Ahad, 26 Januari 2014

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


MaelPengerang: Pengikut &#39;Syiah&#39; giat sebar fahaman <b>di Segamat</b> <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2014 04:26 AM PST

Pejabat Agama Daerah Segamat sedang menjalankan siasatan rapi untuk mengesan pengikut Syiah yang didakwa giat menyebarkan fahaman berkenaan di daerah ini sejak beberapa bulan lepas.

Kadi Daerah Segamat Sulaiman Maidin berkata gerakan itu dilancarkan susulan aduan seorang wanita dari Rompin, Pahang, yang mendakwa dia pengikut fahaman itu daripada seorang penggerak di Segamat.

"Kita sedang menjalankan siasatan dan akan mengambil tindakan tegas untuk menghalang mereka daripada terus mempengaruhi umat Islam," katanya kepada pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul peringkat Segamat, di sini, Selasa.

Beliau berkata Jabatan Agama Daerah Segamat dalam masa yang sama sudah mula menjelajah ke-62 masjid di seluruh daerah berkenaan bagi memberikan penerangan berhubung fahaman Syiah.

Terdahulu, dalam ceramahnya pada sambutan berkenaan, Sulaiman menerangkan antara ciri-ciri ajaran Syiah adalah mengkafirkan umat Islam yang tidak mahu mengikut fahaman mereka dan tidak beriman kepada 10 sahabat Nabi Muhammad S.A.W.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap golongan berkenaan yang mempunyai kepentingan peribadi dan nafsu semata-mata seperti menghalalkan nikah mutaah dengan bayaran mas kahwin RM2 sahaja. - BERNAMA

ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads