Isnin, 17 Februari 2014

01 di endau - Google Blog Search

01 di endau - Google Blog Search

Kurang Sumber Air, Kebakaran Kian Merebak <b>Di Endau</b> Rompin

Posted: 13 Feb 2014 09:33 AM PST

ROMPIN - Kekurangan sumber air dan keadaan sekitar ladang yang berangin kuat menyukarkan pihak bomba untuk meneruskan operasi pemadaman kebakaran di Ladang Sungai Endau yang dilakukan sejak Jumaat lalu.

Pihak Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rompin terpaksa menggunakan pam angkut untuk menyedut air parit di sekitar ladang, namun air parit yang semakin berkurangan menyebabkan operasi terpaksa dihentikan sementara mencari sumber air alternatif.

Kerja pemadaman yang terbantut itu dibimbangkan menyebabkan kebakaran itu semakin merebak ke kawasan lain kerana ladang tersebut berada di sempadan Johor dan berhampiran dengan hutan Taman Negeri Endau Rompin.

Cuaca panas, api mudah merebak 

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rompin, Shamsul Affendy Sulaiman, berkata, masalah yang dihadapi adalah punca air yang terhad selain keadaan angin yang kuat.

"Selain bergantung dengan air parit yang tidak mencukupi dan keadaan angin yang kuat, keadaan cuaca yang panas juga menjadi punca utama kebakaran mudah melarat kerana tumbuhan renek yang kering mudah dimakan api.

"Jarak ladang yang jauh iaitu kira-kira lebih 70 kilometer dari jalan utama turut menyukarkan kami untuk ke sini dan keadaan tanah gambut yang lembut pula menyukarkan jentera bomba untuk memasuki ladang," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kebakaran.

Menurutnya, operasi pemadaman yang dimulakan sejak Jumaat lalu itu telah berjaya mengawal kebakaran seluas 27 hektar yang kini hanya berbaki 17 hektar lagi.

"Hari ini (semalam) kira-kira 10 orang anggota dari balai luar telah datang untuk membantu kerja pemadaman dan kemungkinan akan bermalam di sini kerana jarak untuk keluar masuk yang jauh.

"Kita cuba mendapatkan sumber air alternatif di sekitar ladang ini dengan mengorek tanah menggunakan jengkaut milik pengurusan ladang tetapi masih gagal," katanya.

Cadang korek salur air

Shamsul berkata, pihak bomba juga sudah berbincang dengan pihak pengurusan ladang untuk mengorek salur air dari Sungai Endau dan disalurkan ke dalam parit ladang.

"Kita telah cuba mengorek saluran air untuk menyalurkan air Sunagi Endau ke parit ladang tetapi tidak berjaya kerana keadaan tanah ladang yang tinggi daripada tebing sungai," katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan Ladang Sungai Endau seluas 44 hektar di mukim Endau di sini terbakar sejak Khamis lalu dan kerja pemadaman masih lagi diteruskan hingga kini.

Beberapa anggota telah ke masuk ke ladang tersebut pada petang Khamis namun ketika tiba di sana hari sudah gelap dan kerja memadam tidak dapat dilakukan.

Difahamkan, tiga petak ladang dengan keluasan 66 hektar itu membabitkan ladang jenis tanah gambut dengan tumbuhan renek dan jumlah keluasan kawasan yang masih terbakar berbaki sebanyak 17 hektar dan operasi diteruskan dengan bantuan bomba dari balai luar untuk mempercepat operasi kerana wujud kesulitan dari segi sumber air dan keadaan cuaca yang berangin.

Sementara itu, Penyelia Ladang Sungai Endau, Mohd Nizam Md Zain, berkata, beliau menyedari ladang tersebut terbakar pada Khamis lalu dan terus hubungi pihak bomba.

"Ini bukan kali pertama kebakaran berlaku, tahun lalu juga pernah jadi sekali tetapi tidak sebesar ini.

"Pada mulanya kami ada membuat pencegahan awal dengan mengarahkan pekerja ladang cuba kawal kebakaran tersebut tetapi gagal dan terus menghubungi bomba," katanya.

Menurutnya, pihaknya akan memberi kerjasama kepada bomba agar proses pemadaman dapat dipermudahkan dan segera diselesaikan. #sumber

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Feb 2014 09:12 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Feb 2014 09:33 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jan 2014 09:33 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Jan 2014 09:17 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

SUPERMENG MALAYA: <b>Endau</b> - Blogger

Posted: 01 Dec 2013 08:00 AM PST

Mukim Padang Endau merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Johor.
Bersempadan dengan negeri Pahang dan Johor, terdapat sebuah pekan yang dinamakan sebagai Endau (sebelah Johor) dan Tanjung Gemuk ( sebelah negeri Pahang )
Pekan Endau mendapat nama daripada nama seorang peranakan India yang bernama "Endau" yang menetap di situ walaupun kawasan itu pada mulanya dibuka oleh Dato' Mohd Ali atas perintah Temenggong Ibrahim. Pekan Endau dikatakan maju kerana menjadi tumpuan orang-orang Cina berniaga, menjadi nelayan dan pembalak-pembalak di kawasan hulu Sungai Endau. Rumah-rumah rakit dibina di kawasan pinggir Sungai Endau dan juga di muara sungai pada awal pembukaannya di Mersing. Pada tahun 1902, Encik Awang Ali (Awang Daik) telah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Kerajaan bagi Endau. 
Pada tahun 1915 hingga 1916, beliau telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Kerajaan bagi Endau dan bersara pada 1 Februari 1920. Pejabat Kastam juga telah ditubuhkan pada masa itu untuk ditugaskan memungut cukai dari pedagang-pedagang yang menjalankan perniagaan di Pekan Endau.
Jambatan yang menghubungkan negeri Johor dan negeri Pahang
Sungai yang mengalir dari hulu ( Taman Negara Endau Rompin)
Pekan Endau kurang mempunyai daya tarikannya tetapi Jety Tanjung Gemuk adalah salah satu tempat permulaan bagi mereka yang ingin ke Pulau Tioman.

Kemunduran Endau dipercayai berpunca dari sumpah anak Pahang bernama Damak. Antara bunyinya "bagi orang-orang Endau, masa hadapan bandar ini tidak akan maju seperti apa yang telah saya buat". Hal ini tidak dapat dipastikan kebenarannya namun jika benarlah maksud kata-kata itu, bermakna Endau tidak diberi perhatian dalam usaha-usaha pembangunannya.
Kira-kira 25 km dari Mersing dan 20 km dari Endau, terdapat sebuah pusat peranginan yang sedang dibangunkan. Kawasan tersebut dinamakan Teluk Sari bersempena dengan cerita-cerita orang dulu yang akan bermalam sehari di teluk itu apabila berulang-alik.

Apa yang menarik di Endau ni adalah Taman Negara Endau Rompin dan jugak port untuk naik ferry ke Pulau Tioman.. Dah lama aku teringin nak ke Taman Negara tu tapi belum berkesempatan lagi.
Dan aku tak nak bawak pegi Pulau Tioman lagi. Sebaliknya menjejak beberapa pantai menarik di sekitar Endau yang mungkin agak asing dan belum dibangunkan sepenuhnya.

Penyabong berasal sempena dengan kebiasaan lanun-lanun yang menetap di situ menjadikan tempat itu sebagai kawasan menyabong ayam. 
Nanti kita jejak pantai pantai sekitar Endau ni..................

info sejarah from : Sejarah Endau

Tidak dapat dipastikan tokoh tokoh terkenal yang berasal dari Endau ini, tapi penyanyi ini berkemungkinan berasal dari Endau.
Sayang tidaklah berkembang
Rindu-rindu aduh! sayang merindu
Jauh-jauh orang sudah menjauh
Kasih-kasih aduh! sayang berkasih
Bukan-bukan hamba orang terpilih
Kiri duri kanan pun berduri
Nasib diri begini nasib diri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads