01 di muar - Google Blog Search |
Jenayah kejam <b>di Muar</b>, Kanak-kanak 10 tahun dirogol, diliwat dan <b>...</b> Posted: 29 Jan 2014 06:15 PM PST Seorang lelaki bertindak kejam terhadap kanak-kanak berusia 10 tahun dengan merogol, meliwat serta dipaksa melakukan seks oral di Bakri, Muar semalam. Lebih malang apabila mangsa yang enggan mengikut kemahuannya dipukul dan kemaluannya ditoreh suspek dengan senjata tajam sehingga mengakibatkan kanak-kanak berkenaan terpaksa menerima 18 jahitan. Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan menaiki basikal berseorangan menggunakan jalan pintas ke sebuah sekolah agama di Bakri di sini, melalui kebun getah, pukul 3 petang. Mangsa ditahan suspek,37, kira-kira 250 meter dari Jalan Mahmud sebelum dipaksa menaiki kereta lalu melarikannya. Seorang pekebun menyedari kejadian tersebut dan hanya sempat mencatat nombor pendaftaran kereta tersebut dan bertindak menghubungi polis. Mangsa telah dibawa ke tempat pembuangan sampah lalu dirogol, diliwat dan dipaksa melakukan seks oral di dalam kereta, kata satu sumber kepada Utusan Malaysia. "Mangsa turut dicederakan suspek apabila enggan menurut kemahuan lelaki itu," katanya. Selepas kejadian, mangsa dibawa ke sebuah stesen minyak di Bukit Bakri dan sepasukan polis yang mendapat maklumat berhubung nombor pendaftaran kereta tersebut bertindak menahannya kira-kira pukul 5 petang, kata sumber itu lagi. Ujarnya, mangsa diselamatkan dalam keadaan baju sekolahnya berlumuran darah, ketakutan dan tidak bermaya sebelum dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dan menerima 18 jahitan di bahagian kemaluan. Melalui siasatan awal, suspek mengaku mengambil dadah sebelum melakukan perbuatan tersebut dan direman bermula hari ini untuk membantu siasatan. Utusan Malaysia yang membuat tinjauan di lokasi kejadian mendapati jarak antara rumah kanak-kanak malang itu dengan sekolah agama terbabit kira-kira dua kilometer yang perlu melalui kawasan belukar, kebun sawit dan kebun getah. Mangsa menggunakan jalan tersebut setiap hari kerana merupakan jalan pintas dengan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk ke sekolah, kata penduduk tempatan yang enggan dikenali. Katanya, walaupun jalan tersebut sunyi, penduduk tidak mempunyai pilihan lain kerana merupakan jalan paling dekat. |
You are subscribed to email updates from di muar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan