ads

Rabu, 19 Februari 2014

01 di pontian - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di pontian - Google Blog Search


APMM rampas 1630 karton rokok seludup bernilai RM163,000 <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 15 Feb 2014 06:28 AM PST

Maritim Malaysia rampas 1,630 karton rokok seludup bernilai RM163,000 di Pontian

Maritim Malaysia rampas 1,630 karton rokok seludup bernilai RM163,000 di Pontian

15/02/2014 4:04pm

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Daerah Maritim Johor Bahru Wilayah Selatan merampas 1,630 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM163,000, termasuk cukai eksais dan duti import, yang dipercayai cuba diseludup ke Tanjung Piai, Pontian semalam.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Johor Bahru, Kapten Maritim Aminuddin Abd Rashid berkata, semasa meronda di lokasi panas yang disyaki kawasan penyeludupan di sekitar perairan itu, sepasukan empat anggota mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan memasuki perairan negara menuju ke Ayer Baloi, Pontian.

"Apabila pihak kami cuba menghampiri, bot pancung terbabit terus memecut laju menuju ke daratan dan 20 minit kemudian bot suspek dapat dipintas di muara sungai Ayer Baloi.

Namun dua suspek dipercayai tekong dan seorang awak-awak meloloskan diri dengan terjun ke laut dan berenang ke pantai berhampiran," katanya dalam satu kenyataan.

APMM juga merampas sebuah bot fiber berukuran tujuh meter panjang berserta sebuah enjin sangkut Yamaha Enduro 200 kuasa kuda dianggarkan bernilai RM40,000 dan kesemua hasil rampasan dibawa ke Jeti Kastam Sungai Pulai untuk tindakan lanjut. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved