Jumaat, 24 Januari 2014

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


Satu cerita....: Dusun <b>di</b> Universiti Teknologi Malaysia <b>Skudai</b>

Posted: 21 Jan 2014 01:10 AM PST

Assalamualaikum. Selamat petang semua !!

Okay sebenarnya dah lama nak post pasal benda ni tapi tak post post. Haha. Nak cerita sikit tentang apa yang menarik kat UTM Skudai ni. Salah satu benda yang best adalah DUSUN !!

Ada satu minggu tu, seorang senior post kat facebook yang kalau kita nak pergi makan buah boleh pergi ke dusun kat kawasan klinik kesihatan tu. Hmm ain pergi dua kali tau dusun tu. Kikiki. Seronok !!

PULASAN paling banyak kat UTM ni. Ada buah rambutan, manggis, durian, cempedak dan lain-lain.
Manggis banyak dah habis masa ain pergi untuk kali kedua. Mungkin beberapa bulan lagi akan datang musim manggis sebab sekarang kebanyakannya masih lagi kecil dan berwarna hijau.

Rambutan memang banyak tapi pokok terlalu tinggi untuk kami panjat :(

Pulasan pulak senang nak ambilnya sebab pokok rendah-rendah je. Budak kecil pun boleh capai je kat bawah-bawah tu.

Ramai juga yang datang petang-petang. Yang datang pun tak semua pelajar UTM, ada juga orang luar siap bawa satu keluarga lagi tu. Memang kecoh. Haha. Dusun UTM tersangat la luas. Memang ohsem !!

Lepas ini nak tunggu musim durian pulak, yeyyyyy!!!













Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads