JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang wanita warga tempatan yang dipercayai menjadi keldai dadah dan merampas syabu bernilai RM1.5 juta dalam serbuan di Terminal Bas Central, Jalan Terus di sini pada awal bulan ini.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata ketika tangkapan dilakukan pada 6.30 petang, 5 Jan lepas, wanita berusia 56 tahun dan bersuamikan warga Nigeria itu baru sahaja tiba dari negara jiran.
"Hasil pemeriksaan, polis telah menemui dua bungkusan dadah jenis syabu seberat 3,405 gram yang dianggar bernilai RM1.3 juta disembunyikan dalam sebuah beg komputer yang dibawa suspek.
"Siasatan awal mendapati wanita yang bekerja sebagai pengemas bilik hotel di negara jiran itu terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dari negara jiran berkenaan ke Johor," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata kejayaan itu hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor dan Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura dan kedua-dua pihak sedang mengesan suami suspek berusia 36 tahun yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah antarabangsa.
Katanya wanita itu ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.
Sementara itu, Mohd Mokhtar berkata polis berjaya menumpaskan dua sindiket curi kenderaan di daerah Johor Baharu Selatan dan Kluang dengan penahanan 26 orang termasuk seorang wanita dalam Ops lejang pada 6 Jan dan Sabtu lepas.
Katanya dalam dua serbuan di Permas Jaya pada 6 Jan, lapan lelaki dan seorang wanita berumur 22 hingga 45 tahun ditahan dengan lima daripadanya didapati mempunyai rekod jenayah dan ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah.
Susulan penahanan itu, katanya polis merampas lapan buah kenderaan dengan tiga daripadanya dilaporkan hilang di Plentong, Pasir Gudang dan Taman Perling, Tampoi, pelbagai jenis alatan curi kenderaan, kamera, dua buah komputer riba dan enam rangkai kunci kereta.
Polis percaya dapat menyelesaikan tiga kes curi kenderaan, enam kes samun dan satu kes pemerasan di Johor Baharu Selatan dengan penahanan sembilan suspek itu, katanya.
Dalam Ops Lejang yang dijalankan di Taman Sinaran, Kampung Gajah Kluang pada Sabtu lepas, katanya polis berjaya menahan 17 lelaki berumur 24 hingga 51 tahun serta merampas tiga buah kereta, sebuah lori, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori tanker.
Mohd Mokhtar berkata turut dirampas empat jenis senjata tajam, 13 buah telefon bimbit pelbagai jenis, 22 utas jam, dan pelbagai aksesori kenderaan.
"Semakan mendapati empat daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil ujian air kencing juga mendapati 12 daripada suspek positif dadah," katanya.
Katanya dengan tangkapan itu, polis percaya berjaya menyelesaikan 17 kes curi kereta, tiga kes curi lori, lima kes curi motosikal dan tiga kes pecah rumah di Kluang, Johor Baharu dan Melaka. – BERNAMA
JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang wanita warga tempatan yang dipercayai menjadi keldai dadah dan merampas syabu bernilai RM1.5 juta dalam serbuan di Terminal Bas Central, Jalan Terus di sini pada awal bulan ini.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata ketika tangkapan dilakukan pada 6.30 petang, 5...
JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang wanita warga tempatan yang dipercayai menjadi keldai dadah dan merampas syabu bernilai RM1.5 juta dalam serbuan di Terminal Bas Central, Jalan Terus di sini pada awal bulan ini.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata ketika tangkapan dilakukan pada 6.30 petang, 5 Jan lepas, wanita berusia 56 tahun dan bersuamikan warga Nigeria itu baru sahaja tiba dari negara jiran.
"Hasil pemeriksaan, polis telah menemui dua bungkusan dadah jenis syabu seberat 3,405 gram yang dianggar bernilai RM1.3 juta disembunyikan dalam sebuah beg komputer yang dibawa suspek.
"Siasatan awal mendapati wanita yang bekerja sebagai pengemas bilik hotel di negara jiran itu terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dari negara jiran berkenaan ke Johor," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata kejayaan itu hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor dan Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura dan kedua-dua pihak sedang mengesan suami suspek berusia 36 tahun yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah antarabangsa.
Katanya wanita itu ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.
Sementara itu, Mohd Mokhtar berkata polis berjaya menumpaskan dua sindiket curi kenderaan di daerah Johor Baharu Selatan dan Kluang dengan penahanan 26 orang termasuk seorang wanita dalam Ops lejang pada 6 Jan dan Sabtu lepas.
Katanya dalam dua serbuan di Permas Jaya pada 6 Jan, lapan lelaki dan seorang wanita berumur 22 hingga 45 tahun ditahan dengan lima daripadanya didapati mempunyai rekod jenayah dan ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah.
Susulan penahanan itu, katanya polis merampas lapan buah kenderaan dengan tiga daripadanya dilaporkan hilang di Plentong, Pasir Gudang dan Taman Perling, Tampoi, pelbagai jenis alatan curi kenderaan, kamera, dua buah komputer riba dan enam rangkai kunci kereta.
Polis percaya dapat menyelesaikan tiga kes curi kenderaan, enam kes samun dan satu kes pemerasan di Johor Baharu Selatan dengan penahanan sembilan suspek itu, katanya.
Dalam Ops Lejang yang dijalankan di Taman Sinaran, Kampung Gajah Kluang pada Sabtu lepas, katanya polis berjaya menahan 17 lelaki berumur 24 hingga 51 tahun serta merampas tiga buah kereta, sebuah lori, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori tanker.
Mohd Mokhtar berkata turut dirampas empat jenis senjata tajam, 13 buah telefon bimbit pelbagai jenis, 22 utas jam, dan pelbagai aksesori kenderaan.
"Semakan mendapati empat daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil ujian air kencing juga mendapati 12 daripada suspek positif dadah," katanya.
Katanya dengan tangkapan itu, polis percaya berjaya menyelesaikan 17 kes curi kereta, tiga kes curi lori, lima kes curi motosikal dan tiga kes pecah rumah di Kluang, Johor Baharu dan Melaka. - BERNAMA
[unable to retrieve full-text content]Perjumpaan tidak dirancang <b>di Plentong</b>,Johor Bharu pd malam ini <b>...</b>. Posted: 13 Sep 2013 03:11 AM PDT. Mengikut jadual awal, saya sepatutnya bermalam di Spore mlm ini. Akan tetapi, terlanjur saya ...
Mengikut jadual awal, saya sepatutnya bermalam di Spore mlm ini. Akan tetapi, terlanjur saya berada di Johor Bharu,sahabat-sahabat yg berada disini ingin berjumpa saya.
Oleh itu, sesiapa yang berhajat untuk dtg ke perjumpaan mlm ini, sil hubungi Tn.Guru Syawal di HP: 016-7976741 utk maklumat lanjut. Lokasi : Restoran Permas Jaya, Plentong Jam : 9 mlm Sekian.terima kasih.
[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 26 NOV: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meminta Kementerian Pertahanan menjelaskan status kem tentera di Tebrau dan Plentong, Johor. Mahfuz turut mempersoalkan sama ada dua kem itu digadai ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan