ads

Khamis, 9 Januari 2014

01 di parit raja - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di parit raja - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di parit raja</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jan 2014 09:03 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit raja</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Dec 2013 09:17 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit raja</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Dec 2013 09:19 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit raja</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Oct 2013 09:41 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kepada Blog Aku Bercerita: Praktikum 2 : SK <b>Parit Raja</b>

Posted: 30 Sep 2013 08:25 AM PDT

Mulakan entri dengan ucapan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kami selesai menjalani praktikum fasa 2 baru-baru ini.
Praktikum 2, satu pengalaman baru yang menarik dan takkan saya lupakan sampai bila-bila.
Kawasan Batu Pahat ini sememangnya banyak paritnya. Masih lagi bergelar parit, dari Sekolah Kebangsaan Parit Bilal pada semester lalu, praktikum kali ini kami jalani di Sekolah Kebangsaan Parit Raja (SKPRj), Parit Raja, Batu Pahat, Johor pula.
Bercerita tentang pemilihan sekolah kali ini, sememangnya mengajar kami betapa berkesannya istikharah dalam membuat sesuatu keputusan. Semasa kami pilih sekolah ini pada awalnya, jujurnya saya sendiri terasa pelik kenapa sekolah ini tak dipilih oleh rakan-rakan praktikum yang lain sedangkan sekolah-sekolah yang lebih jauh dah terpilih. Saya cuba bertanya dengan orang lain, dan mendapat beberapa feedback yang kurang menggalakkan.
Beberapa kali kami berbincang, mencadangkan sekolah-sekolah lain tapi ada saja yang tak kena. Lalu kami buat keputusan untuk melakukan istikharah, minta bantuan Allah untuk tentukan sekolah terbaik bagi kami. Betapa perancangan Allah itu jauh lebih baik daripada perancangan manusia, akhirnya di sinilah kami bertugas selama dua bulan praktikum ini.
Sekolah ini terletak kira-kira 16.5 kilometer dari institut kami di Batu Pahat. Perjalanan pergi perlu tambah kira-kira satu kilometer lagi sebab kami perlu buat pusingan U yang agak jauh. Sepanjang perjalanan ke sekolah, kami perlu lalui satu pusingan U, empat persimpangan lampu isyarat dan bertambah menjadi lima selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. Jalannya empat lorong (dua lorong setiap hala) macam lebuhraya membolehkan kami memecut sampai 100 kilometer sejam bila terlewat, kecuali di sekitar Sri Gading dan Parit Raja yang agak sibuk pada waktu pagi. Perjalanan mengambil masa antara 15 hingga 25 minit sehala, jadi kami perlu bergerak "awal" dari institut. Baru tahu bagaimana perasaan ayah saya berulang-alik sejauh 13 kilometer dari rumah semasa berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Puteri Ledang, Sagil, suatu ketika dahulu.
Sekolah Kebangsaan Parit Raja.
Sekolah ini dibuka pada tahun 2005 untuk mengurangkan kesesakan di sekolah-sekolah rendah lain yang berhampiran seperti SK Pintas Puding, SK Pintas Raya serta SK Seri Sabak Uni. Buat pertama kalinya saya melangkah kaki ke sekolah ini membuat saya terpegun. Besar sungguh sekolahnya. Rekabentuk sekolah ini ialah jenis rekabentuk sekolah baru, di mana terdapat satu dataran luas di tengah-tengah dan dikelilingi oleh blok-blok bangunan sekolah disusun berbentuk segi empat. Tengok gambar lah kalau nak senang faham.
Kali pertama kami tiba di sini, macam rusa masuk kampung kami dibuatnya. Jengah dua tiga kali baru jumpa pejabatnya. Apatah lagi nak cari kelas-kelas dan bilik-bilik lain. Sampaikan kawan saya berkata, "boleh sesat macam ni". Haha.
Sekolah ini agak besar. Jumlah muridnya 749 orang kalau tak silap (kali terakhir saya tengok di pejabat). Terdapat 3 kelas bagi setiap darjah iaitu kelas Intan, Zamrud dan Delima mengikut susunan, kecuali darjah 6 yang ada 4 kelas. Setiap kelas ada lebih kurang 25 - 35 orang murid, atau mungkin lebih.
Waktu persekolahan di sekolah ini bermula pada jam 7.15 pagi dan tamat pada jam 1.15 petang kecuali Jumaat sehingga jam 12.05 tengah hari. Waktu rehatnya adalah pada jam 10.15 sehingga jam 10.45 pagi, hari Jumaat sehingga jam 10.35 pagi.
Kemudahan di sekolah ini agak lengkap. Ada bengkel Kemahiran Hidup, Makmal Sains, bilik J-Qaf, dan lain-lain. Stor sukan juga ada banyak peralatan yang diperlukan untuk proses pengajaran dan pembelajaran termasuklah alat permainan dalaman (indoor) seperti catur, dam, karom, congkak dan sebagainya.
Pergerakan di sekitar sekolah ini agak mudah kerana semua bloknya bersambung pada setiap tingkat. Jadi tak perlulah kita turun blok dan naik semula jika nak ke tingkat lain di blok bersebelahan. Memang memudahkan pergerakan guru dan murid.

Sepertimana sekolah praktikum saya sebelum ni, sekolah kali ini juga ada dua bilik guru, digelar bilik guru atas dan bawah. Bilik guru atas baru dibuka dalam 2-3 tahun kerana bilangan guru-guru yang semakin ramai. Kami ditempatkan di bilik guru atas sebab ada banyak meja yang kosong di situ.


Secara rasminya, kami menjalani praktikum kedua ini bermula 15 Julai sehingga 20 September. Di sini, saya masih lagi bersama sahabat dari SK Parit Bilal dahulu iaitu Hazirah dan Nadiah, selain rakan sebilik saya Irwan. Cuma kami berempat di sini. Tapi bilangan sedikit tak bermaksud tak seronok. Praktikum ini tetap menggembirakan macam dahulu.
Praktikum kali ini menyaksikan pelajar opsyen saya akan mengajar subjek Kemahiran Hidup dan Pendidikan Jasmani. Untuk Kemahiran Hidup, saya telah mengambil alih dua kelas tahun lima iaitu 5 Delima dan 5 Intan selain satu kelas tahun empat iaitu 4 Intan. Selain itu, saya juga mengajarkan Pendidikan Jasmani untuk kelas 5 Delima ini serta Pendidikan Kesihatan untuk tahun 3 Intan. Cikgu pembimbing kami untuk Kemahiran Hidup ialah cikgu Salimah manakala cikgu Hadi sebagai cikgu pembimbing Pendidikan Jasmani. Mereka memang baik hati dan selalu cuba membantu memudahkan urusan saya.
Menjalani praktikum semasa menjalani ibadah puasa Ramadhan sememangnya mencabar. Alhamdulillah juga seperti dinyatakan tadi, blok-blok di sekolah ni bersambung-sambung, boleh kami jimatkan tenaga untuk ke kelas-kelas walaupun blok berlainan. Tapi susah juga nak handle murid-murid untuk jalani aktiviti PJ masa bulan puasa ni.
Sepanjang berpraktikum di sini, banyak pengalaman yang kami dapat. Banyak peristiwa penting yang kami lalui bersama cikgu-cikgu di sini, terutamanya selepas cuti raya. Antaranya Majlis Khatam Al-Quran pada minggu terakhir sebelum cuti Hari Raya, Majlis Sambutan Hari Raya, Sambutan Bulan Kemerdekaan dan lain-lain. Yang menariknya, setiap orang daripada kami berempat ini merasa jadi pengacara majlis sepanjang dua bulan praktikum ni. Cikgu-cikgu di sini baik-baik belaka. Setiap kali jumpa mesti senyum, bertegur sapa. Rasa macam dah lama kenal walaupun kami di sini cuma dua bulan. Biasa lah, adat bertandang, kitalah yang kena ramah. Jangan tunggu tuan rumah yang tegur kita dulu. Kalau amalkan, insyaAllah, sekolah mana pun yang kita pergi pasti tak ada masalah.
Terharu bila cikgu pembimbing kami, cikgu Salimah belikan banyak coklat dari Langkawi. Terima kasih cikgu. Terima kasih jugak cikgu Munawar sebab belikan coklat dan minyak gamat dari Langkawi jugak. :)
Bermula selepas cuti raya, bilik guru hampir setiap hari tak pernah tak ada makanan. Cikgu-cikgu di sini memang rajin bawa bekal ke sekolah untuk dikongsi dengan rakan-rakan guru yang lain. Hampir setiap hari kami masuk ke bilik guru pasti ada makanan atas meja di sudut bilik guru. Siapa-siapa yang datang boleh terus je makan. Kalau yang rajin sikit biasanya mereka akan bancuhkan air untuk minum ramai-ramai.
Murid-murid di sini agak berbeza dengan murid di sekolah sebelum ini. Mungkin faktor cara hidup dan latar belakang keluarga masing-masing yang mempengaruhi. Cuma satu yang saya perasan, kanak-kanak zaman sekarang dah tak banyak kenangan manis seperti zaman kami kecil-kecil dulu. Suatu ketika semasa pertandingan mewarna kad ucapan Hari Raya, saya lipatkan bekas kertas (yang lipat kapal layar tu) supaya mereka boleh asah pensil dalam bekas tu. Lalu berkerumun murid-murid berkumpul dengan penuh teruja. Tapi bila bercakap tentang youtube, tentang game facebook, semua laju (bab yang ni saya kalah. haha). Saya tanya juga biasanya petang buat apa. Dah tak ramai murid yang ibu bapa mereka benarkan keluar rumah, mungkin atas faktor keselamatan. Akhirnya terperap mereka di rumah dengan gadjet yang bertimbun-timbun. Bab gadjet ni saya tahu mereka lebih advance, sehinggakan seorang murid tahun 3 terpandang handset saya lalu berkata,: "cikgu, saya pun ada handset tau..".. "cikgu tau handset awak lagi canggih".. "aah cikgu.. handset kita boleh buat macam-macam bla bla bla..".. huh!
Minggu terakhir di sini agak tertekan. Dengan dua kali observe, ditambah dengan 'serangan' unit praktikum, kelam kabut dibuatnya. Cukup untuk membuat tekanan darah naik sampai perlu dipantau oleh doktor pulak.

Jujurnya saya rasa lebih gembira di sekolah. Boleh dikatakan setiap hari di sini tak pernah sunyi, ada sahaja benda yang nak dibualkan dengan guru-guru. Setiap hari bersembang, bergurau, ketawa ramai-ramai, terasa macam kami dah kenal sejak sekian lama. Tak terasa langsung jarak perbezaan antara kami dengan guru-guru tetap walaupun kami cuma pelajar praktikum di situ.

Penamat praktikum ini agak sayu sebab saya tamatkan praktikum ini lebih awal berbanding rakan-rakan lain atas urusan yang tak dapat dielakkan. Tambahan pulak pada masa tu ada cikgu-cikgu yang saya rapat  yang bercuti dan berkursus. Entah bila dapat bertemu kembali.

Ini juga merupakan kali terakhir buat saya dan rakan-rakan pelatih ni berpraktikum bersama sebelum kami membawa haluan masing-masing untuk praktikum terakhir pada semester hadapan. Banyak kenangan bersama mereka. Sama-sama bila gembira, sama-sama saat kelam kabut, sentiasa beri semangat waktu pensyarah datang memantau. Hazirah yang banyak beri nasihat, Nadiah yang selalu beri pinjam laptop untuk PNP saya, Irwan yang selalu kongsi idea dan peralatan untuk mengajar Kemahiran Hidup. Terima kasih semua.

Terima kasih cikgu-cikgu yang banyak membantu. Cikgu Asip, cikgu Yahya, Ustaz Mustapha Kamal, Kak Azimah, Kak Zai, Kak Azie, kak Syikin, kak Villiah, abang Hadi, cikgu Munawar, cikgu Suhaily, yang selalu ajak sembang-sembang dan gelak-gelak kat bilik guru. Terima kasih buat cikgu pembimbing yang baik hati iaitu kak Salimah dan cikgu Latifah. Terima kasih kak Suhaila yang selalu borak-borak dengan kami berkongsi cerita. Terima kasih jugak buat cikgu Ismadi yang banyak membantu, siap tolong fotostatkan dokumen-dokumen yang kami perlukan dan cop satu persatu. Banyak bilangannya kalau diikutkan. Terima kasih buat seluruh warga Sekolah Kebangsaan Parit Raja.
Di kesempatan ini ingin rasanya memohon maaf atas sebarang kesalahan, keterlanjuran dan kesilapan diri ini. Satu hari nanti pasti saya akan rindu semua ini. Terima kasih semua.

SK Parit Raja dalam kenangan.

*****************************************

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved