Sabtu, 25 Januari 2014

01 di pagoh - Google Blog Search

01 di pagoh - Google Blog Search


Kemalangan Maut Lotus Elise Milik Warga Singapura <b>Di</b> RnR <b>Pagoh</b>

Posted: 10 Jan 2014 01:56 AM PST

Satu kemalangan maut berhampiran RnR Pagoh arah selatan baru berlaku sebentar tadi. Sebuah Lotus Elise tercabut bumbung dan pintu. Mangsa warga Cina Singapura .

Proses pengalihan sedang dijalankan

Info Terkini: 

Meskipun keseluruhan badan kereta mewah jenis Lotus yang dipandunya berkecai dan hanya tinggal rangka, seorang lelaki Singapura terselamat daripada maut selepas terbabas melanggar bukit di Kilometer 147.2 Lebuhraya Utara Selatan dekat Pagoh di sini, awal petang tadi.
Dalam kemalangan kira-kira 1 petang itu, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Singapura menuju ke utara apabila terbabas ke kanan dan melanggar bukit di tepi lebuh raya.
Sebelum kejadian, dia yang dipercayai memandu laju kenderaan berkuasa tinggi itu.

Kemalangan itu mengakibatkan kereta itu rosak teruk bagaimanapun mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

Kejadian turut menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua arah lebuh raya sejauh kira-kira dua kilometer.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Muar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Katanya, pemandu kereta berkenaan yang cedera di beberapa bahagian badan dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan kecemasan.
Pandulah dengan cermat ingatlah orang yang tersayang.

Info: DTR( Daily Traffic Report)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads