.    27/12/1952          (2) Special Constable terkorban di Sungai Bekok Estet, Bekok,
                                   Johor.
Pengkisahan yang diceritakan oleh saksi-saksi kejadian turut membuktikan jumlah ini sebenarnya lebih ramai yang terkorban jika melibatkan orang awam yang turut menjadi mangsa 
3.0       Tragedi Bukit Locing
Menceritakan tragedi yang berlaku, bagi En. Taman bin Salleh 84 Tahun yang kini menetap di Ladang Geddes, Bahau Negeri Sembilan masih ingat beliau waktu itu berkhidmat sebagai Special Constable  (SC) di Segamat Johor telah di arah ke Bekok untuk mengambil anggota Polis yang terkorban diserang hendap Komunis. "Saya sampai di sana sebagai pasukan bantuan, Saya sampai dan waktu itu keadaan sudah reda, saya tengok mayat ramai anggota  di bariskan di tepi jalan kawasan ladang getah. Saya masih ingat ada, ada seorang anggota polis  yang saya kenali nama Mat Dom,  masih hidup dan mengerang dalam kesakitan  tetapi keadaan baju yang dipakainya penuh berlumuran darah. Dia yang menceritakan kenderaan yang dinaiki telah terkena jerangkap samar dan kemudiannya diserang hendap Komunis.  Kisah (8) anggota polis terbunuh dalam satu serang hendap di Bekok, Labis Johor, senarainya seperti berikut:-
i.      Koperal 7163 Mohd Yatim bin Abdullah
ii.    PC 11768 Mohd Nor bin Lajis
iii.   PC 11765 Nordin bin Kadir
iv.   PC 11898 Anuar bin Buyong
v.    PC 13049 Ismail bin Abbas
vi.   PC 13168 Mohd Shah bin Hj Abdullah
vii.  EPC 2596 Mohd. bin  Hussin 
viii.EPC 3426 Mohd. bin Salleh. 
    Lawatan tempat  kejadian dengan bantuan penduduk tempatan
           Bukit Locing, Ladang Gunung Mas @ Chan Wing Estet.
Peristiwa terkorbannya anggota polis ini juga di ceritakan oleh Hj Johari Bin Yunos 85 tahun bekas Ketua Kampong Labis  yang kini menetap di Felda Tenang,Labis Johor. Beliau ketika itu juga bertugas sebagai SC di Balai Polis Labis menceritakan kejadian berlaku di satu tempat dipanggil Bukit Locing. Gerila Komunis dikatakan mengguna tektik dengan cara memasang jerangkap samar di kawasan berhampiran jurang menyebabkan pasukan keselamatan tidak mempunyai ruang untuk berlindung. Sebaik kenderaan pasukan keselamatan yang merupakan anggota dari Balai Polis Labis menghampiri laluan tersebut, kenderaan tersebut meletup lalu terbalik  dan ketika itulah gerila menghujani mereka dengan peluru dan bom tangan dari atas bukit . Hanya kereta menjadi tempat berlindung. Kekuatan gerila yang ramai tidak mematahkan semangat juang anggota keselamatan. Dengan kekuatan yang kecil berbanding musih yang ramai bilangannya,peluang untuk hidup memang ada jika mereka menyerah tetapi mereka berjuang habis-habisan, namun untuk menyerah tidak sekali. Mereka membalas balik setiap tembakan yang dilepaskan musuh. Kenderaan itulah yang menjadi pelindung mereka, Gerila hanya meninggalkan tempat kejadian setelah menjangkakan tidak ada seorangpun yang selamat dari serangan tersebut. Turut terkorban ialah beberapa orang awam yang merupakan pekerja Telekom. Mereka diiringi oleh pasukan keselamatan dalam tugas memasang  kabel di Chan Wing Estet.
Kekuatan gerila komunis dalam serangan tersebut tersebut dianggarkan seramai 80-100 orang dan dipercayai  dari Rajimen ke4 Parti Komunis Malaya yang ketika itu dianggarkan mempunyai kekuatan seramai 370 anggota[1]. Penulis yang melawati tempat kejadian mendapati kini kawasan tersebut terletak di Ladang Gunung Mas yang suatu ketika dahulu dikenali dengan nama Chan Wing Estet. Jarak tempat kejadian dari Balai Polis Bekok lebih kurang (10) kilometer. Lokasi itu dinamakan Bukit Locing kerana dikatakan suatu ketika dahulu terdapatnya locing yang amat besar berhampiran puncak yang digunakan sebagai isyarat kepada pekerja-pekerja ladang supaya meninggalkan kawasan ladang sebaik jam 3 petang. Pertempuran itu memang hebat, kekuatan pasukan keselamatan tidak mampu menyamai musuh yang  jumlahnya lebih besar, namun mereka melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab walaupun  nyawa mereka menjadi sandarn. Bagi mereka untuk menyerah tidak sekali-kali. Wira-wira ini sememangnya antara mereka yang terbilang walaupun  tidak pernah dijulang... Bersambung dalam kisah Tragedi Hari Jumaat-layari https://www.youtube.com/channel/UC3JqY052rDAGvR09VlFdENQ?feature=mhee


[1] The Malayan Emergency Revisited 1948-1960 by Lt Col® Azzam Mohd Hanif Ghows

BLOG JOHOR: 01 <b>di bekok</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jun 2013 09:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Mandi manda <b>di</b> Sg.Bantang, <b>Bekok</b> | Cucu Nelayan

Posted: 02 Feb 2013 05:08 AM PST

Cerita ni dah lama berlaku sebenarnya..tahun lepas kami merancang nak ke air terjun di gunung ledang, tapi disebabkan pada waktu itu, sedang musim hujan dan demi keselamatan, kami pun ubah plan untuk ke Sungai Bekok. Kat mana sg.bekok ni ek? Aku first time dengar walaupun dah lama dok kat johor ni. Ok kalau nak tau, korang google la sendiri ye sebab aku pun tak tau kedudukannya yang sebenar, hehe..Tapi secara kasarnya, sg.bantang ni terletak di antara ayer hitam dan batu pahat. Selepas ni aku akan gunakan nama sg.bekok sebab lebih sedap disebut, hehe..

Aku pergi dengan wife dan ofismate wife aku, semangat betul diorang ni, maklumlah semua bujang-bujang lagi, excited terlebih..hehe, yang dah kawen cuma aku je. Kami pergi dengan tiga kereta, mula-mula tu konvoi, tapi seperti yang aku katekan tadi, yang bujang-bujang ni excited terlebih, so diorang dah dok pecut meninggalkan kami, tapi takpelah, nanti jumpa jugak kan?

Perjalanan dari skudai ke sg.bekok mengambil masa lebih kurang dua jam. Jalan nya ok, tak susah, dari simpang empat ayer hitam tu, ikut jalan biasa menghala ke yong peng, nanti korang akan jumpa signboard ke kanan untuk ke sg.bekok. Pemandangan memang cantik, nyaman je..suasana kampung..

Dipendekkan cerita, kami pun sampailah di sg.bekok. Di hulu sungai memang ramai sangat orang dengan keluarga bawa anak-anak bermandi manda sambil berkelah. Memang best kawasan ni, air sungai yang sejuk, kawasan cetek, memang sesuailah untuk bawa anak-anak. Tapi kami ni yang konon-konon dah dewasa nak cuba panjat tinggi lagi, hajatnya nak mandi kat air terjun, tapi panjat punye panjat, tak sampai-sampai ke puncak, badan dah penat, hati dah tak sabar nak terjun ke dalam sungai yang sejuk tu. Jadi kami pun ambil keputusan untuk berhenti memanjat dan buat semua persiapan untuk mandi. Aku pun dirikan khemah igloo yang baru je beli sempena nak ke sini, manalah tau kot2 ade sape-sape nak tukar baju atau lepak-lepak ke..jadi tanpa membuang masa, jo, tengok gambar-gambar kami di sg.bekok:

Jadi itulah kisah kami di sg.bekok, memang best..tak boleh lupa kesejukan air sungainye..lama jugalah kitorang lepak berendam..dah keluar sungai, masuk balik sungai..macam tulah sampai kecut kulit-kulit ni..kepada anda semua memang tak rugi datang ke sini, bawalah anak-anak, kawan-kawan..memang best!

01 di johor bahru - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di johor bahru - Google Blog Search


Shaklee Biz Coaching <b>di</b> Kulai & <b>Johor Bahru</b>! | GenkiMomma・元気 <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2013 03:54 AM PDT

Hujung minggu lepas (6 Sept-8 Sept) kami ke Johor Bahru, untuk bertemu dan mengadakan biz coaching dengan biz partners di sana. Walaupun bisnes Shaklee kumpulan kami ini dijalankan secara 100% ONLINE sahaja, kami turut mengadakan kelas, seminar dan coaching secara offline, demi memantapkan lagi ilmu bisnes dan ilmu mengenai produk di kalangan anak didik kami.

Berikut adalah beberapa sessi yang sempat kami lakukan di sana.

Hari pertama di Crystal Crown Hotel, Johor Bahru. Selain menyertai Bengkel Nutrisi anjuran Shaklee Malaysia, kesempatan ini kami ambil untuk meneruskan coaching mengenai asas bisnes Shaklee, serta tips istimewa untuk menjadi pengedar Shaklee yang lebih berjaya. Istimewa buat team GenkiMomma sahaja.


Hari kedua di rumah Bisnes Leader kami di Kulai, bakal Masters Yati & Sudirman, pemilik FanPage Rahsia Vitamin. Terima kasih kepada semua anak buah biz yang hadir! Semoga ilmu yang dicurahkan diberkati oleh Allah, dan dapat diaplikasikan dengan baik.
Jutaan terima kasih di atas layanan mesra tuan rumah!!! ^_^

Alhamdulillah, di kesempatan kali ini kami sempat bertemu dan beramah mesra dengan beberapa orang ahli baru, dan memberikan penerangan mengenai bisnes Shaklee kepada mereka, dan berkongsi beberapa TIPS dan RAHSIA tentang bagaimana cara yang betul untuk menjana pendapatan dengan Shaklee secara ONLINE sahaja. Uniknya team kami, walaupun hanya kenal di alam maya sahaja, bukan menjadi penghalang untuk terus berjaya di dalam biz online Shaklee ini.

Bagi anda penggemar suplemen Shaklee yang berada di sekitar Kulai dan Johor Bahru, boleh hubungi Puan Yati untuk menyertai keahlian Shaklee. Mungkinkah anda biz leader baru yang bakal digilap oleh team Rahsia Vitamin? ^_^

Senarai Pengedar sah Shaklee di Johor telah di kemas kini di laman "Pengedar Shaklee".

Jom sertai team GenkiMomma hari ini untuk mulakan langkah anda sebagai usahawanita Shaklee yang berjaya. Tidak kira anda adalah SAHM, FTWM, mahupun WAHM, semua pun boleh lakukannya!

* Pertanyaan?

Hubungi kami di genkimomma[@]gmail.com, atau SMS/WhatsApp ke 017-3030081 (Arnie) untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook GenkiMomma.com untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini!!!

01 di benut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di benut - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Sep 2013 07:15 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Aug 2013 07:19 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Aug 2013 07:38 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Aug 2013 07:18 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jul 2013 07:29 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jul 2013 07:08 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jul 2013 07:30 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jun 2013 07:22 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2013 07:16 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jun 2013 07:11 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

Posted: 22 May 2013 07:20 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

Posted: 20 May 2013 07:06 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Nusajaya Kini: 80 % Pengundi Cina <b>Benut</b> Sokong PAS Dan <b>...</b>

Posted: 26 Apr 2013 01:16 AM PDT

PONTIAN – Calon PAS Benut, Raden Sarobo Ponoh bakal memperolehi kira-kira 80% sokongan daripada kaum Tionghua bersandarkan penglibatannya yang aktif menyantuni masyarakat itu sejak tiga tahun kebelakangan ini.

"Anda pula bagaimana? Jom ubah !. Bertemu masyarakat cina di Pekan Benut, Rata-rata masyarakat cina mahukan perubahan. Ungkapan yang paling kerap mereka katakan " ini kali kasi Ubah". Ini Kalililah, Kita Ubah" kata Admin Facebook Mtd Pas Benut dalam satu kenyataan.

Sokongan masyakat Cina bukan sahaja bertumpu di kawasan-kawasan tertentu sahaja, malah ianya dilihat menjadi 'trend' di mana sahaja menjelang PRU-13 kali ini.

Menurut salah seorang penyokong Pakatan Rakyat daripada DAP yang hadir dalam siri ceramah kelompok di Pulai Perdana baru-baru ini, beliau yakin kebangkitan  sokongan daripada masyarakat cina akan memberi lonjakan kemengan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Mengimbau kembali landskap politik PRU-12 pada tahun 2008 yang lalu, kesan sokongan yang diberikan oleh masyarakat cina ini telah menyebabkan Pakatan Rakyat mampu untuk mengambil alih 5 buah negeri. 

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com

Kongsikan pandangan anda


01 di kempas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di kempas - Google Blog Search


Bilakah Empangan <b>Kahang</b> akan siap dibina? - DAP 4 Change

Posted: 25 Jul 2013 07:41 PM PDT

Kenyataan Media oleh Pengarah Pendidikan Politik DAP dan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong pada 25.7.13 di Kuala Lumpur
 
Bilakah Empangan Kahang akan siap dibina?

Pada 26 Mac 2011, 10,000 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan peruntukkan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM 105 juta untuk membina projek Empangan Kahang demi menyelesaikan masalah kekurangan air di Kluang[i].

Setelah lebih dua tahun berlalu, rakyat Kluang masih tidak diberitahu tentang apa-apa perkembangan terkini tentang status projek Empangan Kahang.  Setiap tahun, semasa musim kemarau, ribuan penduduk Kluang hidup menderita tanpa air yang mencukupi.

Sebagai Ahli Parlimen Kluang, saya telah membangkitkan soalan di Parlimen tentang status pembinaan projek Empangan Kahang, khususnya tarikh empangan akan siap dibina, kos yang dibiayai oleh kerajaan negeri dan persekutuan, dan samada Kajian Kesan Alam Sekeliling (EIA) dijalankan.

Jawapan yang diberikan kepada saya adalah seperti berikut:

1.  Projek pembinaan Empangan Kahang dilaksanakan sepenuhnya melalui pembiayaan geran Kerajaan Persekutuan dengan anggaran kos berjumlah RM105 juta.

2. Projek ini dijadualkan siap pada bulan November 2016 dengan tempoh pembinaan selama 36 bulan.

3. Terma rujukan bagi DEIA (Detailed Environmental Impact Assessment) projek tersebut telah dibentangkan kepada Jabatan Alam Sekitar pada 27 Mac 2013.

Di Kluang, catuan air dilaksanakan setiap kali paras air di Empangan Sembrong Barat turun. Empangan Kahang merupakan infrastruktur yang penting untuk menyelesaikan masalah kekurangan air di kawasan sekitar Kluang dari segi jangka panjang, jika dibina dengan betul.
Dalam pada itu, saya mengingatkan Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan supaya mengambil kira faktor-faktor berikut dalam pembinaan Empangan Kahang:

1.     Aktiviti pembalakan, pertanian dan pemberimilikan tanah di dalam kawasan tadahan air Empangan Kahang, jika ada, harus dibekukan dan diberhentikan sehingga laporan DEIA diluluskan.  Ini demi memastikan tiada pihak-pihak berkepentingan mencuri hasil balak dan tanah sehingga merosakkan kawasan tadahan air sepertimana yang telah berlaku di Empangan Sembrong.

2.     Kedudukan empangan ini adalah berdekatan dengan FELDA Kahang Timur dan mungkin juga berdekatan dengan kawasan Orang Asli. Pihak berkuasa wajar mengambil langkah proaktif merunding dengan pihak tersebut mengenai projek empangan tersebut.  Rundingan awam perlu dilaksanakan sebelum projek diluluskan.

3.     Takungan reservoir Empangan Kahang akan menenggelami sebahagian kawasan hutan simpan mergastua Endau – Kota Tinggi yang kaya dengan nilai biodiversiti. Kajian DEIA harus dinilai dengan pelbagai sudut dan pandangan profesional dari NGO alam sekitar harus dipertimbangkan.

4.     Penting sekali, orang awam perlu diberitahu tentang maklumat terperinci dan perkembangkan terkini projek ini.  Sekurang-kurangnya maklumat tentang projek ini perlu disiarkan untuk pengetahuan awam di Bandar Kluang dan Kahang.  Pandangan dan pemantauan orang awam perlu diterapkan sebagai sebahagian projek ini memandangkan ia memakan kos ratusan juta wang rakyat dan kehidupan seharian rakyat akan dipengaruhi oleh cara projek ini dilaksanakan.

Saya juga menggesa kerajaan supaya memperuntukkan bajet untuk menangani masalah pembaziran air dari segi Non Revenue Water (NRW) yang masih sangat tinggi di Johor.  Di bawah pentadbiran syarikat swasta Syarikat Air Johor, sebanyak 35% air yang telah dirawat di Johor telah hilang tanpa pengukuran meter kerana kebocoran paip, pencurian, dan sebab-sebab lain.  Tiada guna ratusan juta wang dihabiskan untuk membina empangan besar tetapi pada masa yang sama air terawatt bocor atau dicuri tidak sampai ke rumah pengguna.

Bagi pihak rakyat Kluang, saya akan terus meneliti perkembangan projek tersebut.

LIEW CHIN TONG

01 di chaah johor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di chaah johor - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Sep 2013 03:18 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Sep 2013 03:17 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jengka 19: Utusan Online - <b>Johor</b>

Posted: 31 Aug 2013 09:28 AM PDT


Wajib pertahan kemerdekaan

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

Oleh LUQMAN HAZIQ
pengarang@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 30 Ogos - Rakyat pelbagai kaum digesa bukan sahaja bersama-sama berganding bahu memastikan negara terus selamat, malah wajib mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi selama ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, selain itu semua pihak turut diminta supaya sentiasa menjaga dan memastikan kesejahteraan berpanjangan.

"Marilah kita doakan agar negara tercinta terus dikekalkan nikmat kestabilan politik dan keamanan, keteguhan ekonomi, dijauhkan daripada segala perbuatan jahat dan fitnah yang boleh membawa malapetaka dan kehancuran negara.

"Tanamkanlah rasa kasih sayang antara rakyat yang berbilang kaum, kukuhkan perpaduan semoga sentiasa hidup dalam kemakmuran dan keselamatan sepanjang zaman," katanya dalam status terbaharu menerusi laman sosial, Facebook sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan Ke-56 esok.

Beliau turut berdoa semoga negara ini sentiasa dilindungi dan di bawah keampunan Allah SWT.

Dalam entri bertema Rakyat Muafakat Negaraku Berdaulat Negeriku Berkat itu, Mohamed Khaled berkata, Muafakat Johor menjadi tulang belakang kepada pelengkap kesejahteraan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di negeri ini.

"Penekanan muafakat kepada aspek keharmonian, kesepakatan, persefahaman, bertolak ansur, bekerjasama serta menanam jati diri sebagai anak negeri Johor tanpa mengira bangsa, agama mahupun warna kulit wajar dipelihara dan dipupuk agar terus menjadi teras amalan bangsa Johor," katanya.

Pemuda UMNO Chaah Bandar edar 1,000 Jalur Gemilang

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

PESERTA Kembara Merdeka bersama pelajar dan warga SMK Chaah bergambar sambil mengibarkan Jalur Gemilang di pekarangan SMK Chaah, Labis, semalam.

LABIS 30 Ogos - Sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan Ke-56 esok, Pemuda UMNO Cawangan Chaah Bandar mengedarkan sebanyak 1,000 Jalur Gemilang kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chaah, semalam di bawah program Kembara Merdeka.

Ketuanya, Mohd. Shah Shukoree Abu, 32, berkata, program itu bertujuan menyuntik semangat patriotik dalam kalangan rakyat terutamanya pelajar untuk mengingati Hari Kemerdekaan dengan bersama-sama memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan sekolah dan kediaman mereka.

Sebanyak 1,000 Jalur Gemilang yang diedarkan itu adalah sebagai simbolik dan sokongan Pemuda UMNO Cawangan Chaah Bandar kepada Kempen Kibarkan Jalur Gemilang yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Kami memilih SMK Chaah kerana sedar semangat kemerdekaan dan patriotisme ini harus dipupuk bermula di peringkat sekolah," katanya selepas berkonvoi menggunakan motosikal bagi mengedarkan Jalur Gemilang berkenaan.

Konvoi tersebut mendapat kerjasama daripada persatuan motosikal berkuasa tinggi, Botak Bikers yang disertai lebih 40 penunggang dan melalui jalan utama di Chaah sebelum berhenti dan mengagihkan kesemua bendera tersebut kepada para pelajar SMK Chaah.

Mohd. Shah turut mengajak rakyat, khususnya di negeri ini supaya mengingati pentingnya kemerdekaan bagi setiap lapisan masyarakat.

Ini kerana kita perlu menjaga keamanan agar tidak berlaku pergolakan seperti negara luar. Keharmonian dan keamanan penting bagi negara dan kita patut bersyukur dengan keadaan ini," katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Chaah, Maimon K. Mohamed berbesar hati menerima kunjungan rombongan tersebut dan memuji langkah itu untuk menunjukkan semangat kesetiaan kepada negara dan berharap program berkenaan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Program sebegini bukan sahaja dapat memupuk semangat sayangkan negara dan cintakan kemerdekaan dalam kalangan pelajar, sebaliknya kepada seluruh warga sekolah ini termasuk guru dan ibu bapa.

Ini satu tambahan aktiviti untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan negara kita yang pastinya akan disambut meriah dan bermakna di sini," katanya.

Aturcara Hari Kedua - Official Website of Royal Connections

Posted: 30 Jul 2013 06:27 PM PDT

Sabtu, 24.8.2013 | Ahad, 5.8.2013 | Isnin, 26.8.2013 | Selasa, 27.8.2013

25 Ogos 2013 – Ahad

0800 :

MAJLIS PELEPASAN DI TANGGA AGONG BANGUNAN SULTAN ABU BAKAR ( PEJABAT DAERAH MUAR)

- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor di Tangga Agong Bangunan Sultan Abu Bakar
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Muar
- DYMM Sultan Johor berangkat ke Taman Tangkak Jaya, Ledang

0845 – 1000 :

TAMAN TANGKAK JAYA, LEDANG

- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di Taman Tangkak Jaya, Ledang
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Ledang
- DYMM Sultan Johor dipersilakan untuk melawat ke tapak pameran kesihatan
- DYMM Sultan Johor dipersilakan untuk melawat ke Medan Selera Taman Tangkak Jaya
- Majlis ramah mesra DYMM Sultan Johor bersama rakyat
- DYMM Sultan Johor dipersilakan untuk melihat demonstrasi masakan roti canai terbang, wi- cang dan tosei
- YAM Paduka Putera menyampaikan bantuan MAIJ dan JKM kepada penerima bantuan
- Majlis santapan
- Sembah ucapan oleh Pegawai Daerah Ledang
- Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor
- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai Daerah Ledang
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Ledang
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Ledang
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Kompleks Beli Belah 1Segamat, Segamat

1100 – 1200 :

KOMPLEKS BELI BELAH 1SEGAMAT, SEGAMAT

- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di Pasaraya 1Segamat
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Segamat
- DYMM Sultan Johor dipersilakan ke pintu hadapan utama Kompleks beli belah 1Segamat untuk menandatangani plaque perasmian
- Bacaan doa perasmian
Rombongan dipecahkan kepada 3 kumpulan dan bergerak ke tempat aktiviti masing-masing

  • Program DYMM Sultan Johor

- DYMM Sultan Johor dipersilakan ke Restoran Sushi Octopus
- Santapan ringan
- DYMM Sultan Johor dipersilakan ke tempat hiburan keluarga untuk menyaksikan aktiviti bermain bola keranjang
- DYMM Sultan Johor dipersilakan ke LFS Cinema untuk menyaksikan tayangan dokumentari khas Kembara Mahkota Johor

  • Program YAM Paduka Anakanda

- YAM Paduka Anakanda dipersilakan ke tapak lawatan untuk menyaksikan
-Demo gubahan bunga
-Demo mewarna lukisan
- YAM Paduka Anakanda beramah mesra serta menyaksikan persembahan oleh OKU dan PDK

  • Program DYAM TunkuMahkota Johor

- DYAM Tunku Mahkota Johor dipersilakan ke tapak lawatan untuk menyaksikan persembahan kereta kawalan jauh.
- DYAM Tunku Mahkota Johor juga dipersilakan untuk berlumba kereta kawalan jauh
- DYAM Tunku Mahkota Johor menyaksikan  demo penalty shootout
- Pertandingan penalty shootout di antara pasukan KMJ dan pasukan Segamat
- DYAM Tunku Mahkota Johor dipersilakan untuk melihat demo  paintball target shooting
- Pertandingan paintball target shooting di antara pasukan KMJ dan pasukan Segamat
- YAM Paduka Putera menyampaikan bungkusan dan sumbangan kepada para penerima bantuan
- Majis santapan
- Sembah ucapan oleh Pegawai Daerah Segamat
- Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor
- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor daripada Pengurus 1Segamat
- Persembahan cenderahati daripada DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Segamat
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke SMK Seri Bali, Chaah

* DYMM Sultan Johor berhenti seketika di Gelanggang Bola Keranjang Pekan Chaah, Segamat untuk majlis ramah mesra. Lain-lain peserta akan dibawa terus ke Sekolah Menengah Seri Bali, Chaah

1245 – 1310 :

GELANGGANG BOLA KERANJANG, JALAN YEW CHOR, PEKAN CHAAH, SEGAMAT (REHAT)

* DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berhenti seketika untuk majlis ramah mesra bersama-sama masyarakat kaum Tiong Hua

1315 – 1415 :

SMK SERI BALI, CHAAH, SEGAMAT

  • Program DYMM Sultan Johor

- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di SMK Seri Bali, Chaah, Segamat
- DYMM Sultan Johor dipersilakan untuk menyaksikan persembahan kawad formasi dan persembahan gajet badan beruniform
- DYMM Sultan Johor dipersilakan untuk melawat ke tapak demo pembuatan dodol dan tapak pembuatan kuih-kuih tradisional pelbagai kaum

  • Program DYMM Raja Zarith Sofiah

- DYMM Raja Zarith Sofiah dan YAM Tunku Tun Aminah menyaksikan pertandingan kaligrafi Cina, kolum dan khat  jawi
- DYMM Raja Zarith Sofiah menyaksikan persembahan choral speaking dan sesi motivasi bersama pelajar

  • Program DYAM TunkuMahkota Johor dan YAM Paduka-Paduka Putera

- DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Paduka-Paduka Putera yang lain dipersilakan untuk sesi menanam pokok
- DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Paduka-Paduka Putera yang lain dpersilakan untuk menyertai pertandingan memanah
- DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Paduka-Paduka Putera yang lain dpersilakan untuk menonton pertandingan futsal kain pelikat

* Pasukan DYAM Tunku Mahkota Johor menentang pasukan  Belia Segamat

Santapan ringan
*santapan disediakan mengikut lokasi kerabat diraja bersemayam

- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pengetua SMK Seri Bali Chaah
- Persembahan cenderahati kepada DYMM Sultan Johor oleh Pegawai Daerah Segamat
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pengetua SMK Seri Bali Chaah
- Persembahan cenderahati oleh DYMM Sultan Johor kepada Pegawai Daerah Segamat
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Segamat
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Paloh, Kluang

* DYAM Tunku Mahkota Johor berangkat ke Hotel Prime City, Kluang untuk berehat dan kemudian ke Stadium Kluang bagi menyaksikan perlawanan  bola sepak antara pasukan pasukan JDT dengan pasukan daerah Kluang.

1520 – 1535 :

KANGKAR BARU, BATU PAHAT (REHAT)

* DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berhenti seketika untuk majlis ramah mesra bersama-sama masyarakat setempat

1600 – 1715 :

PADANG MPK PALOH, KLUANG

- Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ di Padang MPK Paloh, Kluang
- Bacaan doa keberangkatan oleh Kadi daerah Kluang

  • Program DYMM Sultan Johor

- DYMM Sultan Johor melawat pameran-pameran :

     – FAMA – Produk agromas dan hasil produk FAMA
    – Jabatan Pertanian – Benih, pokok dan buah-buahan (Buah Melewar)
    – Jabatan Veteriner – Kitaran hayat ayam bergaya
- DYMM Sultan Johor menyaksikan demonstrasi mengopek kelapa secara tradisional dan moden serta mengadili pertandingan mengopek kelapa secara moden di antara pasukan KMJ dan pasukan rakyat
- YAM Paduka Putera menyampaikan bantuan MAIJ dan JKM kepada penerima-penerima bantuan
  • Program DYMM Raja Zarith Sofiah

- Keberangkatan DYMM Raja Zarith Sofiah dan YAM Tunku Tun Aminah ke PDK Yaqeen Paloh (disambut dengan persembahan jambangan bunga kepada DYMM Raja Zarith Sofiah)
- DYMM Raja Zarith Sofiah melawat pameran terdiri daripada 8 buah pameran daripada PDK
- DYMM Raja Zarith Sofiah menyampaikan sumbangan kepada 20 penerima
- DYMM Raja Zarith Sofiah menyaksikan  persembahan daripada KEMAS
- DYMM Raja Zarith Sofiah berangkat ke Padang MPK Paloh untuk majlis santapan ringan

  • Program YAM Paduka Putera-Putera

- YAM Paduka Putera – putera menyertai sukan rakyat berupa sukan sorong rim
- DYMM Sultan Johor berangkat ke khemah santapan
- Majlis santapan diiringi persembahan
- Sembah ucapan oleh Pegawai Daerah Kluang
- Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor
- DYMM Sultan Johor beserta rombongan KMJ berangkat ke Seri Lambak

1700 :

PROGRAM DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI KOMPLEKS SUKAN, PERBADANAN STADIUM KLUANG

- Keberangkatan tiba DYAM Tunku Mahkota Johor ke Kompleks Sukan, Perbadanan Stadium Johor, Kluang dari Hotel Prime City, Kluang
- DYAM Tunku Mahkota Johor menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan JDT menentang pasukan

1745 :

SERI LAMBAK, KLUANG (BERMALAM)

2045 – 2145 :

MAJLIS TAZKIRAH DYMM RAJA  ZARITH SOFIAH DI DEWAN JUBLI INTAN KLUANG

- Keberangkatan tiba DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah ke Majlis Tazkirah bersama-sama penduduk kampung
- Bacaan doa
- Tazkirah oleh YB Dato' Haji Nooh Bin Gadot
- Keberangkatan balik DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah

Sabtu, 24.8.2013 | Ahad, 5.8.2013 | Isnin, 26.8.2013 | Selasa, 27.8.2013

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved