Rabu, 22 Januari 2014

01 di kahang - Google Blog Search

01 di kahang - Google Blog Search


Lim Kit Siang bersedia untuk mati <b>di Gelang Patah</b> | Warta Rakyat

Posted: 28 Mar 2013 08:00 PM PDT

27 Segamat, ketua pemimpin Pembangkang DAP di Parlimen Lim Kit Siang berkata, walaupun MCA berkata Gelang Patah tempat tanah perkuburan beliau, beliau bersedia untuk kalah dan bersedia untuk mati di situ!

Kit Siang berkata, hari ini beliau melihat di laman web pemimpin BN dan MCA mengeluarkan kenyataan itu, walaupun beliau tidak berani beri jaminan pasti menang, sebaliknya beliau telah buat persediaan apa sahaja yang akan berlaku, tidak seperti perdana menteri yang takut mati itu.

Beliau tambah lagi, bagi mahu lakukan UBAH kerajaan untuk membina negara Malaysia yang lebih adil dan wajar, diharap pada PRU kali ini Tsunami politik akan dimulakan dari Selatan Semenanjung.

Lim Kit Siang semasa melawat di pasar basah Segamat, berhadap rakyat dapat berdiri bersama-sama Pakatan Rakyat untuk lakukan perubahan.

Beliau berkata, selepas negara kita mencapai kemerdekaan, orang-orang Cina bangga dengan diri mereka, kerana tidak dianggap sebagai pendatang asing ataupun orang-orang keturunan China Melaysia.

Sebagai orang Malaysia yang sah

"baru-baru ini, MCA tuduh DAP mahu orang-orang Cina tadbir orang Cina, itu satu penghinaan. Selepas 56 tahun, pemimpin tertinggi MCA masih anggap orang-orang Cina di Malaysia masih lagi kaum China Malaysia, tidak anggap diri sendiri sebagai rakyat Malaysia dan tuan punya kepada negara ini."

Lim Kit Siang berkata, jika pemikiran dan fahaman MCA masih di takuk lama seperti ini, diharap ahli-ahli MCA nampak perkara ini dengan jelas, pilihlah masuk ke dalam barisan Pakatan Rakyat.

Beliau menegaskan, kita secara terang dan sah sebagai rakyat Malaysia, Kit Siang juga berkata, sebelum ini pada tahun 1986 BN telah berjanji mahu bina sekolah menengah Cina di Segamat, selama beberapa tahun ini hanya kedengaran bunyinya sahaja, tidak nampak ada orang yang turun laksanakananya.

Beliau berkata, jika politik dan kerajaan dilaksanakan untuk semua rakyat, pihak kerajaan mesti terima permohonan untuk buka sekolah menengah Cina, kerana kita semua rakyat Malaysia.

Selain itu, ahli Parlimen DAP Ipoh Barat M. Kulasegaran dan pengerusi DAP bahagian Segamat Peng Sue Liang mengiringi Lim Kit Siang ke pasar basah tersebut. Sumber : China Press

408 total views, 3 views today

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads