ads

Ahad, 16 Februari 2014

01 di batu pahat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di batu pahat - Google Blog Search


Wanita mati disembelih suami <b>di Batu Pahat</b> | KiniNEWS

Posted: 08 Feb 2014 05:20 PM PST

Dengan leher hampir putus, seorang suri rumah ditemui mati dipercayai disembelih suaminya di rumah mereka di Taman Setia Jaya, batu Pahat semalam.

Mangsa, Tan Wei Qi, 37, dipercayai mati di tempat kejadian akibat cedera parah dan mengalami pendarahan teruk kira-kira pukul 8.30 pagi.

Suami mangsa yang berusia 40-an dipercayai mempunyai masalah mental selepas terbabit dengan kemalangan dua tahun lalu berjaya ditahan di rumah tersebut.

Tan, 60, bapa kepada mangsa berkata, dia pergi ke rumah mangsa sekitar jam 9 pagi selepas gagal menghubungi anak dan menantunya sejak awal pagi ini.

"Kerana gagal menghubungi, saya pergi ke rumah mereka dan mendapati anak saya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah manakala menantu saya dalam keadaan ketakutan.

"Melihatkan situasi tersebut, saya segera menghubungi pihak polis," katanya dipetik Utusan Malaysia.

Dia dan keluarga amat sedih dengan kejadian itu dan kali terakhir mereka bertemu Wei Qi adalah sewaktu sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini, kata Tan lagi.

"Kami amat terkejut kerana tidak menjangka perkara seperti ini boleh berlaku kerana sewaktu kali terakhir bertemu mereka, tiada kelihatan apa-apa yang pelik," ujarnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Supritendan Mat Razali Awang mengesahkan kejadian dan kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Utusan Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved