ads

Rabu, 12 Februari 2014

01 di kukup - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di kukup - Google Blog Search


gempa bumi <b>di kukup</b> - yang halal itu fardhu, yang lazat itu perlu

Posted: 10 Jan 2014 12:07 PM PST

PONTIAN - 9 JANUARI: Seorang pekerja kedai makan nyaris maut apabila siling bangunan jatuh secara tiba-tiba di bilik sewanya di tingkat dua bangunan komersial di Pekan Kukup, pagi semalam.

Mangsa, Ong Lian Peng, 45, berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur di dalam bilik sewanya itu.

"Mujur bunyi bising seperti barang dihempas sebelum itu membuatkan saya terjaga dari tidur.

"Saya terkejut melihat siling-siling mula jatuh sedikit demi sedikit, saya terus berlari keluar. Ketika itu saya hanya fikir gempa bumi dan hanya mahu keluar segera menyelamatkan diri," katanya.

Katanya, dia tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang dan keluar sehelai sepinggang.

Sementara itu, pemilik kedai makan, Tey Siang Huat, 50, memberitahu, dia terdengar bunyi bising seperti barang jatuh dari tingkat tiga sebelum keluar dari kedai makan.

Dia menyifatkan kejadian tersebut paling buruk pernah berlaku setelah hampir dua tahun berniaga di situ.

"Ketika kejadian, terdapat 10 orang pelanggan dan enam pekerja berada di dalam kedai.

"Selepas keluar dari bangunan, kami lihat kesan retak n mula terbentuk di luar bangunan malah tiang di hadapan bangunan juga mula condong," katanya.

Katanya, retakan kecil pernah dikesan berlaku sebelum ini, namun ia masih tidak merbahaya dan perniagaan dapat dijalankan.

"Kemungkinan saya tidak dapat berniaga sementara menunggu siasatan dilakukan, pendapatan saya mungkin akan terjejas," katanya.

Bukan gempa bumi

Kejadian empat lot bangunan komersial di Pekan Kukup yang retak secara tiba-tiba tiada kaitan dengan gempa bumi mahupun tsunami.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru, Zulbahry Sulong ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, tiada laporan gegaran yang boleh mengakibatkan gempa bumi dan tsunami diterima setakat ini.

Katanya, dalam kejadian jam 9 pagi itu melibatkan empat bangunan komersial tiga tingkat terdiri daripada kedai makan dan rumah tumpangan itu retak secara mengejut.

"Tiada laporan orang awam yang cedera dan mereka diminta tidak mendekati kawasan bangunan tersebut sementara menunggu pihak berwajib melakukan kajian.

"Penduduk setempat juga diminta tidak bimbang kerana langkah-langkah keselamatan telah diatur bagi memastikan penduduk tidak terjejas," katanya.

Kukup merupakan sebuah pekan kecil terletak di pinggir laut di Selat Melaka dan berhadapan dengan Pulau Karimon Indonesia.

Penduduk, Nur Azura Mohd Nor, 20, berkata, dia tidak merasa sebarang gegaran yang berlaku ketika berada di rumahnya di Kampung Benteng awal pagi semalam.

"Keadaan seperti biasa semalam, cuma cuaca agak mendung, penduduk di sini tiada rasa sebarang gegaran.

"Saya hanya mengetahui mengenai kejadian bangunan retak dari seorang rakan, kemudiannya saya datang untuk melihat sendiri keadaan  bangunan yang retak," katanya.

Bagi Koh Yin Song 30, kejadian bangunan retak yang pertama kali berlaku di Kukup telah menarik perhatian penduduk setempat.

"Ramai yang datang melihat bangunan yang retak di sini, sebagai penduduk saya berharap pihak berkuasa segera ambil tindakan atasi masalah bangunan retak di sini," katanya.

Ubahsuai bangunan undang keretakan

Sementara itu, Majlis Daerah Pontian (MDP) tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada kerja-kerja ubahsuai bangunan yang dilakukan pemiliknya.

Yang Dipertua Majlis Daerah Pontian, Miswan Yunos berkata, pihaknya akan melantik pihak perunding bagi menyiasat perkara tersebut secara terperinci.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak faktor semulajadi iaitu berlaku mendepan tanah ekoran kedudukan Pekan Kukup yang terletak di  pinggir laut.

"Pihak perunding forensik bangunan akan dilantik dalam masa terdekat bagi menjalankan kajian supaya tahap keselamatan bangunan dapat ditentukan.

"Selain itu, langkah-langkah keselamatan bagi mengelak kejadian serupa berlaku akan dikenalpasti," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, MDP telah mengarahkan pemilik dan penghuni bangunan yang terletak bersebelahan mengosongkan bangunan tersebut.

"Pemilik dan penghuni bangunan di situ diminta memberikan kerjasama dengan mengosongkan bangunan.

"Penguat kuasa MDP juga akan membuat kawalan di bangunan tersebut bagi memastikan ia tidak diceroboh," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved